Wednesday 30 September 2009

kalau melaka bandar sejarah, Port DICKson bandar ape?

hey, salam sejahtera semua. kau semua kenal Port DICKson tak? popular en. aku sayang tempat tu wooo. lantak korang la nak cakap laut Port DICKson kotor lah, penuh taik lah. dari kecil sampai sekarang kat situ je lah kampung yang aku ada. yelah, kalau mak bapak korang kahwin en, selalunya korang ada dua kampung. sebagai contoh, satu kampung hulu langat, lagi satu Port DICKson. paham?

aku pula ada satu saja kampung. Port DICKson lah weh. mana tak nya, mak bapak kahwin satu kampung. dua puluh tapak je jarak rumah arwah nenek lagi satu. so, jangan lah cerita pasal korang balik kg ape semua en, aku x paham perasaan dan feeling balik kampung.

ok ok, balik kepada cerita Port DICKson tadi. selalunya kalau kawan-kawan aku tanya, "kau asal mana weyh?nampak macam indon je" , ataupun "weyh, ko budak mana?kerek je aku tengok" , ataupun, "kau balik mana nanti cuti?" aku pon harus lah cakap sesuatu jawapan yang high class, high fashion, high sosial dan menjadi ingatan kepada orang tu.

jawapan aku, "Port DICKson..bandar maksiat". cool ayat ni en?hahaha ;pppp

jangan di tanya kenapa. nak tahu pergi sendiri. iye, mungkin tiada apa-apa berlaku pada waktu siang, tapi menjelang malam hari mula lah aktiviti-aktiviti nocturnal. kau orang paham en?
kalau aku terangkan dalam-dalam kang kau orang terhorny pulak en. hahahaha ;ppppp
tapi banyak-banyak hotel kat situ, kat dalam kancil, kelisa juga menjadi pilihan. weh,x sempit ke? haha ;DD

tapi nampaknya selepas ini aku dah tak boleh panggil nama Port DICKson bandar maksiat lagi.
Port DICKson dah ada nama baru. semalam tengok berita harian, dia tulis Port DICKson bandar tentera darat. bagus-bagus. nampak tough, kental, dan gagah walaupun nama itu tidak berapa nak komersial. untuk pengetahuan kau orang, tentera-tentera itu salah satu punca aku panggil Port DICKson dengan nama bandar maksiat. maaf Port DICKson, rasanya aku akan terus menggelar kau bandar maksiat. haha;ppp


p/s; jangan tanya kenapa aku tulis port dickson macam itu, untuk tujuan publisiti sahaja okay.haha ;ppp

Sunday 27 September 2009

kau rasa kau dah cukup bulu nak berkahwin? x)

hai geng. salam sejahtera semua. entry hari ahad yang sangat BORING! bermakna tiada aktiviti bersosial yang sihat minggu ini. fb dan ms tu kira sosial sihat tak? okay, sepatutnya saya keluar berjalan-jalan ke hongdae tapi atas sebab kononnya banyak sangat kerja nak dibuat tak jadi keluar. bajet bagus je en. tapi macam sia-sia saja aku buat keputusan tu en. langsung tak study wey. haha. sebenarnya bukan tak study tapi tak paham. nanti-nanti la aku belajar.

kalaulah saya keluar berjalan kan lagi best. macam-macam boleh dapat. makanan sedap, baju baru, cuci mata gadis korea pakai skirt pendek, cuci mata maknyah lawa kat itaewon, pergi karaoke, dan tidak dilupakan meneroka kelab-kelab di apgujong dan hongdae. weeewitt. sejak bila pula aku pandai ke kelab nih. ;p. mentang-mentang lah setan-setan dah mula kerja balik en, senang-senang je nak ikut diorang. grr

lagi satu seminggu ni aku banyak sangat pikir masa depan aku kot. pelik tidak jika saya kata saya sudah tiada hati untuk berumah tangga dan memiliki anak cucu. kau orang semua mesti pernah berangan nak memiliki keluarga bahagia en. aku pon pernah kot. wajib tuhhh. hahaha. ;pp. like, bila bangun pagi ada seseorang disebelah kita yang sedang tidur berbantalkan lengan kita memakai bra seksi warna maroon. woow,gila hot sial. dan tidak dilupakan aksi cium bercium serta peluk memeluk secara marathon,suka hati, 24-7, 365day kecuali siang hari di bulan ramadhan. nak boleh saja, tapi jangan lupa ganti puasa. ;D

