Wednesday 16 March 2011

bila semua kelas-mates kau adalah hyung.

Hai geng. Aku sekarang ini sibuk dengan kelas. Kerja, report, dan group project pun makin banyak. Semester ini ambil 7 subjek termasuk dua subjek lab. Sebab itu report melambak sampai satu minggu kena siapkan lebih dari tiga report. Tapi aku tau aku boleh cope up dengan semua ini sebab aku tahu aku boleh sebab aku hebat sebab aku terbaik. ( maaf, bukan riak tapi aku nak mindset supaya selalu positif)

Apa itu hyung? 

Hyung dalam bahasa melayu bermaksud abang yang dipanggil oleh lelaki. Kalau perempuan panggil oppa ya. Jangan terbalik pulak nanti kalau lelaki panggil oppa kena cop gay pula. Ini hukum kolkolah bahasa korea ye adik-adik. dengan ini bertambah pandai lah adik-adik dalam bahasa korea ni kan. haha. 

Memandangkan major aku adalah mechanical engineering, kebanyakan dalam kelas didominasi oleh kumbang. Tiada bunga ya. Kalau ada pun, bunga raya dan bunga tanah besar China. Bunga raya tu sah sah lah merujuk kepada gadis berkerakyatan Malaysia kan. Seperti yang kau semua tahu, lelaki korea wajib pergi military service. Kalau negara kita PLKN tiga bulan kau orang dah homesick tiap-tiap minggu mak bapak nak kena datang melawat, mereka 2 tahun menyerahkan diri, rohani, jasmani untuk negara mereka. Dan latihan yang dilalui bukan lah setakat menembak menggunakan M-16 sahaja malah sepuluh kali ganda lebih rasanya menurut cerita mereka yang kerap bercerita kepada aku. Sabar je lah aku bila dengar sebab dah bosan.

Oleh kerana memenuhi kehendak negara, mereka meninggalkan pelajaran selama dua tahun. Selalunya semasa tahun kedua universiti ramai yang tiba-tiba tak nampak muka. Aku hilang kawan. Sedih. Sebak. Sadis. 

Bila dah third year ini, tiba-tiba banyak pula muka baru. Itu lah mereka yang baru balik dari military service. Dua tahun lebih tua. Sebaya kakak aku okay. Contohnya jika aku lahir tahun 89, separuh kelas-mates lahir tahun 87. Tak ke haru biru jiwa kau jika kau sememangnya janggal menggelarkan seseorang sebagai abang kerana kau tiada abang kandung dan kau sememangnya natural geli bila kau memanggil abang atau digelar abang. 

Group aku pun sama. Aku yang paling muda digelar maknae yang bermaksud adik bongsu. Oh, bagi korean maknae kena rajin buat kerja, kadang-kadang perlu mahir menceriakan hyung semua, dan aktif. Sangat lah haru aku ni sekarang ya. Oleh itu aku berharap supaya hyung-hyung aku dapat menerima aku seadanya aku. Cewah. Jangan takut hyung semua, saya amat pandai menceriakan orang. Saya boleh nyanyikan lagu Gee siap dengan tarian. Hahaha!

By the way, dalam kelas lab pula labmate aku adalah freshmen which is beza 3 tahun umur. Ini bermakna turn aku jadi hyung pula. Serius dalam lab dia saja yang banyak gerak sana-sini. Aku tak suruh pun tapi dia volunteer kut. Untung kan? Syukur syukur. hehe

Friday 4 March 2011

"truth hurt." Ya, dan kebenaran adalah racun untuk peminat K-pop

Anda peminat k-pop? Anda ada menyimpan poster Super junior dan menggunakan gambar artis korea sebagai gambar profile facebook anda? Anda gemar menonton drama korea? Anda seringkali bermimpi ingin ke korea kerana ingin bertemu artis kegemaran anda? Jika jawapan anda adalah YA, maka entry ini ditujukan untuk anda. Jadi baca okay apa yang aku tulis dekat bawah ini walaupun aku masih tak tahu entry ini akan jadi panjang atau pendek. Ikut hati aku lah kan nak menulis apa dekat sini. Sila baca ya. Oh, tak mahu baca pun tak apa. Aku cool.

Istilah yang lebih tepat adalah " hallyu wave" yang menunjukkan drama dan muzik korea menakluki negara luar terutamanya Jepun dan negara-negara Asia. Mereka amat berjaya ye adik-adik dalam menyebarkan pengaruh mereka. Even sekarang aku sedang menaip entry ini sambil mendengar lagu-lagu korea. Makin rancak lah jari aku ni menodai papan kekunci ini. Ecehhh. 

Aku teringat kawan aku ada kata dekat aku, "sometime pictures can deceived you, so don't put total believe what you see on media and internet." Ya, aku percaya dengan kata-kata dia. Begitu juga dengan drama yang kau orang tonton dan dengari. Kau kena rasa, lihat, dengar menggunakan deria sendiri baru kau buat keputusan sekali gus letak kepercayaan tersebut.

  • Pemandangan amat indah bukan? JANGAN MUDAH PERCAYA. Ada tempat yang tak seberapa indah.

  • Hero dan heroin handsome bukan? JANGAN MUDAH PERCAYA. Sesetengah mereka bukan original. 

  • Mereka bersuara sedap bukan? JANGAN MUDAH PERCAYA. Sila dengar music mereka dengan betul.

 Okay, skang mai cheq habaq buah fikiran cheq tentang topik ini. Di harap peminat k-pop diluar sana jangan lah marah ya adik-adik. Ini cuma pendapat abang yang sudah duduk sini selama 3 tahun bergelumang dengan drama korea dan muzik k-pop ini. 

