Saturday 18 June 2011

Outing 1: Anguk Street

Summer break start! and counting days nak balik rumah even masih ada sepurnama lagi untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Sebenarnya memang boleh sahaja kalau mahu pulang awal tapi sebab akan menerima tetamu dari kampung disini awal julai nanti aku tunda lah balik kampung. Rilek ah, duduk Malaysia pun bukannya buat apa pun kan. Menghabiskan elaun sudah tentu.

Semalam aku keluar jalan-jalan setelah sekian lamanya aku terperap di rumah. Yelah exam fever lah kononnya kan. Misi semalam adalah berjalan di tempat baru berseorangan. Lepas itu ada jugak macam perasan blog ni dah lama tak diupdate dengan tempat-tempat yang menarik di Korea kan. So, macam nanti kalau dah tak ada kat sini tak ingat pulak apa aku dah buat dekat sini. Seperti yang pernah aku cakap dulu, nanti kalau anak cucu nak tau cerita atuk dia ni bagi je lah link blog aku ni kan. Senang, tiada fakta ditokok tambah.


 (안국 거리) Anguk Street
Dapat tahu street ni dari nyonya singapore kepoh masa dekat happy guest house. Dia eksyen dia beli barang branded murah dekat sini padahal bag cikai je aku tengok. Anyway bukan nak cerita pasal tempat shopping murah dekat Anguk ni sebab aku tak pergi pun semalam sebab memang tak ada benda nak dibeli. Okay, tulus ikhlas tak ada duit. Memang faktor kewangan berada di tahap sampah buat masa ini.
Jika inginkan suasana tenang dan damai, Anguk street adalah tempatnya. Disini ada banyak traditional guest house  untuk pelancong yang ingin menginap di rumah traditional korea "han-ok". Bagi aku tarikan anguk street ini terletak pada keseniannya. Bukan sahaja penuh dengan rumah tradisi, tetapi turut dipenuhi dengan coffee house, art gallery dan juga vintage shop. Kafe dihias dengan tema yang pelbagai. Sebagai contoh, ada kafe yang menyediakan aktiviti membuat patung dan mengait. Di sini juga ada kedai cake dan macaroons wehh. Sumpah sedap.
reminis cake house. 

korean traditional house.

jewelry shop

I love how they decorate the restaurant. Macam berada di era berlainan

macam feeling oversea bila tengok kedai ini.
 Dan yang paling penting granny dekat sini berani buat big statement in fashion. Leopard pattern pun berani sarung wehhhh. Sekian sahaja laporan untuk kali ini. Babai.