tapi itu semua zaman sekolah menengah kot. sekarang ini aku tak pernah terpikir pon aku akan kahwin satu hari nanti. risau pulak aku weyh. nak hidup bujang ke tua susah jugak. yelah, nanti nak bagi siapa pulak en harta-harta yang banyak tu. haha ;p.

so, geng semua. aku nak bertanya la en. normal ke kalau kita tak ada rasa gatal nak berkahwin?


Tuesday 22 September 2009

nostalgik dan fantastiknya raya saya tahun ini, sila jealous banyak-banyak ;D

hai, salam sejahtera semua. sihat-sihat sahaja en, tidak ada yang sakit perut akibat terlebih makan di rumah terbuka? haha. bagus bagus. okay, bagaimana hari raya kamu semua? menarik tak? selalunya umur dah meningkat remaja neh ada yang kata hari raya sudah tak semeriah zaman kanak-kanak en.

alah, biasa lah tu perubahan dalam diri en. cuba tengok diri masing-masing. yang rendah sudah jadi tinggi, yang kecik sudah jadi besar, yang leper sudah jadi bulat, dan yang pendek sudah jadi panjang.haha, korang sila check okay. ;D.

raya di SEOUL tahun ini memang best, menarik, dan fabulus. yesh! check sendiri okay. ;D



tepi jalan juga haruslah menarik perhatian orang ramai


maaf bermaaf, cium bercium, rogol merogol



ambil gambar keluarga 83


photoshoot untuk salam perantauan tahun hadapan


sila muntah dengan gambar menjubo saya ;D


walaupun tiada ibu bapa dan sanak saudara, saya dapat merasai kasih sayang kawan-kawan en.
korang kat kampung ade? tak ada okay. kawan-kawan, saya sayang anda semua tak kira di mana kamu semua berada.

sekarang mari bercerita pasal suasana raya di kedutaan. pagi-pagi bangun, pastu naik bas ke kedutaan. tema baju raya mesti lah hitam menunjukkan hati aku hitam. iye, saya merendah diri di hari raya mengatakan hati saya hitam. alah, cakap putih kang korang kata poyo en. haha ;D

sampai-sampai saja terus bertakbir dan solat aidilfitri. masa ini terasa sayu pula. uchey, nak sayu-sayu pulak en. sebenarnya ngantuk gila kot sebab malam sebelum tu tak cukup tidur tolong lukman siapkan puding. so, siapa-siapa yang makan puding masa kat kedutaan tu ingatlah tangan saya lah yang menaburkan puding-puding itu ya. jika ada yang sakit perut minta maaf. :D. haha.

selepas solat, apa lagi en, melantak ar makanan yang ada. lontong, rendang,soto, pulut kuning, beriyani, dan PUDING dan macam-macam lagi. weyh, PUDING tu penting yer. haha;P
selepas itu, acara bergambar pula. rasa macam gila-gila kot bergambar. kata nak bersosial en. ada banyak sangat gambar tapi tak terupload pula.

dah rasa cukup bergambar, balik lah rumah. nak duduk kedutaan lama-lama bukan boleh ngurat anak duta tu en. balik tidur lagi sedap. mesti korang fikir kisah raya ini bersambung sampai raya kedua ketiga keempat dan seterusnya kan? jangan harap. saya harus hadap buku dan pergi ke kelas. see, saya adalah seorang pelajar yang rajin en. haha, ;D . bodoh kau yazid.

Saturday 19 September 2009

alhamdullilah, saya selamat sampai ke kampung. amin

Hai semua, salam sejahtera. yesh, saya dah sampai kg seoul dan memandangkan bulan ramadhan hampir meninggalkan kite en, tajuk entry haruslah islamik sikit dengan menggunakan zikir-zikir macam alhamdullilah tu en. dapat pahala lebih woo.haha. ;D. mesti sekarang semua tengah sibuk nak beraya en. dah kata esok raya, mesti lah tak sabar nak beraya en, jumpa sanak saudara dan mengumpul duit raya.

