Pernah terfikir jika kita tahu ajal kita akan tiba dalam masa lima minit akan datang, apa perkara terakhir yang ingin kita lakukan.? apa kesilapan silam yang ingin kita perbaiki? siapa yang ingin kita lihat buat terakhirkali sebelum memejamkan mata kita? Doa apa yang akan kita panjatkan kepada yang Esa agar kita ditempatkan dikalangan orang yg soleh di alam selepasnya? Siapa yang ingin kita kucup buat kali terakhir? Masalahnya, cukup lima minit untuk membuat semua itu? TIDAK!
Hari ini topik kita semua berkenaan dengan MASA ye adik-adik atau dalam bahasa koreanya dipanggil shigan. Apa dia ulang sekali lagi sama-sama? Shi-gan. Ye, pandai adik-adik semua. Lepas ini lama-lama dah boleh lah cakap korea kan.
Masa ini amat lah penting tau sebab orang tua-tua kata masa itu adalah emas. Okay, bukan orang tua kita sahaja tapi orang tua Korea, Amerika, London pun ada kata-kata macam ni kan. Itu bermaksud kita semua kenalah menghargai masa dengan sebaik-baiknya supaya kita tak berada dalam kerugian. Ok, ni feeling tengah bagi tazkirah ke hapa ni. haha. Whatever je lah kan tapi adik-adik semua dapat kan point dekat sini iaitu hargailah masa macam kita hargai emas, tak kisah lah gelang emas emak kita sekali pun kan.
Kita selalu mengeluh tak cukup masa, ataupun lebih comel menggunakan frasa "masa amat mencemburui kita". Benarkah masa mencemburui kau semua sedangkan kau yang membazirkan masa sebegitu sahaja. Oh, mungkin selama ini kau salah faham kerana tiada sebab masa nak mencemburui kau kerana masa ini ada ego dia sendiri tau. Dia bukan macam kekasih kau. Kalau kau kata kekasih kau ada ego super duper, kau silap. Cuba kau ngayat dia betul-betul gerenti dia patah balik ke pangkuan kau. Tapi Masa ada ego super nova tau tak. Kau guna mandrem bomoh dan ubat pengasih macam mana pun ego dia amat jantan okay. Pandang belakang tengok kau merengek pun tidak.
Jadi, stop mengeluh tak cukup masa. Aku akui even aku selalu mengeluh tak cukup masa. Mari aku bagi satu cara macam mana nak cukupkan masa kau orang yang sentiasa tak cukup tu nak tak? Sebab aku tahu masa korang satu hari bukan lah 24 jam tetapi 20 jam, dan seminggu kau orang bukanlah 7 hari tetapi 5 hari. Mudah saja ye adik-adik, mulakan dengan kaedah tepati masa. Aku rasa kaedah ni kena tulis huruf besar kut sebab nak bagi semua rakyat Malaysia tahu ini satu penegasan. KAEDAH TEPATI MASA. clear kan. semua simpan dalam otak baik-baik ye kaedah ni. bawak sampai kubur, tapi sebelum mati turunkan kat anak cucu semua barulah rakyat Malaysia ni pantas sikit.
Senang je, kalau kau janji pukul dua, tunjukkan lah batang hidung kau tu sharp pukul dua. Bukan janji pukul 2, lepas tu aku dah sampai dekat sana kau masih lagi dalam train lepas tu bila aku sms dah sampai mana kau buat-buat kata on the way lepas tu aku kena tunggu beli air dekat starbucks yang mahal tu sebab aku kalau stress tunggu orang kena ambik kaffeine lepas tu call kau lagi kau ckp ondaway lagi. Berapa banyak lepas tu ha dan tak ada alasan lain ke? Aku tak tahu apa itu ondaway. Underwear tahu lah.! Lagi satu, jam. pastikan jam sentiasa melekat dengan diri kita. Aku tak pakai jam tangan tapi aku selalu check masa dekat handphone. Jadikan habit k. Oh, jangan lupa awalkan jam anda lima minit. Lebih baik awal daripada lambat bukan. Ingat, jangan berlagak diva sangat buat orang tunggu kita sebab orang macam ini aku gelar pencuri.
Ya, pencuri masa aku.
No comments:
Post a Comment