Friday 18 December 2009

aktiviti hindar sunyi | gunakan kawan-kawan



hey, sihat? aku sihat saja. baru lepas peperiksaan dan merasakan hidup dengan perasaan segar. cehhh, segar tu weyh. ahaha. entri lepas aku cakap aku sunyi en. ahaha. series weh aku betul-betul sunyi. kawan aku cakap blog aku dah jadi blog despo.

ahaha. lawak doh. mungkin sejak dua menjak ni aku rasa sunyi sebab exam week kut. maksud aku, duduk dalam bilik kecil hadap dinding selama 2 minggu tanpa apa-apa aktiviti buat kita terfikir masa depan serta pencapaian hidup kita yer.cheewah ;p

hari ini, cuaca paling sejuk di seoul. -13 yer. lihat betul-betul. negatif tu. tapi dengan semangat kut aku keluar lepak rumah member aku. dengan aktiviti borak-borak, masak-masak, lepas itu nak masing-masing sibuk nak luruskan rambut. rebonding ok. ;D. l

epas itu aktiviti photoshoot dengan tema ajal maut. masing-masing sila ingat tentang mati yer. jangan asyik buat dosa je. ok, aktiviti kemuncak malam ini dijangka berakhir dengan parti seks yer. kami baru order 5 biatches korea. ahaha. tak lah. pillow talk je lah kut. k out. layan gambar k ;D






Sunday 13 December 2009

argh,SUNYI





hish, kene cepat-cepat cari pasangan baru lah tak sunyi.


p/s ; hari itu dah ada yang berkenan tapi dah berpunya.grr

Friday 4 December 2009

didikan sosial 1 ㅣ fleksibel





sebenarnya, aku tak nak beratkan minda kau orang dengan entry yang serius tapi sekali sekala apa salahnya kan.;D
telek gambar zebra itu betul-betul. do you ever think whether this creature is white over black stripes or black over white stripes? selama ini aku tak pernah pun terfikir soalan ini sebab aku dibesarkan di malaysia.

tapi di amerika pula, aku dengar mereka kata zebra adalah warna putih dengan belang hitam. di negara afrika pula, mereka kata zebra adalah warna hitam dengan belang putih. pelik bukan? satu benda yang sama boleh jadi tiga benda yang berbeza. faham tak kenapa? kita di malaysia tak pernah cakap zebra warna putih dengan hitam atau sebaliknya sebab dari dulu kita cakap zebra warna hitam dan putih. kan?

ok, aku bagi lagi satu contoh yang pernah guru bahasa korea aku bagi dulu. cuba lukis gambar nasi. tak nak lukis pun tak mengapa yer. ;D

aku yakin gambar yang kau orang semua lukis mesti gambar pinggan dengan nasi berbukit diatasnya kan. tapi orang negara korea pula lain. gambar yang keluar adalah mangkuk. bukan pinggan. pernah terfikir pasal benda ini?

its all about culture babe. yesh, seperti cara kau membesar, apa yang kau lihat, apa yang kau dengar, apa yang pernah kau alami, dengan siapa kau bermain; maksud aku rakan sebaya, dan yang paling penting adalah budaya yang dipegang dan cara bersosial dalam keluarga masing-masing.
contohnya, lisa dibesarkan dalam keluarga yang mewah. di rumahnya terdapat bar kecil. so, lisa akan membesar dengan pemahaman bahawa menogak arak adalah tidak salah. faham?

senang cakap you are what you eat.

apa yang ingin disampaikan, kita tak boleh sentiasa nak argue apa yang kita lihat, kita dengar, kita rasa adalah amat benar. ya, mungkin benar jika berada di kelompok kita, tapi mungkin boleh jadi salah di mata kelompok lain. cuba menjadi fleksibel.

culture dan sosial adalah benda yang kompleks. sedangkan kita nak faham kawan cina atau india kita pun susah kan. but, macam aku cakap tadi, be flexible. eh, aku engineer kenapa nak heboh pasal culture dengan sosial nih. grr. ;D

p/s; terima kasih kepada leslie brown sebab idea dia ini buat aku terfikir benda ini.




Wednesday 2 December 2009

hai cik kak after school, saya fanboys awak. grr!

sedang gila. aku dengar lagu ini banyak-banyak kali pun tak bosan. ahaha, cakap lah aku fanboys or whatever aku accept. cheewah