Raya tahun ini aku dah kumpul duit raya awal-awal masa cuti musim panas hari itu. alhamdullilah, dapat lah 200 ringgit. lepas lah duit nak dating masa cuti musim sejuk nanti en. haha. see, saya guna alhamdullilah lagi tu, dah dua pahala tu weh. ;p.

ok, xnak tulis panjang-panjang sebab mood blog sudah diganti dengan mood raya. selamat hari raya saya ucapkan kepada seluruh umat islam di muka bumi ini dengan ucapan selamat hari raya maaf zahir batin dan jangan lupa bayar zakat. haha. GOSH, random gila! ;D



Wednesday 16 September 2009

plis plis plis, balas mesej saya ;x

salam sejahtera semua. ;D. hari ini saya amat rajin ye untuk kemaskini blog saya. haha, kalau rajin baca lah ea.

macam yang saya bilang pada entri lepas, saya kan ponteng kelas. salah satu sebab memang lah saya sakit en. orang sakit duduk rumah je lah. ye tidak? ok tapi ada sebab lain sebenarnya. haha. ini kes ada udang di sebalik mee juga lah ni ye. ;D

iye, saya rindukan dia. saya ponteng kelas harap-harap dapat lah berborak dengan dia en. tapi mungkin dia sibuk, yelah sudah berkerja, mesti lah sentiasa sibuk untuk kumpul duit hantaran nanti en. ;D
tapi saya terasa hati tadi, selalu dia balas je ym saya, tapi hari ini tak pun. saya rindukan dia.
dah dekat seminggu kot kita tak berborak.

tadi bila dia on ym saja, saya jadi gembira. yelah, ponteng kelas pon ada hikmah juga en.
saya pon hantar 'i miss u' . lama saya tunggu tapi tak balas-balas pun. saya betul-betul rindukan dia.
GOSH, kenapa tiba-tiba saya jadi macam lelaki meroyan ni?



"하늘에서 새만 있는 걸 아니다. 바다에서 물고기만 있는 걸 아니다. 근데 내 마음이 왜 너만 있을까?" -데니안, god

hari yang malas untuk bergerak, berat punggung ye

hai hai hai. selamat sejahtera semua. cube baca balik tajuk entry dekat atas itu pastu maki saya. :p. nape? yelah, tajuk nak sopan-sopan je en. selalu tak ada guna istilah berat punggung pun, terus saja nak cakap berat buntut,berat burit en. buntut tak sopan ke? tak apa, yang penting aku guna bahasa melayu en. bantai pula aku guna bahasa korea karang ramai pula cakap aku poyo en. ;D.

hari ini adalah hari ke 25 kita semua berpuasa en. jadi sapa yg berpuasa penuh setakat ni tahniah eh. lagi 5 hari saja nak raya. sabar sabar sabar. ;D.

ok, saya sekarang tengah sakit tahu. tak payah risau, PMS saja pun. esok lusa baik lah. hahahaha. eh eh, tu azrina punya sakit. biasa la orang wanita en. aku sakit tekak dengan batuk saja. tak serius mana pon tapi punya lah menghilangkan mood aku untuk ke kelas. yelah, aku segan weyh. batuk aku ni macam menarik perhatian sangat je kat kelas. bayangkan lah, setiap kali aku batuk, orang depan pandang, orang belakang pandang, orang tepi pon turut pandang. menjadi perhatian macam artis pula. chewah, perasan tuh. ;p. sebenarnya orang tak pandang pun kot, cuma aku je yang pikir lebih-lebih en.

