Thursday, 27 January 2011

saya ajid, saya jahat dan nakal, saya okay.

Pernah tak rasa bersalah bila mana kita tahu apa yang diberikan adalah bukan dengan kerelaan. Dan keadaan ini membawa erti seolah-olah aku yang memaksa untuk merelakan. Sekali gus, mendorong aku di lembah dilema, aku mendengar sebelah hati berkata, "bukan salah kau, kau tidak tahu dan kau tiada niat sedemikian" manakala sebelah lagi mencaci " kau ni jahat, hati busuk" . dan adakalanya aku merasa seperti pencabul. Kejap, entahlah. aku pun tidak tahu hendak klasifikasikan perasaan ini sebagai rasa guilty atau pun apa saja perasaan yang bisa membuatkan diri menjadi negatif.

Entah, aku pun tidak faham apa yang terjadi kerana ada kalanya aku memilih untuk tidak terlampau berfikir tentang apa-apa konflik. Otak berat, boleh jadi sebu. Jangan kata aku tidak berusaha mencari jalan penyelesaian, aku berfikir amat banyak, tidur malam tidak olena, membuat rakan kerisauan, aku skip masa menonton porn dan aku ambil masa yang lama untuk mencari keputusan terbaik. Still, masih tiada jalan penyelesaian kerana kita bertengkar atas perkara sensitif untuk memuaskan maruah dan nafsu kita.

Aku selalu katakan yang aku tidak pernah membenci. Aku akan kurang seorang yg aku sayang jika aku ada niat membenci. Sayang aku simpan dalam hati, maka jika tiada kosonglah hati aku. Dan aku tahu perasaan kekosongan itu lebih parah dari perasaan benci.

Ego? Ye memang kita ada ego. Ego dan maruah. Oleh itu aku campakkan ego, maaf atas segalanya. maaf kerana lambat, maaf kerana memaksa, maaf kerana pentingkan diri, maaf kerana tidak memahami, maaf kerana tidak menuruti, maaf kerana ego, maaf untuk semua.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, 19 January 2011

saya rasa 2011 baru menawarkan cinta dan sixpack kepada saya.

Aku ada kawan rapat from different races. Somehow, we get close since highschool dan kitorang masih lagi keep in touch eventhough aku pindah sekolah lepas PMR. Last week chinese friends ajak yamcha, so i went out with them. Okay, yamcha itu bukan minum arak tapi minum teh ye. Yampui baru minum arak.

Hanya 4 jantan sahaja malam tu. Takde amoi atau lenglui.Yang ada hanya 3 budak putih mata sepet dan seorang budak 25% lagi nak putih dan mata sikit lagi nak sepet. Haha. Itu aku. Oleh kerana tiada amoi-amoi yang join, macam-macam topik yang diluahkan. Ni kira macam segmen pillow talk tanpa pillow. Okey, camno tu?haha

Mula-mula topik biasa macam student life probs, macam mana nak ada sixpack, how ours bodies works and anatomy including all the smalls and deeper things, tapi lama-lama start to talk about love.

Woah, Eventough aku bukan dalam mana-mana perhubungan serius tapi aku kalau bab cinta ni dah lah pakar gila kan lagi diorang ajak cerita pasal ini. One of my friend ada masalah dengan rasa cinta dia kepada kekasih dia. lepas tu berdebat lah semua telling he should do this and that. Aku pun ada bagi nasihat tapi maybe tak boleh guna sebab dia baik dan aku jahat. Eh Eh, rasanya aku ni tak la jahat mana tapi sedikit tak baik dan nakal.

Every year aku ada buat nafsu guidlines iaitu peraturan yang aku buat untuk diri aku terutamanya tentang cinta dan macam mana nak kawal diri (*nama rules nak guna perkataan yang berahi je,nafsu tuu haha). Dengan adanya guidelines ni banyak kejayaan telah dicapai seperti stay single untuk masa 2 tahun. Err, adakah itu satu kejayaan? Whatever.

Yang berikut adalah untuk tahun lepas.

-Perhubungan is ok tapi tiada perhubungan serius gila babs. Alasan, tidak berminat dan bersedia.
-hargai orang yang menghargai.
- keluar date is fine but it will stay as a date.
-jadi kawan adalah pilihan terbaik buat masa ini. Tapi masih perlu gatal-gatal dan manja-manja.


Untuk tahun ini aku lebih mahu bersahaja dan just follow the flow. Dah 22 dik oi, pandai-pandai lah jaga diri kan. Kalau ada, ada lah. Kalau tak ada maknanya i will stay single straight for 3 years. Haha, cool!

Published with Blogger-droid v1.6.5

Sunday, 16 January 2011

saya sedang holidays jadi kalau tak update blog jangan marah.

Tahu tak dalam banyak-banyak kopi, kopi yang paling dikeji adalah copy paste. Oleh itu biar blog tak diupdate jangan copy copy ha. Haha.

Okay, hai semua. This is going to be my first entry since coming back for holidays.Oh, juga first entry in 2011. Oh, tak lupa my first entry yang tak ditaip menggunakan komputer. (berapa banyak nak oh tak lupa ni) Hanya update melalui handphone sahaja sekarang. Malah memang sekarang kalau online pun memang dah tak pandang komputer. Yelah, guna tab ni sudah kan.

Lately, aku banyak berperang dengan diri sendiri. Buat itu rasa tak kena buat ini rasa macam salah je. But I try to act normal and cool outside. Tapi biasalah kan remaja, kalau tak ada konflik macam tak rollercoaster lah hidup ni kan.

Since it is brand new year, it is going to be brand new me too. Yeah, aku dah berazam untuk jadi lebih kuat dan kental. Pandai melawan segala anasir luar dan mematahkan segala kata-kata belakang. Cewah, aku cakap macam poyo pulak kan. Haha. Lagi satu, aku akan buat apa yang aku ingin buat. K fellas, bye
Published with Blogger-droid v1.6.5