projek besar. update tentang ini apabila segala-galanya siap. 기대하셔도 좋다! ( wait for it!)
Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts
Saturday, 27 March 2010
Saturday, 20 March 2010
Seoul diserang! Perang! Perang!
hajat hari ini nak pergi keluar jalan tapi atas sebab berbahaya aku batalkan sahaja niat ini. memang amat2 berbahaya weh hari ni. ni tak tipu punya. Seoul diserang!! Darurat. Tu lah gatal sangat nak pergi belajar kat Korea dah tau masih berperang lagi. Macam mana nak balik nih.?
Wah, penat aku taip nak temberang kau orang semua. haha. alah, loklak sikit takkan tak boleh. tapi memang bahaya kalau keluar hari ni sebab Seoul dan kawasan sekitar diserang 황사(hwang-sa). hwang-sa tu dalam bahasa melayu kita panggil debu-debu kuning. sapa kena boleh jadi otak kuning. haha memang kuning gila lah suasana petang tadi. kalau kat Malaysia macam jerebu jugak lah benda ni. kalau jerebu datang dari Indonesia,debu kuning ni pulak datang dari gurun dekat kawasan China tu. wah, berinfo gila aku tulis kali ini. Ok, kalau nak tahu sebab apa ada benda ini buka buku geografi tingkatan 3 ok.
Sebagai seseorang yang amat mementingkan kesihatan, aku duduk sahaja dekat rumah. yelah, sakit kang susah tak ada orang nak jaga. masa tu lah rindu kat ibu, awek, sanak saudara. hujung minggu ini aku habiskan masa siapkan assignment semua, lepas itu buat latihan matematik dan lengkap dengan ulangkaji. Eh, sudah tentu tipu belaka, sebab aku hanya menonton filem korea je sepanjang hari. haha. download je weh. tak sampai setengah jam dah siap. gambar berkualiti lak tu. terbaik.
sekian dari meja penulis. niat nak tayang kamera tu =)
Monday, 8 March 2010
mera nam k.viswanathan
update untuk minggu pertama sesi persekolahan musim bunga/musim panas 2010. walaupun sesi ini bermula pada musim bunga haram langsung bunga masih tak berkembang. ok, aku bagi peluang sampai minggu depan je.
plis, aku nak keluar pakai baju nipis-nipis pergi berkelah dekat taman bunga sambil baca buku ala-ala mat saleh tu. *aktiviti wajib musim bunga.
dalam banyak-banyak kelas untuk semester ini, kelas kejuruteraan matematik paling menarik dan banyak meninggalkan kesan mendalam pada hati aku.haha! kalau kau orang teka mungkin proffesor tu perempuan lawa, kau orang silap.
dia lelaki dari India, namanya KK Viswanathan. antara kesan mendalam yang ditinggalkan oleh nya adalah lawak selamba dia terhadap pelajar korea, tidak dilupakan luka yang ditinggalkan di hati ku.
hari pertama kelas, dia salah menyebut nama aku. antara orang yang pernah menyebut nama aku, rasanya sebutan dia paling melampau salah nya. aku ingat dia panggil nama orang lain sebab itu aku buat bodoh je.
hari kedua kelas, aku mengharap hari ini dia sebut nama aku dengan betul. ya, 60% ketepatan dan aku mengharap minggu depan mesti perfecto punya sebutan tapi mulai minggu depan dia akan panggil kehadiran ikut nombor.
rasa terluka gila ok. dah lah sebut nama x betul lepas tu nak guna sistem nombor pulak. reaksi aku, "무슨 로봇도 아니고 왜 번호를 따져 그래" (kita bukan nya robot kenapa nak guna nombor-nombor pulak) tapi aku cakap kat kawan aku je lah bukan kat proffesor tu.haha!
yelah, rasa macam bukan manusia pulak bila panggil ikut nombor. ini robot,robot!
aku robot no47. haha
satu-satu nya perkara yang boleh aku kata aku suka tentang dia adalah accent india dia yang memang menarik didengar bila cakap english. macam dengar mutusamy berborak pun ada.

