Thursday, 10 February 2011

tolong tingkatkan kendiri diri sendiri. Please?

Sebelum itu nak bagitahu aku baru balik dari Perlis dan Penang. Best gila okay. I love Penang.

Pernah terfikir jika kita tahu ajal kita akan tiba dalam masa lima minit akan datang, apa perkara terakhir yang ingin kita lakukan.? apa kesilapan silam yang ingin kita perbaiki? siapa yang ingin kita lihat buat terakhirkali sebelum memejamkan mata kita? Doa apa yang akan kita panjatkan kepada yang Esa agar kita ditempatkan dikalangan orang yg soleh di alam selepasnya? Siapa yang ingin kita kucup buat kali terakhir? Masalahnya, cukup lima minit untuk membuat semua itu? TIDAK!

Hari ini topik kita semua berkenaan dengan MASA ye adik-adik atau dalam bahasa koreanya dipanggil shigan. Apa dia ulang sekali lagi sama-sama? Shi-gan. Ye, pandai adik-adik semua. Lepas ini lama-lama dah boleh lah cakap korea kan.

Masa ini amat lah penting tau sebab orang tua-tua kata masa itu adalah emas. Okay, bukan orang tua kita sahaja tapi orang tua Korea, Amerika, London pun ada kata-kata macam ni kan. Itu bermaksud kita semua kenalah menghargai masa dengan sebaik-baiknya supaya kita tak berada dalam kerugian. Ok, ni feeling tengah bagi tazkirah ke hapa ni. haha. Whatever je lah kan tapi adik-adik semua dapat kan point dekat sini iaitu hargailah masa macam kita hargai emas, tak kisah lah gelang emas emak kita sekali pun kan. 

 Kita selalu mengeluh tak cukup masa, ataupun lebih comel menggunakan frasa "masa amat mencemburui kita". Benarkah masa mencemburui kau semua sedangkan kau yang membazirkan masa sebegitu sahaja. Oh, mungkin selama ini kau salah faham kerana tiada sebab masa nak mencemburui kau kerana masa ini ada ego dia sendiri tau. Dia bukan macam kekasih kau. Kalau kau kata kekasih kau ada ego super duper, kau silap. Cuba kau ngayat dia betul-betul gerenti dia patah balik ke pangkuan kau. Tapi Masa ada ego super nova tau tak. Kau guna mandrem bomoh dan ubat pengasih macam mana pun ego dia amat jantan okay. Pandang belakang tengok kau merengek pun tidak.

Jadi, stop mengeluh tak cukup masa. Aku akui even aku selalu mengeluh tak cukup masa. Mari aku bagi satu cara macam mana nak cukupkan masa kau orang yang sentiasa tak cukup tu nak tak? Sebab aku tahu masa korang satu hari bukan lah 24 jam tetapi 20 jam, dan seminggu kau orang bukanlah 7 hari tetapi 5 hari. Mudah saja ye adik-adik, mulakan dengan kaedah tepati masa. Aku rasa kaedah ni kena tulis huruf besar kut sebab nak bagi semua rakyat Malaysia tahu ini satu penegasan. KAEDAH TEPATI MASA. clear kan. semua simpan dalam otak baik-baik ye kaedah ni. bawak sampai kubur, tapi sebelum mati turunkan kat anak cucu semua barulah rakyat Malaysia ni pantas sikit.

Senang je, kalau kau janji pukul dua, tunjukkan lah batang hidung kau tu sharp pukul dua. Bukan janji pukul 2, lepas tu aku dah sampai dekat sana kau masih lagi dalam train lepas tu bila aku sms dah sampai mana kau buat-buat kata on the way lepas tu aku kena tunggu beli air dekat starbucks yang mahal tu sebab aku kalau stress tunggu orang kena ambik kaffeine lepas tu call kau lagi kau ckp ondaway lagi. Berapa banyak lepas tu ha dan tak ada alasan lain ke? Aku tak tahu apa itu ondaway. Underwear tahu lah.! Lagi satu, jam. pastikan jam sentiasa melekat dengan diri kita. Aku tak pakai jam tangan tapi aku selalu check masa dekat handphone. Jadikan habit k. Oh, jangan lupa awalkan jam anda lima minit. Lebih baik awal daripada lambat bukan. Ingat, jangan berlagak diva sangat buat orang tunggu kita sebab orang macam ini aku gelar pencuri.

Ya, pencuri masa aku.




Sunday, 30 January 2011

ubah cara berpakaian sebelum ubah mentaliti.

Hai... Errrr, malas nak buat pendahuluan boleh? Terus ke isi sahaja ok adik-adik.

1. Fesyen musim sejuk di negara tropika. Cuba pergi ke area Pavillion dan Bukit Bintang, tak sah kalau kau tak nampak anak-anak muda menyarung winter coat sedangkan matahari berada tegak di kepala. Weh, panas kut weh. Aku tahu mesti kau cuba tahan kan kepanasan yang melanda sanubari kau sedangkan ketiak kau dah basah kat dalam winter coat tu. Sudah tu kau dry cleaning tak winter coat tu?

