Tuesday 12 October 2010

sinar di usia remaja.

percaya tak aku kata lagu antara anyir dan jakarta ada dekat karaoke di korea ni.? sila percaya kerana muka aku baik dan tak pandai berbohong. malah aku sendiri pernah testing vokal dengan lagu itu disini. tetapi jangan harap lah lagu misz nina nak ada kat sini kan.

orang kata sinar fm itu radio untuk halwa telinga orang-orang tua sahaja. malah rakan-rakan aku juga berkata demikian. untuk sesiapa yang tidak tahu apa itu sinar fm, sila anggap sinar fm adalah satu jenis sinaran sama seperti gamma, beta dan juga sinaran UV.

semua radio adalah sama. mereka ada konsep dan target pendengar mereka. setiap hari aku dengar sinar fm. pagi-pagi bangun tidur mesti dengar pagi di sinar. pernah kau orang dengar? kelakar okay.! malam pula sambil menghabiskan kerja, aku menghirup teh sambil mendengar cetusan perasaan di sinar. pernah kau orang dengar? romantik okay.! tak sangka orang-orang Malaysia amat cool dalam meluahkan perasaan, malah mengaku kesalahan sendiri dan membuka aib sendiri demi memohon kemaafan. apa kau ingat maaf hanya untuk dipohon semasa hari raya?

dan lagi satu, aku lebih rela dengar radio untuk orang-orang tua macam sinar fm berbanding sesetengah radio yang terlampau taksub memainkan lagu dari seberang.


rakan-rakan aku kata aku macam orang tua bila dengar sinar fm. ye, hari lahir aku hari ini dan aku semakin tua. benar kata-kata mereka aku semakin tua.

selamat hari lahir yazid.


salam sayang dari blogger tak seberapa ni.(kaitan gambar ini dengan entry adalah kerana ada sinar.itu saja)

Monday 4 October 2010

hilangnya busur.

sekarang ini dalam proses menyimpan lemak untuk menghadapi musim sejuk yang bakal mendatang. kalau boleh nanti nak berhibernasi tapi kena pergi kelas lah pula. oleh itu, peluang makan free tidak pernah aku lepaskan sebegitu sahaja. hujung minggu dipenuhi dengan undangan rumah terbuka sahaja. makan makan dan makan. ok, minum sekali. kalau makan tak minum mati lah nanti.

 kejap! ada tak plus size cupid? sebab aku rasa aku dah jadi cupid sejak kebelakangan ini. kena tolong kawan ini cari pasangan, dan yang dah berpasangan selalu cerita masalah rumah tangga dia orang dekat aku. oh, ada juga yang minta ayat-ayat romantik untuk diberi kepada pasangan mereka. sometimes aku tak faham kenapa aku?

aku tau aku handsome sikit, tapi aku bukan lelaki yang baik, romantik pun tak, malah aku tak ada kekasih pun. I am single loser baby!  haaa, untuk yang berminat sila lah add dekat facebook.( macam sial kan promote diri sendiri.haha)

kadang-kadang bila mereka bertanya aku rasa bersalah sebab tak dapat berikan jawapan dan nasihat. bukan aku tiada pandangan cuma malas ingin meluahkan. apa yang aku boleh katakan hanyalah sabar.

memang aku cupid yang kehilangan busur. tapi at least aku cupid yang bersunat dan tak berbogel.

aku sebenarnya suka dengar masalah kawan-kawan. 

Saturday 2 October 2010

geek in action.

a lil update.

hari ini hujan.

mungkin esok daun-daun mula luruh.

hari ini aku nak beritahu yang diana danielle reply twitter aku weh woot woot.. jeles tak x2. haha. dan benda tu walaupun kecil tetapi macam sedikit berharga ok untuk diri aku. lepas ini nak cuba heliza pula tapi dia tak approve pun. dan dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakak diana danielle sebab you had made my day.

oh ye, mari kita buat sedikit update tentang diri aku selama aku bercuti ini. satu, selama bercuti hanya aktif di facebook sahaja walaupun kawan kat facebook tak berapa ramai tapi setiap sepuluh minit macam kena refresh page news feed itu semata-mata nak tengok ade post kontroversi tak untuk dikomen dan dikutuk.
kedua, tahun ini summer break paling menarik sebab ada camp rock 2. ehhh, ape camp rock ni, tak rock la tengok demi lovato ni kan. ok, apa yang menariknya adalah aku dapat berpuasa dan beraya di kampung. yeahh, walaupun buat cuti sendiri tapi puas hati la juga.

ketiga, mari kita cerita pasal korea pula. aku cuba jadi geek. full stop.

Friday 1 October 2010

runway



memang semua orang nak pakai baju cantik-cantik. nak yang menarik perhatian. ada kata pepatah korea berbunyi pakaian adalah sayap seseorang manusia. motif mukadimah dengan kata-kata macam ni adalah kerana aku pun suka pakai baju yang menarik. hey, maaf lama tak update sebab sibuk bercuti.

video di atas boleh dianggap sebagai comeback ke dunia blog ini.