snow in march?great! =(
Sunday, 8 November 2009
majlis annual dinner PPMK.
majlis ini minggu lepas. mula-mula macam tak nak pergi sebab tak ada persiapan baju macam kawan-kawan yang lain. oh, kot ada satu tapi tahun lepas punya. sebab saya tak nak pakai kot itu bukan lah dah out-fashion ke ape mende en, tapi badan saya makin kecil membuatkan baju tu nampak besar. kecil tu maksudnya saya hilang berat badan ok. ;D. last-last, saya pun pergi lah tengok member-member semua semangat kan. rasanya, malam itu malam dinner paling best kut.
makanan hotel la pulak kan. wallla, sumpah makan tak ingat dunia. haha.
tengok tu, pakai je apa yang ada. serabai kau yazid ;DDoh, esok pula kene turun seoul mengundi. well, tahun ini saya tiada calon favourite. so, untuk esok calon dengan ucapan manifesto yang mantap akan dapat undi saya.
Tuesday, 6 October 2009
woo song
hai geng. cuba tengok video bawah ni. rakan batch aku yang buat persembahan waktu hari keluarga PPMK sabtu lepas. tak payah cari aku. masa ni aku ada temujanji. haha. eh eh,bukan bukan. aku tengah baca buku. kan aku ada ckp aku dah jadi anak dara sekarang. haha. ;DD. aku suke part yang wuuu wuuu tu. lagi satu susah woo nak satukan alat-alat muzik yg banyak camtu. walaupun ada cacat cela carca merba sikit tapi jika bandingkan masa persiapan iaitu 2 hari boleh dikatakan persembahan ni best gila nak mampus.aku tak kisah kau orang suka ke tidak, aku tetap suka sebab ini hasil usaha rakan batch aku en. haha ;DDD. pasni kita buat orkestra pulak eh. one more time,wuuuwuuuu~ yeah ;DDD
Monday, 5 October 2009
OMK, pasang telinga, bukak mata dan gelak-gelak.
kau orang tau tak ape OMK tu? ;D. Oh mak kau lah. haha. dulu aku tak suka baca surat khabar.kalau baca segmen hiburan dan kesihatan. segmen kesihatan tu best kot. haha. sekarang tiap-tiap hari kena update dengan berita Malaysia kut. yelah, kalau telefon bapak aku adalah topik sikit nak tanya. kalau tak kang, tak bercakap pulak aku dengan bapak aku tu en.
jom kita buat ulasan sedikit berita yang tengah hot di utusan sekarang ni. tiba-tiba pulak en aku semangat. haha.
1- Mohd. Isa temui pengundi di estet.
cuba baca perkataan estet itu lebih sepuluh kali. aku rasa kalau tajuk ini setakat temui pengundi pun dah cukup kot. aku boleh faham. kau nak menang kan isa. kau nak nama kan. aku harap kau kalah di kampung sendiri.
2- Kaji beri DBP lebih kuasa martabat bahasa.
yang aku tahu DBP terbitkan buku teks. itu sahaja. tolong tambah info lain kawan-kawan.
3-SBY- 'Selalu Bencana Ya'
haha. kreatif kreatif. bagi aku gelak kejap. ;DDD. negara paling sedih. kau orang tak faham ke konsep ketuhanan ha? Kalau Allah nak turunkan azab dia, gerenti la turun. yang kau nak salahkan presiden kau orang tu dah kenapa? tapi presiden kau memang pengecut weh.kalau macam tu BHO tu Bontot Hitam Obama?haha ;D
4-Proton pasang kereta kontrak.
hai proton, kau buat macam mana pun kereta kau boleh pakai 2 tahun lepas tu rosak.
dulu, aku lagi selesa guna motor EX5 aku tau dari naik iswara mak aku. biarlah berhujan pun. ;DDD. bawak awek naik EX5 lagi best la dari naik kau proton.
5-Chelsea rampas takhta liga, Liverpool gigit jari.
kat england pun kalau kalah gigit jari jugak eh. ooo, sumpah tak tahu. haha. ape-ape pun chelsea menang. gogogogo! chelsea chelsea~ :DD
p/s ; aku dah jadi anak dara dah. duduk rumah 24jam. entah kenapa aku sendiri pun tak tahu.
Subscribe to:
Posts (Atom)