Antara benda yang aku mula bimbangkan adalah benda biasa untuk seorang pelajar yang mungkin turut dialami oleh kau orang semua tapi aku tetap nak tulis dekat blog aku. Ngengada tak? hehe
1. Degree in Mechanical Engineering
Susahkan belajar? Dekat sini aku cuma berharap aku dapat habiskan subjek-subjek yang perlu aku habiskan untuk dapatkan degree aku. Habiskan subjek itu bermaksud aku turut berharap tiada yang gagal kerana kegagalan membawa erti extend study. Tak nak wehhh. Untuk pelajar engineering di Korea, kami ada satu learning sistem yang dipanggil ABEEK(Accreditation Board for Engineering Education Korea) yang mana senang cakap menyusahkan aku. HAHA. Sistem ini diwajibkan untuk semua pelajar Malaysia di sini tapi bagi pelajar korea mereka boleh memilih sama ada untuk ambil ABEEK atau tidak. Kalau tidak senang lah mereka kalau ambil sama susah lah dengan aku. Well, aku tak kisah. Jalan susah yang diikut ini somehow kinda interesting for me. Oleh itu, mari sama-sama berdoa tak ada subjek yang kantoi dan sangkut seterusnya dapat grad dua tahun lagi.
2.Lubang Pekerjaan
Info untuk anda. Pekerjaan adalah kerisauan terbesar untuk pelajar di Korea. Mereka sendiri harus bersaing antara satu sama lain untuk mencari pekerjaan. Sihat kan? Bagi aku ada dua pilihan. Mencari pengalaman di sini atau balik kerja di Malaysia. Erkkkk. Macam biasa lah pilihan untuk mencari rezeki disini mendapat tentangan keluarga. Okay, yang ni kita wait and see sampai masanya akan terjawab lah kan. Cool dulu beb! xD
3. Communication skills
Memerlukan skill ini amat-amat terutama skill berkomunikasi dengan orang yang lebih berumur dengan kita.
Kedua, skill berkomunikasi dalam bahasa korea. Serius aku nak mantapkan bahasa korea aku jadi lebih cantik, lebih bermutu dari sekarang. Bagi aku bahasa adalah antara benda terindah dalam dunia ni. Macam kalau tak ada bahasa kau nak guna body language semata-mata ke untuk berkomunikasi. So, sekarang ini aku cuba berjinak masuk dongari( club ) dekat universiti untuk luaskan perspektif dan tambah kawan. So far, aku rasa seronok dengan dongari ini even tak jumpa semua ahli lagi. Yes, korean amat baik dan mesra cuma kau pun kenalah mesra dan bukan inginkan duduk di atas kerusi malas dalam kelompok sendiri. Oh, dan setakat keluar dengan diorang ni apa yang aku suka ialah tak perlu keluar duit. Makan minum selalunya disupport. Hehe. Aku harap dalam masa enam bulan akan datang aku boleh bertutur dalam korea dengan lebih spontan.
dongari TIME |
2 comments:
gitu lah disupport..ahaha..
positive ajid hidup kena positive..dunia utk org yg ingin berjuang :)
sombong kan kau ajid !
tak singgah pon blog aku
tak say hi langsung
fine ajid !
fine
sentap !
melancarkan perang dingin terhadap kau . huh !
Post a Comment