Saturday 20 March 2010

Seoul diserang! Perang! Perang!



hajat hari ini nak pergi keluar jalan tapi atas sebab berbahaya aku batalkan sahaja niat ini. memang amat2 berbahaya weh hari ni. ni tak tipu punya. Seoul diserang!! Darurat. Tu lah gatal sangat nak pergi belajar kat Korea dah tau masih berperang lagi. Macam mana nak balik nih.? 

Wah, penat aku taip nak temberang kau orang semua. haha. alah, loklak sikit takkan tak boleh.  tapi memang bahaya kalau keluar hari ni sebab Seoul dan kawasan sekitar diserang 황사(hwang-sa). hwang-sa tu dalam bahasa melayu kita panggil debu-debu kuning. sapa kena boleh jadi otak kuning. haha memang kuning gila lah suasana petang tadi. kalau kat Malaysia macam jerebu jugak lah benda ni. kalau jerebu datang dari Indonesia,debu kuning ni pulak datang dari gurun dekat kawasan China tu. wah, berinfo gila aku tulis kali ini. Ok, kalau nak tahu sebab apa ada benda ini buka buku geografi tingkatan 3 ok.

Sebagai seseorang yang amat mementingkan kesihatan, aku duduk sahaja dekat rumah. yelah, sakit kang susah tak ada orang nak jaga. masa tu lah rindu kat ibu, awek, sanak saudara. hujung minggu ini aku habiskan masa siapkan assignment semua, lepas itu buat latihan matematik dan lengkap dengan ulangkaji. Eh, sudah tentu tipu belaka, sebab aku hanya menonton filem korea je sepanjang hari. haha. download je weh. tak sampai setengah jam dah siap. gambar berkualiti lak tu. terbaik.



sekian dari meja penulis. niat nak tayang kamera tu =)


3 comments:

Afzainizam said...

Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu… Wow entry yang menarik

Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….

Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

ayieq said...

benci tgk kamera tuuu!

ajid said...

ayieq ; alahai, usah gitu dong =)