Showing posts with label lebaran. Show all posts
Showing posts with label lebaran. Show all posts

Tuesday, 22 September 2009

nostalgik dan fantastiknya raya saya tahun ini, sila jealous banyak-banyak ;D

hai, salam sejahtera semua. sihat-sihat sahaja en, tidak ada yang sakit perut akibat terlebih makan di rumah terbuka? haha. bagus bagus. okay, bagaimana hari raya kamu semua? menarik tak? selalunya umur dah meningkat remaja neh ada yang kata hari raya sudah tak semeriah zaman kanak-kanak en.

alah, biasa lah tu perubahan dalam diri en. cuba tengok diri masing-masing. yang rendah sudah jadi tinggi, yang kecik sudah jadi besar, yang leper sudah jadi bulat, dan yang pendek sudah jadi panjang.haha, korang sila check okay. ;D.

raya di SEOUL tahun ini memang best, menarik, dan fabulus. yesh! check sendiri okay. ;D



tepi jalan juga haruslah menarik perhatian orang ramai


maaf bermaaf, cium bercium, rogol merogol



ambil gambar keluarga 83


photoshoot untuk salam perantauan tahun hadapan


sila muntah dengan gambar menjubo saya ;D


walaupun tiada ibu bapa dan sanak saudara, saya dapat merasai kasih sayang kawan-kawan en.
korang kat kampung ade? tak ada okay. kawan-kawan, saya sayang anda semua tak kira di mana kamu semua berada.

sekarang mari bercerita pasal suasana raya di kedutaan. pagi-pagi bangun, pastu naik bas ke kedutaan. tema baju raya mesti lah hitam menunjukkan hati aku hitam. iye, saya merendah diri di hari raya mengatakan hati saya hitam. alah, cakap putih kang korang kata poyo en. haha ;D

sampai-sampai saja terus bertakbir dan solat aidilfitri. masa ini terasa sayu pula. uchey, nak sayu-sayu pulak en. sebenarnya ngantuk gila kot sebab malam sebelum tu tak cukup tidur tolong lukman siapkan puding. so, siapa-siapa yang makan puding masa kat kedutaan tu ingatlah tangan saya lah yang menaburkan puding-puding itu ya. jika ada yang sakit perut minta maaf. :D. haha.

selepas solat, apa lagi en, melantak ar makanan yang ada. lontong, rendang,soto, pulut kuning, beriyani, dan PUDING dan macam-macam lagi. weyh, PUDING tu penting yer. haha;P
selepas itu, acara bergambar pula. rasa macam gila-gila kot bergambar. kata nak bersosial en. ada banyak sangat gambar tapi tak terupload pula.

dah rasa cukup bergambar, balik lah rumah. nak duduk kedutaan lama-lama bukan boleh ngurat anak duta tu en. balik tidur lagi sedap. mesti korang fikir kisah raya ini bersambung sampai raya kedua ketiga keempat dan seterusnya kan? jangan harap. saya harus hadap buku dan pergi ke kelas. see, saya adalah seorang pelajar yang rajin en. haha, ;D . bodoh kau yazid.

Saturday, 19 September 2009

alhamdullilah, saya selamat sampai ke kampung. amin

Hai semua, salam sejahtera. yesh, saya dah sampai kg seoul dan memandangkan bulan ramadhan hampir meninggalkan kite en, tajuk entry haruslah islamik sikit dengan menggunakan zikir-zikir macam alhamdullilah tu en. dapat pahala lebih woo.haha. ;D. mesti sekarang semua tengah sibuk nak beraya en. dah kata esok raya, mesti lah tak sabar nak beraya en, jumpa sanak saudara dan mengumpul duit raya.

Raya tahun ini aku dah kumpul duit raya awal-awal masa cuti musim panas hari itu. alhamdullilah, dapat lah 200 ringgit. lepas lah duit nak dating masa cuti musim sejuk nanti en. haha. see, saya guna alhamdullilah lagi tu, dah dua pahala tu weh. ;p.

ok, xnak tulis panjang-panjang sebab mood blog sudah diganti dengan mood raya. selamat hari raya saya ucapkan kepada seluruh umat islam di muka bumi ini dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir batin dan jangan lupa bayar zakat. haha. GOSH, random gila! ;D



Wednesday, 16 September 2009

hari yang malas untuk bergerak, berat punggung ye

hai hai hai. selamat sejahtera semua. cube baca balik tajuk entry dekat atas itu pastu maki saya. :p. nape? yelah, tajuk nak sopan-sopan je en. selalu tak ada guna istilah berat punggung pun, terus saja nak cakap berat buntut,berat burit en. buntut tak sopan ke? tak apa, yang penting aku guna bahasa melayu en. bantai pula aku guna bahasa korea karang ramai pula cakap aku poyo en. ;D.

hari ini adalah hari ke 25 kita semua berpuasa en. jadi sapa yg berpuasa penuh setakat ni tahniah eh. lagi 5 hari saja nak raya. sabar sabar sabar. ;D.