2. tutup kepala tunjuk lengan. Ni pun aku kurang tak berapa nak faham. Come on lah, islam is easy man. Eh, woman lah. Mana pulak para jantan ni bertudung macam yuna kan. Tolong jangan  cuba susahkan benda yang mudah ok cik adik. Islam kata wanita kena tutup semua melainkan muka dan tapak tangan. Okay, mari kita sama-sama scan dari atas. Kepala tutup, bahu perfect, dada tersusun rapi, pinggang S-line tak nampak sangat susuk tubuh , WAITT!, eh pehal siku kau buruk weh. Seriously, aku tak faham kenapa nak bertudung sedangkan kau orang menunjukkan lengan. Please women, CHANGE.

3. Shades. Memang trend sekarang ramai suka pakai shade. Ok, my point is tak perlu kut nak pakai shades dekat dalam shopping mall. Ya, aku tahu kau sayang shades tu. Mungkin kau budak baru nak up kumpul duit sebulan tak makan semata-mata nak beli shades yang original then kau akan rasa rugi kalau tak pakai sebab tu duit kau bukan duit aku dan bukan duit kerajaan so kau tak kisah lah orang nak cakap apa kan. *(panjangnya ayat tanpa koma ni) Mungkin juga kau takut mata kau dijangkiti penyakit, al maklumlah sinaran matahari masa kini kan amat berbahaya untuk mata kita ni kan, tapi harap maklum adik-adik, dalam mall tiada sinaran matahari masuk.

4. Mens in leggings. Ok, yang ni jarang lagi aku jumpa. Dekat korea dah start dah fesyen macam ini cuma they wear shorts after leggings la kan sebagai langkah berjaga-jaga. Tapi aku still tak setuju dengan fesyen yang ini sebab usually leggings dikurniakan untuk kaki yang kurus. Cuba bayangkan kaki bermuscle masuk leggings. macam sarung nangka kut. haha.

Actually, aku hanya just bagi pendapat dan pandangan aku saja. Fesyen is simple. Islam juga. Aku tak kesah kalau kau nak sarung apa-apa pun sebab mungkin itu identiti kau tetapi tolonglah, follow the guidelines.

Friday, 28 January 2011

facts about me.

tak pernah-pernah aku letak tajuk entry gunakan english okay. this is first time. awkward. the point is, bila tajuk aku dalam english, bermaksud aku sedang serius. biar aku tulis huruf besar. SERIUS. faham tak?

cuti kali ini aku tersedar banyak perkara. try something fresh and new, mingles with new peoples, dan juga mengetahui kebenaran tentang banyak benda. kebenaran? Ya! kebenaran tentang aku, orang sekeliling aku termasuk strangers. sekarang ini otak aku memang sebu habis sebab terlampau banyak berfikir. boleh kondem bateri aku kalau berterusan macam ini. somehow bila fikir balik ada lucunya, tapi diulangi ini SERIUS!

APA YANG AKU TAHU, YANG NAK DIBERITAHU, YANG KAU PERLU TAHU

1. aku sedar yang aku capable of doing something crazy. Ok, this is a bit private, so mana-mana yang busybody yang ingin tahu sahaja boleh pm aku untuk mengetahuinya.

2. confident level aku ditahap maksimum ketika di Malaysia. Sebab itu aku boleh buat kerja gila di sini. Ahh, mungkin kerana faktor suasana dan ketinggian.

3. find out yang wajah aku adalah familiar. ini kerana dah berapa kali jumpa rakan baru dan mereka berkata, "you look familiar" . kalau translate bahasa melayu adalah, "macam pernah ku jumpa tapi di mana ya" . pfft.

4. aku juga dapat tahu yang aku akan deactivate account facebook aku someday. so untuk kawan-kawan yang nak keep in touch boleh add twitter aku atau msn. (ajidraai@hotmail.com)

5. aku capable in losing weight. 3kilos in 3 jogging sessions. siapa boleh buat aku bagi hadiah.

6. aku dapat tahu yang aku still stick with the rules never talks korean language in Malaysia. oleh itu, jangan paksa aku ok. nanti hati aku timbul sedikit riak.

7. aku dapat tahu yang kekasih kau kawan dia, kekasih dia bekas kekasih kau. turut tak ketinggalan, kawan kau adalah kawan aku dan macam-macam lagi. Oh great. we're actually friends who fuck!! LOL

8. aku dapat tahu aku tak berminat dengan kisah silam seseorang. tidak kira baik buruknya seseorang pada masa silam. Oh, dengan itu jangan kau tanya kisah silam aku okay adik-adik semua? cool!

9. impression dan persepsion some of my friends tentang aku adalah berbeza. aku pernah cakap kan aku splits personality?

10. aku dapat tahu yang aku boleh buat ayat manis-manis sedikit. korean TV show banyak mengajar aku ok. Oh ya, benda pertama yang aku lihat dalam mencari pasangan adalah tubuh badan.


cukuplah sepuluh. aku tak mandi lagi. nak pergi sembahyang. chiow adik-adik. =p