kita memang tak lari dari lumrah dan sifat manusia. ya, kita memang selalu terdorong untuk memiliki benda yang cantik. tak salah kan kita meminati yang cantik dan sedap dipandang. well, kalau tak sedap dipandang di mata orang lain pun,cukup lah ia dapat memuaskan hati diri kita. cukuplah sekadar mampu membuat kita tersenyum, tersengih dan gelak besar. oh, jangan gelak besar sangat tau sebab rasullulah benci orang yang gelak besar.
hidup aku sekarang memang perlukan dorongan dari setiap insan. nak aku bagi ayat skema SPM sikit tak? ok. hidupnya seorang pemimpin adalah kerana dorongan rakyatnya, jayanya seorang artis itu kerana dorongan peminat nya. konklusinya, samalah dengan hidup kita yang bergelar insan biasa ni kan, wajib dan tidak sah tanpa adanya unsur dorongan dan motivasi dalam hidup kita.
sebenarnya, entri ini ditujukan untuk setiap manusia yang aku anggap cantik hot dan meletup yang cuba memberikan dorongan kepada orang yang terdekat. paling hebat, memberi dorongan untuk insan yang tidak dikenali. walaupun dorongan yang diberi dianggap kecil seperti kuman, tapi jika ia mampu memberi impak, insan itu amat hebat. aku akui, sedikit sebanyak aku tertarik dengan
so, aku ingin memberi ucapan terima kasih kepada insan cantik dan berani tersebut kerana memberikan dorongan untuk terus menulis. =p
No comments:
Post a Comment