Dalam drama memang menonjolkan set dan tempat yang cantik sebagai background drama. Dari situ timbullah nafsu kau orang nak ke korea ini kan. Contohnya, Nami Island, Jeju Island, Rumah Full House, dan lain-lain lagi. Sungguh indah! Cuma indah mengikut musim. Contohnya Nami Island, tempat ini hanya super cantik pada musim sejuk dan luruh. Jadi aku tidak faham kenapa ada yang nak ke Nami Island pada musim panas. Hey, summer orang pergi pantai lah cuci mata dan sunbath. Oleh itu nasihat aku, nak datang melancong korea kena tengok musim dahulu ya. Oh, dan jika mata anda sering disajikan dengan tempat indah oleh drama korea, jangan terkejut kalau lihat mahupun terpijak muntah-muntah yang bebas berkeliaran di tepi jalan. Aku amat jijik tak nak godek harddisk carik gambar taruk kat sini. Eh, berkeliaran? layannn~ 

Artis mesti ada rupa baru boleh jual. Ini sama saja macam Malaysia. Nak laku cukup ada rupa. Berlakon boleh belajar, nyanyian boleh edit guna mesin kan? Tapi ditegaskan di sini tak semuanya ya adik-adik. Ehhh kejap kejap. Ini silap! Di sini kalau tiada rupa boleh jual juga dengan tiket kena pergi buat muka terlebih dahulu. Ya, some artist went under the knife. Mungkin repair hidung sikit, mungkin mata, mungkin juga semua. Ini yang aku katakan bukan original. Ini spicy.


Ini Goo Ha Ra. Dia mengaku adjust hidung. apa ada hal

Aku pendengar setia muzik k-pop. Aku tahu siapa SNSD, Kara, Lee Hyori, 2PM dan Beast. Memang aku selalu dengar lagu-lagu diorang tapi sumpah rasa sakit hati bila dengar sesetengah artis diorang nyanyi secara live. Kalau rajin sila ke youtube cari lagu korea yang anda minat. Cari video yang dibuang MR.(MR제거). Ini adalah teknik yang dibenci artis korea yang tak boleh menyanyi secara live. Muzik latar dibuang dan vokal mereka akan kedengaran secara jelas. Jadi dengar dulu baru buat keputusan okay adik-adik. Aku dah dengar dan mendapati ada artis yang tertulis di dahi mereka, " saya penipu. nenek saya lagi pandai menyanyi."

Ingat lagi sekali adik-adik, kau kena rasa, lihat, dengar menggunakan deria sendiri baru kau buat keputusan. Oh ya, tadi ke kelas makin ramai remaja korea yang blond. Aku fikir hantu. Kau fikir apa?



Wednesday 2 March 2011

bila jauh semua kita rindu kan

Aku dah balik korea. Entry ni ditulis sekadar ingin menghilangkan bosan aku. Sila faham yang keadaan aku sekarang sedang merindui semua benda yang aku tinggalkan di Malaysia. Aku amat-amat bosan sekarang. Rindu parents, rindu sayang, rindu kawan-kawan. Oleh kerana aku tak nak menyentuh soal ini, boleh kita tukar entry ni ke arah lebih rilek dan fun. Okay geng?

Sedia maklum kan semua dengan kepulangan aku ke kimchi land ini kan. Ecehhh, nama nak gedik je lebih. Ok, tau kan korea semua. Alaaa, Jangan la buat-buat tak tahu sebab aku tahu kau orang semua peminat setia kpop, tak pun drama korea. Ok, ini tahun ketiga aku dekat sini weh. Tak sangka pejam celik dah tiga tahun menempuhi hidup dekat tanah orang bermata sepet ni. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah.

bukti aku naik airasia balik sini

Aku secara official pelajar tahun ketiga mechanical engineering di Inha University. Bangga tak? Haha. FYI, aku baru pindah rumah baru. Ya! Pindah lagi. Rumah baru, housemate baru, tuan rumah baru. hati ini je yang lama dan serabai.

Jom aku cerita sikit pasal rumah baru aku ni. Overall rumah ni BEST. Keselesaan terjamin. Apa yang aku amat suka pasal rumah ini adalah dapur dia comel. A bit small but masih mengekalkan ciri-ciri moden dan maskulin. Oh ya, bilik air pun begitu juga. Tema untuk bilik air dan dapur menurut interior designer kami adalah white swan. Maksud dia semua putih ya. Dan ini juga bermaksud amat susah untuk menjaganya. Kena sental tiap-tiap minggu lah camni. Haih. Aku memang suka bersihkan dapur dan cuci tandas ni. *Tangan ke dada mata ke atas.


ini bilik air dan dapur. oh, and that is my housemate.

Seterusnya ruang tamu. Ruang tamu agak cosy. Ada tingkap besar menghadap luar rumah. Cool. Cuma warna warna wallpaper untuk point wall ialah pink. Ok, malas komen yang ni. Gambar pun tak nak tunjuk. Segannnnn! Next, permandangan luar. Sebelah rumah adalah highway so kau orang boleh bayangkan macam area seri kembangan atau serdang tu lah ok. Cewahhh. Haha. Lagi satu depan rumah ada satu bukit yang ada taman. Guess kat situ boleh jogging dan watching sunset. Yeay!!


 abaikan yang pink. fokus dekat dining table itu saja ok geng.

ini pemandangan belakang rumah aku. highway. dan sana itu university aku

Rumah ni perlukan renovation. Nantikan perubahannya ok geng? Aku nak buat orang kata macam ini, “fuyooo, luar setinggan dalam kondo ”.