Saturday 24 July 2010

perang suci

ape guna perang-perang ni semua. revenge revenge revenge!!. cikgu dulu selalu cakap kan tak baik membenci dan berdendam. even my friend cakap kan kalau nak orang respek kita, kita jangan lah membenci orang lain. boleh tak aku cakap aku tak pernah membenci orang tapi cuma tak berkenan saja.??

sebelum mengarut lebih panjang lets get back to perang ye kawan-kawan. selama aku duduk kat korea, dah banyak kali aku diancam dengan ugutan sebegini. aku benci. ah, menci tau mak. hahaha. even my parents pun start to worries about this shit tau. kalau call mesti tanya macam mana darjah keamanan dekat seoul. hurm, kau rasa nak jawab apa eh. darjah satu?

and sometimes aku rasa dah lali la dengan semua ugutan-ugutan kosong macam tu. sudah lah kau nak cakap kau perang suci ke perang kotor ke, aku anggap semua itu mainan politik 'suci' kau. 

tapi, macam mana kalau perang meletus. jangan lah. i still have my computer and house. oh, and i can't imagine lah jongmin pegang senapang masuk hutan lepas tu main tembak-tembak.

Friday 16 July 2010

you're beautiful and sexxay =p

derma baju haritu berjalan dengan lancar walaupun ada ura-ura dan bisikan syaitan mengatakan supaya jangan pergi kerana peperiksaan dah dekat haritu. tapi mujur ada juga bisikan malaikat dan rakan-rakan yang mengajak aku membuat amal. tu bermaksud aku pergi ok ke lawatan rumah orang kurang upaya. aku sajikan sedikit gambar untuk sisipan membuat entri ni nampak panjang di samping mengelakkan korang semua juling sebab asyik membaca tulisan sahaja kat blog aku ni kan.

diorang suka menari.

 bersukaneka.siapa menang bagi cokelat.mcm tadika kan.

nama dia lee jae won. dulu dia rempit katenya. jangan tanya la kenapa dia pakai helmet 24jam ye.

tengok, eratkan ukhwah yang diikat. cun la junior tu.

haritu tersenyum lebar kut sebab dapat lihat mereka gembira. sempat juga bersihkan rumah diorang, main-main dengan diorang dan menari dengan diorang. jangan tanya mana gambar aku cuci tandas ye sebab kamera man tu tak pergi bahagian tandas.  sebenarnya, tak nak tulis entri pasal ni sebab dah basi kut. minggu lepas punya cerita der. kita kena lah sajikan sesuatu yang fresh kan. nak something yang segar dari ladang? say yeahhh~

ok, esok aku balik rumah. sekian.
 

Saturday 10 July 2010

cantik

kita memang tak lari dari lumrah dan sifat manusia. ya, kita memang selalu terdorong untuk memiliki benda yang cantik. tak salah kan kita meminati yang cantik dan sedap dipandang. well, kalau tak sedap dipandang di mata orang lain pun,cukup lah ia dapat memuaskan hati diri kita. cukuplah sekadar mampu membuat kita tersenyum, tersengih dan gelak besar. oh, jangan gelak besar sangat tau sebab rasullulah benci orang yang gelak besar.

hidup aku sekarang memang perlukan dorongan dari setiap insan. nak aku bagi ayat skema SPM sikit tak? ok. hidupnya seorang pemimpin adalah kerana dorongan rakyatnya, jayanya seorang artis itu kerana dorongan peminat nya. konklusinya, samalah dengan hidup kita yang bergelar insan biasa ni kan, wajib dan tidak sah tanpa adanya unsur dorongan dan motivasi dalam hidup kita.

sebenarnya, entri ini ditujukan untuk setiap manusia yang aku anggap cantik hot dan meletup yang cuba memberikan dorongan kepada orang yang terdekat. paling hebat, memberi dorongan untuk insan yang tidak dikenali. walaupun dorongan yang diberi dianggap kecil seperti kuman, tapi jika ia mampu memberi impak, insan itu amat hebat. aku akui, sedikit sebanyak aku tertarik dengan

so, aku ingin memberi ucapan terima kasih kepada insan cantik dan berani tersebut kerana memberikan dorongan untuk terus menulis. =p

Wednesday 7 July 2010

kemas baju

dulu selalu merungut seluar kurang baju melampau banyak nya. sekarang baju pulak kurang bila seluar dah banyak. kadang-kadang itu, sebelum pergi kelas siap dah fikir dalam otak arini nak match making baju ni dengan seluar ni diserikan lagi dengan boxer ni, last-last bila tengok kat cermin rasa tak puas hati. memang pergi kelas paling senang pakai seluar trek, shirt diserikan dengan selipar jepun.

sekarang ni ada 2 sebab aku kena kemas baju-baju yang ada dalam wardrobe aku.

satu, derma. hujung minggu ni insyaallah aku akan bersama menjayakan program PPMK melawat rumah anak-anak yatim. niat dari dulu nak buat kerja sukarelawan tu sentiasa tersemat dalam hati ni tapi akibat terlampau rapi aku semat, faham-faham lah kan memang tak terbuat der. yelah, aku ni seorang yang amat amat lah sibuk dengan rutin harian aku  iaitu, ke kelas, projek, makan, tido, dan merayau.

dua, balik rumah. kali ini balik nak bawak beg kecil sahaja. susah lah bawak beg besar ni. nak pergi airport naik tren dengan badan tak se-tough mana, stamina entah mana nak bawak beg besar susah dowh. time tu lah rasa menyesal tak rajin pergi gym. kalau pergi gym mesti angkat beg sebelah tangan saje. so, balik kali ini bawak baju sikit2 sahaja sebab saya yakin mak ayah saya akan membelikan saya baju baru di Malaysia nanti.

to mummy and daddy, nanti nak pinjam credit card eh. haha =p

Tuesday 6 July 2010

sakit rindu

pagi tadi bangun sembahyang subuh. masa nak sujud kepala terhantuk dekat bucu kabinet buku. kalau keluar darah kan bagus. time macam ini kadang-kadang kita ingin diri kita cedera. tak kisah lah cedera berdarah ke, cedera melecur ke, atau demam panas. masa itu baru tahu siapa yang ambil berat tentang diri kau.

pathetic sungguh kan. dan sebenarnya ak merindui seseorang. maaf, ini bukan pasal cinta. ini pasal kasih seorang cucu kepada arwah nenek nya. sudah 3 tahun pemergiannya tapi aku sentiasa merinduinya. tadi petang kemuncak kerinduan aku. bermimpi tentang dirinya ibarat dia benar-benar berada di hadapan ku. ya, walaupun dalam mimpi ianya mirip realiti. aku buka mata perlahan-lahan. air mata aku mengalir. Ya Allah. aku cuba tutup mata mengharapkan mimpi itu kembali.

dulu setiap sabtu dia akan kejutkan aku awal. ke kebun tolong cabut ubi.
dulu setiap rabu dia akan kejutkan aku awal. tolong hantar tapai bawakkan ke simpang jalan.
dulu apabila hujan dia selalu panggil aku. tolong angkat inang-inang yang dijemur.
dulu... itu semua dulu.

sekurang-kurang nya kini aku menangis kerana rindu. bukti dirinya ada dalam hati ini. bukan nya menangis kerana melihatkan dirinya terlantar sakit seperti dulu. sungguh, hanya satu benda yang aku terkilan sehingga kini iaitu aku tiada di sisi nya sewaktu pemergiannya menghadap Illahi. sehingga kini aku masih bersoal kepada diri aku sendir kenapa aku begitu degil pada hari tersebut?