Tuesday 24 November 2009

reformasi anak kedua

halo. kepada anak yang bukan bergelar sulung atau pun along, pasti faham perasaan aku.


cuti musim panas, seminggu sebelum pulang ke tanah air.

"eh, ayah kau beli kereta untuk akak kau eh?" kawan aku bertanya.

dengan kadar segera aku mencapai telefon dan menelefon rumah. positif. myVi hitam untuk si bakal guru. tak-aci-kau-dapat-kereta-atas-nama-kau-sendiri. belajar pun masih belum habis sudah mahu berkereta.


di hari lahir si bakal guru, 23november.

"dapat cincin emas daripada ibu" ujar statusnya di mukabuku. sekali lagi, cemburu. bukan lah aku nak cincin emas itu pula, tapi jika berada di pihak aku sudah tentu kau rasa ketidakadilan-ketidaksaksamaan-kau je selalu dapat lebih-dan aku dapat tengok saja? untuk pengetahuan, tiada hadiah hari lahir untuk aku tahun ini. oh, tahun lepas dan tahun sebelumnya juga.

adakah ini yang dipanggil birokrasi rumah tangga? ahaha :D

sebenarnya aku memang tahu yang ibu bapa aku utamakan kakak daripada aku. dan aku sudah pun lali. cuma kadang-kadang bila benda ni terjadi aku nak cakap kat semua orang "in fact she has everything, i will be better than her one day. and i'm goin to use my own hand" . eh,tiba-tiba english pula. bajet kau ni yazid.

p/s; secara rasminya mengumumkan akan pulang ke tanah air untuk cuti musim sejuk. ;D






Wednesday 11 November 2009

weh betina, kau diva sangat. penat dah aku tunggu kau. ;x

rasa tak sampai hati nak gelarkan awak betina. ok, saya tukar kepada wanita.

heh wanita, awak tahu dah berapa lama saya tunggu awak. hampir setahun awak pergi meninggalkan saya awak tahu tak. saya lelaki biasa dan awak tahu saya tidak boleh nak hidup tanpa awak di sisi. sumpah wahai wanita, saya betul-betul penat menunggu awak pulang ke pangkuan saya. penat weh, awak faham tak erti penat.

saya ingat lagi awak kata sebelum pergi yang awak pergi tak lama. ingat tidak lafaz kata awak "saya pergi tidak lama, november nanti saya kembali menyerikan hidup awak". saya simpan kata-kata itu dalam hati saya. saya harungi musim bunga,musim panas seorang diri. adakah awak dapat rasakan kegersangan yang saya rasakan? heh, awak tak gersang ke hidup seorang-seorang?

awak, sekarang musim luruh hampir pergi dan seingat saya masa untuk awak kembali kepada saya sudah pun sampai. saya tetap tunggu kepulangan awak. setiap hari saya berharap awak akan cepat pulang dan menceriakan hidup saya seperti dahulu.

awak, tahu tak setiap kali saya rindu kat awak, setiap kali saya teringat kat awak, saya tatap gambar awak yang ada di komputer. tak lupa juga video-video yang awak tinggalkan untuk saya sebelum pemergian awak.

kini saya tahu awak tidak pulang pada november mahupun disember. berani awak minta masa lagi. kali ini sampai januari tahun hadapan. awak tahu betapa lukanya hati saya bila mendapat tahu berita ini dari mulut orang lain? baiklah, saya bagi awak masa sampai januari. saya dah tunggu sampai november kenapa tidak meneruskan penantian sampai januari bukan?

sampai saat ini hanya gambar awak sahaja yang dapat saya tatap.











dengar sini lee hyori, saya akan tunggu awak buat comeback dengan album baru januari ini okay? ;DD

p/s; tengok gambar, keras sudah ;D






Sunday 8 November 2009

majlis annual dinner PPMK.


majlis ini minggu lepas. mula-mula macam tak nak pergi sebab tak ada persiapan baju macam kawan-kawan yang lain. oh, kot ada satu tapi tahun lepas punya. sebab saya tak nak pakai kot itu bukan lah dah out-fashion ke ape mende en, tapi badan saya makin kecil membuatkan baju tu nampak besar. kecil tu maksudnya saya hilang berat badan ok. ;D. last-last, saya pun pergi lah tengok member-member semua semangat kan. rasanya, malam itu malam dinner paling best kut.
makanan hotel la pulak kan. wallla, sumpah makan tak ingat dunia. haha.


tengok tu, pakai je apa yang ada. serabai kau yazid ;DD

oh, esok pula kene turun seoul mengundi. well, tahun ini saya tiada calon favourite. so, untuk esok calon dengan ucapan manifesto yang mantap akan dapat undi saya.

Saturday 7 November 2009

hidup lebih bermakna dengan W sisters :))))



hey guys. lama sudah tidak jenguk-jenguk blog ni. yelah, lepas emo-emo semua hilang kejap rasa hendak blog. tarik nafas, huuu. ok, saya dah ok dah sekarang. yeah, kembali bersemangat kut. semangat pergi kelas, semangat bermain, semangat berjalan, pendek kata saya memang semakin bersemangat kot. ;D. positif bukan? haha

okay, hari ini saya nak bercerita pasal w sisters saya. ;D. woooo, inilah skandal duniawi terbesar saya tau. haha. ok, w stands for wang? wang, money, fulus, duit. get it? ;DDD.

pertama, kau orang kena tahu beberapa info tentang status kewangan saya di sini.

1- Sumber kewangan utama saya adalah daripada kerajaan ;DD
2- Sumber kewangan kedua adalah daripada Inha University
3- Cagaran rumah sudah habis dibayar bulan lepas.

Ok, sebelum ini saya terpaksa terseksa kejap kut sebab nak bayar duit cagaran rumah ini. jumlahnya adalah 2.5juta won. tempoh yang diberikan adalah sepuluh bulan tapi saya berjaya bayar dalam masa 8bulan. saya memang tak suka hutan-hutang ni doe. sebab tu kalau boleh cepat-cepat nak habis bayar. ahaha. well, terseksa tau sebab tak dapat shopping banyak-banyak sekali gus tak dapat menjana ekonomi dunia. ahaha. sebab itu awal tahun ini ekonomi lembap je en. xpe, lepas ini saya cuba jana kembali ok. ;D

kadangkala kan, saya duduk sini rasa macam pekerja makan gaji. maksud saya, kerja belajar ni sama macam pekerja. faham? yelah, hari-hari ke kelas cukup bulan tengok buku akaun duit dah masuk. so, bulan ini boleh dikatakan kemewahan pertama saya. ahaha. walaupun tak lah luxury macam orang kaya, tapi saya tetap rasa mewah.

( sampai sini saya dah tak tahu macam mana nak habiskan entri ni. ok, bantai;DD )

apa yang saya tahu elaun sebulan saya sekarang sangatlah terlebih untuk saya. siapa nak pinjam cakap ye. ;DD. sementara itu, saya akan simpan wang lebihan tu baik-baik. balik malaysia terus kahwin en. haha ;D

dan bulan ini adalah duit sikit nak shopping-shopping. oh ya, saya baru beli kamera tau. ala, tapi bukan lah guna dslr ke, cybershot ke, tapi saya beli kamera polaroid. ahaha. saya kan suka lain dari yang lain.


p/s; duit tiket balik Malaysia pula ditaja oleh Encik Baharum. yesh!!