Wednesday, 7 July 2010

kemas baju

dulu selalu merungut seluar kurang baju melampau banyak nya. sekarang baju pulak kurang bila seluar dah banyak. kadang-kadang itu, sebelum pergi kelas siap dah fikir dalam otak arini nak match making baju ni dengan seluar ni diserikan lagi dengan boxer ni, last-last bila tengok kat cermin rasa tak puas hati. memang pergi kelas paling senang pakai seluar trek, shirt diserikan dengan selipar jepun.

sekarang ni ada 2 sebab aku kena kemas baju-baju yang ada dalam wardrobe aku.

satu, derma. hujung minggu ni insyaallah aku akan bersama menjayakan program PPMK melawat rumah anak-anak yatim. niat dari dulu nak buat kerja sukarelawan tu sentiasa tersemat dalam hati ni tapi akibat terlampau rapi aku semat, faham-faham lah kan memang tak terbuat der. yelah, aku ni seorang yang amat amat lah sibuk dengan rutin harian aku  iaitu, ke kelas, projek, makan, tido, dan merayau.

dua, balik rumah. kali ini balik nak bawak beg kecil sahaja. susah lah bawak beg besar ni. nak pergi airport naik tren dengan badan tak se-tough mana, stamina entah mana nak bawak beg besar susah dowh. time tu lah rasa menyesal tak rajin pergi gym. kalau pergi gym mesti angkat beg sebelah tangan saje. so, balik kali ini bawak baju sikit2 sahaja sebab saya yakin mak ayah saya akan membelikan saya baju baru di Malaysia nanti.

to mummy and daddy, nanti nak pinjam credit card eh. haha =p

1 comment:

Unknown said...

betul weih klu ko nak balik bawa beg kecil jerr...klu bawa beg besar beg ko akan bertambah besar bila balik sana nanti