orang kata sinar fm itu radio untuk halwa telinga orang-orang tua sahaja. malah rakan-rakan aku juga berkata demikian. untuk sesiapa yang tidak tahu apa itu sinar fm, sila anggap sinar fm adalah satu jenis sinaran sama seperti gamma, beta dan juga sinaran UV.
semua radio adalah sama. mereka ada konsep dan target pendengar mereka. setiap hari aku dengar sinar fm. pagi-pagi bangun tidur mesti dengar pagi di sinar. pernah kau orang dengar? kelakar okay.! malam pula sambil menghabiskan kerja, aku menghirup teh sambil mendengar cetusan perasaan di sinar. pernah kau orang dengar? romantik okay.! tak sangka orang-orang Malaysia amat cool dalam meluahkan perasaan, malah mengaku kesalahan sendiri dan membuka aib sendiri demi memohon kemaafan. apa kau ingat maaf hanya untuk dipohon semasa hari raya?
dan lagi satu, aku lebih rela dengar radio untuk orang-orang tua macam sinar fm berbanding sesetengah radio yang terlampau taksub memainkan lagu dari seberang.
rakan-rakan aku kata aku macam orang tua bila dengar sinar fm. ye, hari lahir aku hari ini dan aku semakin tua. benar kata-kata mereka aku semakin tua.
selamat hari lahir yazid.
salam sayang dari blogger tak seberapa ni.(kaitan gambar ini dengan entry adalah kerana ada sinar.itu saja)
3 comments:
selamat ulang tahun
*gua dgr sinar fm wokey..hahaha tapi gua masih muda kerana otak gua positive..hahaha
thank you tengku fir,
well that great la ak ade geng! *high five
sinar fm..kegemaran bapak ku
Post a Comment