Sunday 28 February 2010

kembali ke tempat asal

Puas! puas cuti 2 bulan. *macam cuti orang bersalin pulak. banyak tempat aku pergi dan macam-macam aku buat. yeah! dapat meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan, dan kenal kawan baru cukup buat aku gembira selama 2 bulan di Malaysia walaupun di penghujung cuti macam emo emo sikit. haha~ 

Mari kita buat review balik aktiviti-aktiviti selama 2 bulan tu. atleast sepuluh tahun akan datang aku boleh ingat balik kalau aku lupa ke, kene amnesia ke kan. *macam lah banyak sangat aktiviti kau. haha. 




1) Percutian ke Langkawi.(3D2N)
Bersama keluarga. yang paling hebatnya, baru sampai Malaysia tak sampai 2 jam terus bertolak g Langkawi. jetlag tak hilang lagi tu. tapi untuk keluarga apa salahnya kan. Lagi pun keluarga aku bukan jenis yang selalu pergi melancong. so, memang itu lah masa terbaik dengan keluarga kut. 



2) Keluar jumpa kawan ini itu 
 Aku rasa aku tak ada hobi macam mengumpul setem, *tapi ada koleksi setem, atau pun main game. Jumpa kawan-kawan boleh dikira sebagai hobi tak?haha~ layan. paling best cuti ini, aku dapat jumpa kawan dari sekolah rendah sampai lah ke sekolah menengah. yang dah 8 tahun tak jumpa pun ada. bila jumpa balik, "eh, kau dah lain ah sekarang" ataupun " you tension study ka, why so many pimples" macam-macam reaksi ada. haha. 


3) Mula menghadap buku 
 Aku baca buku bila perlu. tiada usaha nak baca buku cerita atau novel. pendek kata BUKU. oh, majalah kira buku tak? sebab itu je kut yang aku suka baca. tapi sejak cuti lepas aku cuba mengembangkan minat membaca aku ni. untuk percubaan aku cuba baca buku yang berunsur humor, dan tak berapa berat. tajuknya "Honk! If you're Malaysia" . menarik ok buku ni. sila baca.



4) Bawa diri cari hidayah
 Pasal ni emo. no comment.

Lagi dua hari mula semester baru. Tak sabar nak mulakan study balik. harap-harap semester ni dapat lagi tingkatkan prestasi. ape skema gila ayat aku neh. 


jadual untuk semester baru. yang kosong itu adalah masa untuk tidur.oh yeah!



cari pasal

now I know how silly I am. what  have I done!

Friday 19 February 2010

vacation 4 | meraikan harimau punya tahun








oh, aku tak tau setan apakah yang merasuk aku sampai kan aku begitu bersemangat menyambut tahun baru cina untuk tahun harimau ini. mungkin setan hariharimau barangkali. haha. mak aku cakap kau tak dapat sambut hari raya puasa dan hari raya korban, kau sambut hari raya cina pun jadi lah.haha. alamak, quote kata mak aku lagi.


walaupun aku seorang sahaja korean, ehhh, melayu melayu weh. ye, walaupun saya seorang sahaja melayu tapi masih bersungguh-sungguh menyemarakkan perayaan ini ye adik-adik. haha. sebenarnya, kawan melayu aku sibuk-belajar-aku-tak-mahu-kacau-biar-aku main-sorang-pun-best-jugak, so last-last terjebaklah lepak pergi gathering dengan kawan-kawan cina yang amat saya kasihi. 


malam pertama, kami makan steambot. habis stim kami dibuatnya. apalagi,  ber'orgy lah kami di situ tanpa bercerita panjang. hahahaha. oh, tidak sama sekali ye. *mengucap panjang.
serius, kami makan-makan, borak-borak. lama gila tak jumpa kut kawan-kawan yang dikasihi ini. aku rindu diaorang, diaorang sudah tentu lah rindu aku lagi banyak. time aku tulis entry ni pun aku rindu kat diorang. tapi amoi-amoi saja la. hahahaha.


3 tahun tak berjumpa ada yang dah berubah pe'el, ada yang macam itu aje, tak berubah-ubah. contohnya, ah hiap, kalau masa sekolah dulu dia masturbate 3 kali sehari, sekarang pun same je. tak ada peningkatan langsung, haha.


lepas masing-masing dah klimaks apa semua kan, kami membersihkan diri untuk ke sesi tayangan lewat malam. ala, senang cite tengok wayang la. haha
ok, aku nak pendekkan cerita ini, balik lambat gila, mak risau anak bujangnya balik lambat, kawan-kawan aku memang best, dan akhir sekali cerita the wolfman macam taik. 