ok, saya sekarang tengah sakit tahu. tak payah risau, PMS saja pun. esok lusa baik lah. hahahaha. eh eh, tu azrina punya sakit. biasa la orang wanita en. aku sakit tekak dengan batuk saja. tak serius mana pon tapi punya lah menghilangkan mood aku untuk ke kelas. yelah, aku segan weyh. batuk aku ni macam menarik perhatian sangat je kat kelas. bayangkan lah, setiap kali aku batuk, orang depan pandang, orang belakang pandang, orang tepi pon turut pandang. menjadi perhatian macam artis pula. chewah, perasan tuh. ;p. sebenarnya orang tak pandang pun kot, cuma aku je yang pikir lebih-lebih en.

jadi hari ini hari rabu saya dengan bangga nya telah memecahkan rekod ponteng saya yang dipertahankan dari tingkatan 5. saya ponteng kelas culture hari ini. kelas ini tutup mata pun boleh score tak kisah lah ponteng en. berlagak sungguh kau en. mati panah petir baru tahu. ;p

bangga sungguh saya hari ini bila ponteng kelas. esok lusa boleh cuba lagi neh. ponteng benda lain pulak. ponteng puasa boleh? ish ish ish, selalu buat niat yang buruk-buruk en. ;D

ok, macam yang saya kata tadi raya tinggal 5 hari je en. tok imam tok imam, boleh tak kita tunda sahaja raya ini sampai bulan 12 nanti? saya nak raya kat malaysia lah tok. plis plis plis.
saya tak nak raya kat sini. sini bukan kampung saya, sini tak dapat duit raya, sini raya makan kimchi, sini raya tak ada meriam macam kat kampung tu, sini tak ada wanita datang beraya rumah saya. cukup tak alasan itu tok? piangggggggg! tok imam buat sepakan jurus harimau malaya.

memandangkan raya tahun ini jatuh hari ahad, kedutaan malaysia di seoul ada buat rumah terbuka. oleh itu, saya beraya di kedutaan sahaja lah. harap-harap makanan semua sedap en. lepas itu persatuan islamik universiti saya pon ade buat majlis juga petang raya tu. yang ini sudah tentu makanan arab. yesh, pagi makanan melayu, petang pula makanan arab ye, cool kan? nanti saya cerita macam mana raya saya ok? ;p.


Saturday, 12 September 2009

hari raya makin menjelang. saya pula semakin sunyi ok. ;p

salam sejahtera semua. yesh, dah 22 hari kita menjalankan ibadah puasa kan. maknanya lagi 8hari kita akan menyambut hari lebaran. rasa-rasa raya tahun ni macam mana en. yang pasti adegan mengalirkan air mata bersama ayah ibu mesti ada kan. itu segmen yang wajib en. aku tak kisah korang nak cakap aku cengeng ke ape ke, suka hati aku la en. aku dari kecil memang cengeng kot. ;(

cerita minggu ini, aku cuba rajin-rajin pergi ke kelas setelah cuti dua bulan. cuba bayangkan selama dua bulan tak pegang pen dan buka buku en. haruslah silau mata menghadap buku dan mengigil tangan pegang pen en. ;p. kalau dah mula kelas ini, kerja-kerja pun semakin bertambah. tiada masa nak merayau-rayau, nak jumpa kawan, nak shoping, nak clubbing sume en. aku fokus kepada pelajaran saja sekarang. chewahh. ;p. nanti lah kalau aku kuar merayau aku cerita k.

iye, memang sibuk belajar tapi aku nak jugak buat sesuatu supaya dapat kurangkan stress dan release tension. walau tidak ada masa pun aku nak buat jugak. kalau dulu aku suka baring sambil dengar muzik gune ipod touch aku. tapi sejak ipod tu aku bagi kat kakak aku, aku dah tak tahu nak buat apa lagi weyh. baik kan aku senang-senang je aku bagi ipod kat kakak aku en. itulah seorang adik yang baik en. sila muntah. ;p.

jadi, dalam benak fikiran aku ni, aku dah ada dua pilihan. satu, bela haiwan. okay, ini memang bukan aku tapi aku nak cuba juga bela bela haiwan ni kan. yesh, saya nak ubah hidup saya jadi lebih menarik kut. haha. ;p. jadi, hari itu masa tengok kat kedai haiwan ada memerang dengan kucing yang comel sangat okay. nak nak nak! harga memerang tu dalam 220000won je.

dua, beli nintendo wii. okay, ini pun memang bukan aku. game dan aku memang tidak sealiran.
bagi aku layan tv lagi bagus dari game. itu dulu. lepas main game psp azrina je, aku pon rasa
game cool. ;p. nintendo wii pon aku da survey dekat homeplus hari tu, dalam 250000won juga.

OMG, mana satu nak pilih ek? aku sunyi sangat sekarang ni. ;p