jadi hari ini hari rabu saya dengan bangga nya telah memecahkan rekod ponteng saya yang dipertahankan dari tingkatan 5. saya ponteng kelas culture hari ini. kelas ini tutup mata pun boleh score tak kisah lah ponteng en. berlagak sungguh kau en. mati panah petir baru tahu. ;p

bangga sungguh saya hari ini bila ponteng kelas. esok lusa boleh cuba lagi neh. ponteng benda lain pulak. ponteng puasa boleh? ish ish ish, selalu buat niat yang buruk-buruk en. ;D

ok, macam yang saya kata tadi raya tinggal 5 hari je en. tok imam tok imam, boleh tak kita tunda sahaja raya ini sampai bulan 12 nanti? saya nak raya kat malaysia lah tok. plis plis plis.
saya tak nak raya kat sini. sini bukan kampung saya, sini tak dapat duit raya, sini raya makan kimchi, sini raya tak ada meriam macam kat kampung tu, sini tak ada wanita datang beraya rumah saya. cukup tak alasan itu tok? piangggggggg! tok imam buat sepakan jurus harimau malaya.

memandangkan raya tahun ini jatuh hari ahad, kedutaan malaysia di seoul ada buat rumah terbuka. oleh itu, saya beraya di kedutaan sahaja lah. harap-harap makanan semua sedap en. lepas itu persatuan islamik universiti saya pon ade buat majlis juga petang raya tu. yang ini sudah tentu makanan arab. yesh, pagi makanan melayu, petang pula makanan arab ye, cool kan? nanti saya cerita macam mana raya saya ok? ;p.


Saturday 12 September 2009

hari raya makin menjelang. saya pula semakin sunyi ok. ;p

salam sejahtera semua. yesh, dah 22 hari kita menjalankan ibadah puasa kan. maknanya lagi 8hari kita akan menyambut hari lebaran. rasa-rasa raya tahun ni macam mana en. yang pasti adegan mengalirkan air mata bersama ayah ibu mesti ada kan. itu segmen yang wajib en. aku tak kisah korang nak cakap aku cengeng ke ape ke, suka hati aku la en. aku dari kecil memang cengeng kot. ;(

cerita minggu ini, aku cuba rajin-rajin pergi ke kelas setelah cuti dua bulan. cuba bayangkan selama dua bulan tak pegang pen dan buka buku en. haruslah silau mata menghadap buku dan mengigil tangan pegang pen en. ;p. kalau dah mula kelas ini, kerja-kerja pun semakin bertambah. tiada masa nak merayau-rayau, nak jumpa kawan, nak shoping, nak clubbing sume en. aku fokus kepada pelajaran saja sekarang. chewahh. ;p. nanti lah kalau aku kuar merayau aku cerita k.

iye, memang sibuk belajar tapi aku nak jugak buat sesuatu supaya dapat kurangkan stress dan release tension. walau tidak ada masa pun aku nak buat jugak. kalau dulu aku suka baring sambil dengar muzik gune ipod touch aku. tapi sejak ipod tu aku bagi kat kakak aku, aku dah tak tahu nak buat apa lagi weyh. baik kan aku senang-senang je aku bagi ipod kat kakak aku en. itulah seorang adik yang baik en. sila muntah. ;p.

jadi, dalam benak fikiran aku ni, aku dah ada dua pilihan. satu, bela haiwan. okay, ini memang bukan aku tapi aku nak cuba juga bela bela haiwan ni kan. yesh, saya nak ubah hidup saya jadi lebih menarik kut. haha. ;p. jadi, hari itu masa tengok kat kedai haiwan ada memerang dengan kucing yang comel sangat okay. nak nak nak! harga memerang tu dalam 220000won je.

dua, beli nintendo wii. okay, ini pun memang bukan aku. game dan aku memang tidak sealiran.
bagi aku layan tv lagi bagus dari game. itu dulu. lepas main game psp azrina je, aku pon rasa
game cool. ;p. nintendo wii pon aku da survey dekat homeplus hari tu, dalam 250000won juga.

