Thursday, 27 January 2011

saya ajid, saya jahat dan nakal, saya okay.

Pernah tak rasa bersalah bila mana kita tahu apa yang diberikan adalah bukan dengan kerelaan. Dan keadaan ini membawa erti seolah-olah aku yang memaksa untuk merelakan. Sekali gus, mendorong aku di lembah dilema, aku mendengar sebelah hati berkata, "bukan salah kau, kau tidak tahu dan kau tiada niat sedemikian" manakala sebelah lagi mencaci " kau ni jahat, hati busuk" . dan adakalanya aku merasa seperti pencabul. Kejap, entahlah. aku pun tidak tahu hendak klasifikasikan perasaan ini sebagai rasa guilty atau pun apa saja perasaan yang bisa membuatkan diri menjadi negatif.

Entah, aku pun tidak faham apa yang terjadi kerana ada kalanya aku memilih untuk tidak terlampau berfikir tentang apa-apa konflik. Otak berat, boleh jadi sebu. Jangan kata aku tidak berusaha mencari jalan penyelesaian, aku berfikir amat banyak, tidur malam tidak olena, membuat rakan kerisauan, aku skip masa menonton porn dan aku ambil masa yang lama untuk mencari keputusan terbaik. Still, masih tiada jalan penyelesaian kerana kita bertengkar atas perkara sensitif untuk memuaskan maruah dan nafsu kita.

Aku selalu katakan yang aku tidak pernah membenci. Aku akan kurang seorang yg aku sayang jika aku ada niat membenci. Sayang aku simpan dalam hati, maka jika tiada kosonglah hati aku. Dan aku tahu perasaan kekosongan itu lebih parah dari perasaan benci.

Ego? Ye memang kita ada ego. Ego dan maruah. Oleh itu aku campakkan ego, maaf atas segalanya. maaf kerana lambat, maaf kerana memaksa, maaf kerana pentingkan diri, maaf kerana tidak memahami, maaf kerana tidak menuruti, maaf kerana ego, maaf untuk semua.
Published with Blogger-droid v1.6.5

3 comments:

Unknown said...

pernah..dan ia berulang-ulang kali terjadi...tapi positif sbb ia adalah pengalaman
jgn tutup fb lg!

Andre Nasution said...

"Ego? Ye memang kita ada ego. Ego dan maruah. Oleh itu aku campakkan ego, maaf atas segalanya. maaf kerana lambat, maaf kerana memaksa, maaf kerana pentingkan diri, maaf kerana tidak memahami, maaf kerana tidak menuruti, maaf kerana ego, maaf untuk semua."

-agree! kalau semua boleh simply buang ego sebanyak tu..

ajid said...

fir, thanks 4 ur concern. u've been real good fren to me =p

andre, yeap. kalau turunkan ego sikit selesai bnyk masalah. kan?