Thursday, 17 November 2011

food blog


I always wanna make my own food blog and guess what???
I just made one!! CONGRATULATION AJID! 

Guys, Do follow my food blog as I will try to give more info about what do we eat in Korea or anywhere else I travel. Maybe this might help you a bit when you come here or travelling around the globe. Komawo =)

Thursday, 13 October 2011

Suratan atau Kebetulan

Pertama sekali aku kena mengaku yang aku sendiri sudah merasa awkward menulis di blog sendiri. Semoga masa menentukan kemana arahnya blog ini.

***************

Oleh sebab blog is like open diary, aku nak tulis cerita yang aku rasa bersejarah ini dekat sini juga. Tak kira.
FYI, dua hari lepas adalah hari lahir aku and I had mix feeling on that day. Senang kata aku emo atas ada sebab-sebab tertentu. Perasaan itu terbawa-bawa hingga ke hari ini. Last night was the climax where I can't get my sleep on my california king bed at all. Dan bangun pagi dengan stress yang teramat. Mengadu sakit kepala dekat private doctor aku lepas tu cakap tak nak pergi kelas langsung kena marah dengan doc cakap jangan mengada-ngada. Kesian kan, dah lah stress lepas tu kena ngada-ngada. Hahaha,

Anyway my private doctor tahu apa yang terbaik untuk diri ini kan and dia dah banyak berjasa memberi nasihat dekat aku yang degil ini. Terima kasih doc, sayang doc =). Kalau kau semua tertanya aku ke kelas ke tidak tadi, errr, dah tentu lah jawapannya tidak. Alasan, sakit kepala.

Done with that part.

Oh ya, kalau kau orang tak faham isi cerita di atas, aku hanya ingin menggambarkan bagaimana keadaan seorang lelaki yang baru masuk umur 22 tahun tengah sengsara dan hatinya remuk bagai kaca yang pecah. Sila masukkan watak ini dalam diri masing-masing kerana the story just begin.

Masa tadi kan, baru je tadi tau, aku tengah buat resume dan sedar sijil aku semua dalam fail-fail lama. Sejurus jumpa fail itu, aku pun buka. Yup, fail tersebut penuh dengan kertas-kertas tak guna masa nak apply university dulu dan notes masa belajar bahasa. So, aku pun belek-belek sikit nak buang apa yang tak perlu sekali terjumpa parcel berisi dokumen yang dihantar oleh parents 4 tahun lalu. I almost throw away the parcel naluri ku mengatakan untuk tengok apa isinya. Syukur, aku dipertemukan dengan hati ibu bapa aku didalamnya. Selama 4 tahun takdir menyimpan hati itu kini bersua juga dengan tuannya. Ia hanya sekeping kertas yang berat untuk ditatap. Setiap kali ditatap setiap kali terasa sesak di dada lantas mengalir air mata tanpa disedari.

Overwhelmed by the contents. Indah. Amat indah. Lebih indah dari puisi cinta. Ditulis oleh tangan kasar yang mendukung aku sewaktu kecil, memegangku semasa bangku sekolah, dan yang memukulku dikala berbuat salah. Tulisan ayah. Turut terbit perasaan bersalah di benak hati selama ini sering berfikiran ayah tidak pandai meluahkan perasaan sayang, begitu juga ibu. Silap rupanya. Mereka amat menyayangi dan sentiasa meluahkan perasaan mereka cuma aku sedikit dungu untuk memahami. MasyaAllah.

Suratan atau Kebetulan? Aku pun tidak tahu tetapi ini merupakan ubat terbaik yang sekali gus memulihkan semangat aku. Dan aku belajar untuk menyayangi dan menghargai setiap insan yang menyayangi kita.


SUNGGUH, INI ADALAH HADIAH HARI LAHIR TERAGUNG.










Sunday, 11 September 2011

RINDU - PART 1

Ada benda akan kita rindu bila berjauhan.  Definisi berjauhan yang aku maksudkan tidak tersekat dalam konteks bercinta. Kita bebaskan kepada perspektif yang lebih luas, rindu kepada ibu, rindu kepada kehidupan sekolah, dan rindu kepada diri yang lalu. Perasaan yang secara tiba-tiba timbul. Tidak, ini bukan magis tetapi ini kurnia. Satunya perasaan yang buat kita terhubung dengan kenangan bersama. Dalam terburu-buru mengejar hidup, manusia hanya dapat berpegang kepada kenangan untuk dijadikan kekuatan menduga cabaran yang datang.

Jangan dipersoalkan mengapa aku menulis sesuatu yang tampak serius di sini. Jawapannya selari dengan keadaan jiwa, RINDU. Rindu perkara kecil, rindu perkara besar, rindu isi rumah, rindu penyeri hidup, rindu pendengar setia, rindu penghapus duka, rindu pelukan hangat. Pendek kata RINDU ITU SEMUA.


  •  Ya, berani aku kata aku agak anak emak. Aku berhenti tidur bersama ibu sepenuhnya pada lewat umur 20-an. Bercerita sebelum tidur dan bila ibu lena, dengkuran ibu adalah dodoian untukku. RINDU ITU. 


  • Bila ibu sedang menonton television riba ibu adalah bantal buat aku turut serta menonton. Rambut dibelai lembut. Aku pula suka mencubit-cubit lemak di lengan ibu. Tahu kaki ibu lenguh tapi ibu tidak sekali mengeluh. Itu lah ibu. Superwoman. RINDU ITU.  


  • Jika mencari ibu atau memanggil ibu, aku tidak menggunakan panggilan ibu, emak, ummi atau apa-apa saja. Aku lebih suka memanggil namanya dengan nada manja. Bagi aku itu menarik. Bagi aku itu istimewa. Kadangkala aku akan bertanya "hai seksi, buat apa itu?" kepada ibu.  Ibu kita seksi dimata kita bukan? RINDU ITU.

  • Pada hari kerja, hari ibu bermula seawal 4 pagi lagi. Dulu masa di bangku sekolah  aku bergilir-gilir dengan kakak menolong ibu. Goreng karipap, donut, nugget, masukkan sambal ke dalam bekas, parut kelapa dan punggah barang ke dalam kereta. Ke kantin  susun cawan, lap pinggan dan sudu garfu sebelum berangkat ke sekolah. Iya, aku bekas abang kantin bertauliah. Sudah lama tidak berpeluang menolong. Teringin rasanya. RINDU ITU.


Banyak lagi benda yang saya rindu. Boleh kata semuanya tertinggal di Malaysia. Tunggulah part seterusnya kalau ada ya. Tidak, ini bukan homesick tetapi sedikit rindu yang buat aku semakin hargai apa yang aku ada. Dan tidak, hari ini bukan hari ibu kerana aku sengaja ingin menulis agar kita semua sama-sama usaha membahagiakan ibu kita.