Monday 15 February 2010

stupid cupid

kau tahu orang kata cinta itu dianggap sebagai satu kuasa yang besar dan mampu mengubah gerak-geri manusia serta hidupnya. lebih-lebih lagi untuk si beginner, bila dipanah oleh anak panah cupid bagai nak gila jadinya. okay, tolak bahagi cinta monyet da skandal-skandal, aku mungkin boleh dikategorikan sebagai si begginer ini. 


yes, aku bukan jenis yang senang dipanah oleh cupid. barangkali panahan itu tersasar. barangkali cupid tertinggal busurnya di rumah atau sayap nya patah. barangkali ada force field di sekeliling aku yang membuatkan anak panah tidak dapat menembusi medan itu. ah, terlalu banyak barangkali...


seperti yang aku pernah bilang, bila cinta tiada di depan mata baru kita mahu menghargainya. ini aku bercakap dari pengalaman sendiri. bila si bunga sudah ada pengganti kita akan menjadi manusia bengong mengatakan ingin menunggu nya hingga satu hari yang pasti si bunga akan kembali kepada kita. (maaf, aku guna 'kita' sebab aku percaya ada diantara kamu pernah melalui perkara ini.)


dan bila kita cuba merahsiakan perkara ini dari tatapan umum, keluarga, rakan-rakan mula mengetahui episod cinta tiga segi akhirnya semua yang dibendung terbongkar. terima kasih kepada social network, mulut adik-beradik dan harian metro. sumpah, aku rasa nak bagi pingat penghargaan terhadap yang telah membantu. 


kawan perempuan menasihati " banyak lagi orang lain, dan dia dah ada orang lain. If you want to forget her, try to erase her completely, but I know you can't". aku diam.


kawan lelaki dengan kasar menasihati " she's let other guy to kiss her and put it publicly, and you still want her? " aku diam.


ibu aku turut serta menasihati " jangan kacau orang yang dah berpunya. " aku diam dan berkata we're just friends. wait if ayah find out this mess too.shet.


dan setelah melalui hari-hari yang sunyi, aku percaya ada sekuntum bunga lagi yang dicipta untuk memberi haruman kepada hidup aku. mungkin bunga itu satu spesies bunga yang belum ditemui lagi bermakna harus terus menunggu hingga bunga itu mekar kan. ok, cupid cepat cari bunga tu sampai dapat ye.cari lah di serata nursery atau pun di florists. dan kalau boleh cari yang di Korea ok. =)


ok, aku tau untuk melupakan seseorang itu memang susah, tapi aku dah ada plan yang baik untuk melaksanakan projek ini. plan aku adalah..........adalah lari ke luar negara untuk satu tempoh masa. Ok ok, siapa ada idea yang lagi best sila lah kongsi ye. 

Sunday 7 February 2010

vacation 3 | bersiaran di sekitar port dickson

well, semalam baru balik dari kenduri kat rumah yaya, kawan time sekolah rendah. dah dekat sepuluh tahun kut tak jumpa sebab lain-lain sekolah semua kan. dia dah nak ke new zealand 3 hari lagi sebab tu lah macam semangat nak jumpa dia. lepas ni entah bila la jumpa lagi. selamat jalan ye yaya. 






lepas balik tu singgah pula dekat pantai teluk kemang ada expo apa entah. siap ade konsert lagi. well, tak berminat pun. haha ;D


tapi semalam tergelak disebabkan this thing. rofl ;D
mari kita sama-sama saksikan ye


                                               so, what do you think?

Wednesday 3 February 2010

vacation 2 | 5 years to remember.

 

lumrah sifat manusia.
bila ada kita buat macam tak ada. 
bila tak ada barulah kita nak buat macam ada. 
baru lah heboh nak kutip balik apa yang telah kita buang dulu kan. haish


aku rasa aku perlu mintak maaf sangat kat seseorang sebab dulu aku buang kasih sayang dan kejujuran yang diberi tapi sekarang aku tagih pulak kasih sayang dia. tapi dia pun layan je aku kan. ni yang aku makin sayang ni. haha ;D


sekarang ini ape aku nak tulis pon aku tak tahu.


 I tried to read her mind but to avail. selalu pikir what is on her mind. betul kata orang, susah nak baca fikiran wanita. walaupun kita renung ke dalam mata nya masih sukar meneka hati dan fikiran wanita. macam ada tembok besar yang kita tak ada alatan yang secukupnya untuk pecahkan tembok itu.


but, most important thing is untuk menghargai dirinya selama mana dia ada di sisi kita kan even the reality she is not. treat her well, talk nice to her, never get angry, put down some ego, laugh at her jokes, be a cure to her, and pray for her. i don't know what am I doing now is right or not, and I don't give it a damn hell. I just want to see her to keep smiling. itulah kawan yang baik kan?


setiap kali dia ukir senyuman hati aku berdegup kencang. atau patut aku katakan cair? ada satu sensasi di dalam badan setiap kali dia tersenyum. hurm, i think i start to fall for her..again ;D


i may sound like despo kan. haha ;D. jom cool down and enjoy the klcc picture okay?




                                       bersiaran dari sekitar KL                                                         

                                  KLCC,second time ke sini.

                                                   erk?                       

Tuesday 2 February 2010

hullamak. hallyu da sampai malaysia

dengar cerita suhu di seoul -4 ya sekarang? bagus bagus. bila aku balik nanti sudah tentu suhu semakin naik kan. harap-harap dah tak negatif. mati lah terperap kat rumah kalau cam itu.haddeey.

somehow aku rasa hallyu semakin hebat eh kat malaysia nih. sana sini pergi semua dah pandai pasal korea showbiz. aku pergi rumah member pun cerita pasal drama korea dengan mak dye pun gang up join skali dan dia tengok drama sampai pagi la pulak. haishh.

lagu-lagu korea pun dah start dimainkan di shopping kompleks yer. kagum sebentar. kuat nya pengaruh boyband dan girlgroup korea.

hey, tapi this is what i call the real hallyu. suara yang sedap. i present to you Mr. Kim Bum Soo.