Istilah yang lebih tepat adalah " hallyu wave" yang menunjukkan drama dan muzik korea menakluki negara luar terutamanya Jepun dan negara-negara Asia. Mereka amat berjaya ye adik-adik dalam menyebarkan pengaruh mereka. Even sekarang aku sedang menaip entry ini sambil mendengar lagu-lagu korea. Makin rancak lah jari aku ni menodai papan kekunci ini. Ecehhh.
Aku teringat kawan aku ada kata dekat aku, "sometime pictures can deceived you, so don't put total believe what you see on media and internet." Ya, aku percaya dengan kata-kata dia. Begitu juga dengan drama yang kau orang tonton dan dengari. Kau kena rasa, lihat, dengar menggunakan deria sendiri baru kau buat keputusan sekali gus letak kepercayaan tersebut.
- Pemandangan amat indah bukan? JANGAN MUDAH PERCAYA. Ada tempat yang tak seberapa indah.
- Hero dan heroin handsome bukan? JANGAN MUDAH PERCAYA. Sesetengah mereka bukan original.
- Mereka bersuara sedap bukan? JANGAN MUDAH PERCAYA. Sila dengar music mereka dengan betul.
Okay, skang mai cheq habaq buah fikiran cheq tentang topik ini. Di harap peminat k-pop diluar sana jangan lah marah ya adik-adik. Ini cuma pendapat abang yang sudah duduk sini selama 3 tahun bergelumang dengan drama korea dan muzik k-pop ini.
Dalam drama memang menonjolkan set dan tempat yang cantik sebagai background drama. Dari situ timbullah nafsu kau orang nak ke korea ini kan. Contohnya, Nami Island, Jeju Island, Rumah Full House, dan lain-lain lagi. Sungguh indah! Cuma indah mengikut musim. Contohnya Nami Island, tempat ini hanya super cantik pada musim sejuk dan luruh. Jadi aku tidak faham kenapa ada yang nak ke Nami Island pada musim panas. Hey, summer orang pergi pantai lah cuci mata dan sunbath. Oleh itu nasihat aku, nak datang melancong korea kena tengok musim dahulu ya. Oh, dan jika mata anda sering disajikan dengan tempat indah oleh drama korea, jangan terkejut kalau lihat mahupun terpijak muntah-muntah yang bebas berkeliaran di tepi jalan. Aku amat jijik tak nak godek harddisk carik gambar taruk kat sini. Eh, berkeliaran? layannn~
Artis mesti ada rupa baru boleh jual. Ini sama saja macam Malaysia. Nak laku cukup ada rupa. Berlakon boleh belajar, nyanyian boleh edit guna mesin kan? Tapi ditegaskan di sini tak semuanya ya adik-adik. Ehhh kejap kejap. Ini silap! Di sini kalau tiada rupa boleh jual juga dengan tiket kena pergi buat muka terlebih dahulu. Ya, some artist went under the knife. Mungkin repair hidung sikit, mungkin mata, mungkin juga semua. Ini yang aku katakan bukan original. Ini spicy.
Ini Goo Ha Ra. Dia mengaku adjust hidung. apa ada hal |
Aku pendengar setia muzik k-pop. Aku tahu siapa SNSD, Kara, Lee Hyori, 2PM dan Beast. Memang aku selalu dengar lagu-lagu diorang tapi sumpah rasa sakit hati bila dengar sesetengah artis diorang nyanyi secara live. Kalau rajin sila ke youtube cari lagu korea yang anda minat. Cari video yang dibuang MR.(MR제거). Ini adalah teknik yang dibenci artis korea yang tak boleh menyanyi secara live. Muzik latar dibuang dan vokal mereka akan kedengaran secara jelas. Jadi dengar dulu baru buat keputusan okay adik-adik. Aku dah dengar dan mendapati ada artis yang tertulis di dahi mereka, " saya penipu. nenek saya lagi pandai menyanyi."
Ingat lagi sekali adik-adik, kau kena rasa, lihat, dengar menggunakan deria sendiri baru kau buat keputusan. Oh ya, tadi ke kelas makin ramai remaja korea yang blond. Aku fikir hantu. Kau fikir apa?
7 comments:
ahaha...saya minat bollywood..
ahaha. setiap sabtu msti lah tggu dpn tv kan
i dont do korean.lol
hhahahaha...baru ku tahu ajidd..
diorg mmg muntah merata ke?nape erk?
k.a, LOL. kau pun minat bollywood gak kan
anyms, diorg mabuk n muntah slalu.
:) thanks for the info. rasanye ramai org tau kbnykkn kpop artis ni plastik (rupe& suare) tp ramai still suke diorg kn...selain menjual paras rupe, ape kah lagi resipi diorg sbnrnye kn utk menyebar kn lagi hallyu diorg ni ni kn..
aku mmg stuju pasal kpop artis yg LIVE truk tu...mmg hakikat pun...btw aku still suke lg2 kpop..hahah
Post a Comment