OMG, mana satu nak pilih ek? aku sunyi sangat sekarang ni. ;p





Monday 7 September 2009

lepas makan muntah, itu adalah bulimia nervosa

salam sejahtera semua. ;p. hari yang tidak banyak kelas. tetapi oleh kerana sakit kepala tidak langsung pon rasa nikmat hari ini. tambah-tambah pula bila tahu kawan-kawan di malaysia cuti sempena nuzul quran lagi lah bengang kot. hari ini rehat-rehat di rumah lepas tu buka puasa kat luar. budak-budak ini lah yang ajak katanya nak sambut hari lahir kak gee sekali. ikut saja lah.
kita orang makan haemulttokcim. sedap ok. saja nak bagi sedap hati. haha. ;p.

haemulttokcim ini macam seafood masak sambal kot kalau kat malaysia. dan hari ini makan ikut nafsu kot, makan banyak- banyak. musibah nya, sampai rumah muntah-muntah. ohhh, saya lelaki, takkan saya mengandung. ;p. sebenarnya, aku memang jenis yang tak makan banyak. ini lah akibatnya kan bila terlebih makan kan. padan muka kau.

sumpah terasa macam orang yang ade penyakit bulimia nervosa tadi. spanish gila name dia kan. ye lah, lepas makan je muntah makan je muntah. bazir je makanan tu. hari ke 17 puasa hari ini masih tiada makanan special seperti di malaysia.haiz!

ohh, sabtu ini Persatuan Pelajar Malaysia Korea@PPMK anjurkan bazaar ramadan kat Seoul. cool ok. tetapi haruskah saya naik Seoul lagi minggu ni semata-mata inginkan roti canai dan nasi beriyani. duduk lah diam-diam sikit kat rumah weyh. ini tak, ujung minggu je nak merayau, ujung minggu je nak shopping, ujung minggu je nak dating. dating tu tipu ye. ;p

Sunday 6 September 2009

kamu pernah keluar date dengan wanita bekerjaya?

salam sejahtera.hai hai hai. =p. hari ini hari ke 16 kita semua gigih menjalankan ibadah puasa. oh, esok hari ke 17 bermakna esok adalah hari nuzul quran kan. sama-sama lah kita tingkatkan amalan baca quran ok?chewaah. =pp. sebenarnya post ini nak cerita pengalaman masa cuti musim panas yg lepas. haha, mati lah nanti kawan-kawan aku baca.

kamu semua mesti pernah keluar date kan? haha, cuti musim panas yg indah, haruslah keluar date kan.
walau pun x banyak kali keluar tapi cukup lah melepaskan rindu dan memuaskan nafsu. =p.
iye, saya keluar date tapi date saya bukan lah macam budak-budak yg baru nak naik ni kan. Contohnya, diaorang lebih gemar memenuhkan kompleks membeli belah dan taman-taman. kalau keluar pergi kompleks beli belah pun bukan nya kau orang beli baju berjenama zara, levis, dan lain lain itu kan. lepak tepi tangga ada lah. x paham aku.

sumpah bukan stail aku keluar date pergi bandar besar macam kl. aku lagi suka pergi date sambil menikmati keindahan alam. weewwitt. keindahan alam okay!

selalunya aku pergi tepi pantai saja, tidak pun air terjun. jangan salah sangka, kami ke sana bukan untuk membuat wayang, tapi untuk menikmati keindahan alam. paham kan? =p

okay, tapi bagaimana jika wanita yg kamu date itu sudah bekerjaya? maksud nya disini, bila keluar makan sahaja dia lah yang nak keluarkan dompet. yelah, saya ini kan masih belajar lagi.
mungkin kerana dia sudah bekerja, oh saya lebih suka gunakan perkataan bekerjaya, adakah semua tugas bayar-membayar adalah tanggungjawab dia.

kamu tentu tahu perasaan apabila situasi diatas terjadi bukan? betul, saya sungguh malu kepada pelayan di kedai makan itu. sangat sangat malu sampai rasa nak lari terus masuk kereta dan langgar tiang. ok tipu tipu, muka saja jadi merah padam.

saya tahu saya masih belajar tapi saya jugak ada duit tau dan bukan lah satu pemandangan yang baik di mata kebanyakan lelaki apabila perempuan yang mengeluarkan duit. jadi, selepas ini kita makan semahal mana pun biarlah saya yg keluarkan duit okay.

kepada para wanita yang lain, biarlah para lelaki yg membayar makan minum anda. bukankah lebih cool dan romantik? =)


Tuesday 1 September 2009

weweet,saya buka puasa dengan korek hidung hari ini.

salam sejahtera. hari ini hari pertama start g kelas untuk sem dua ni weyh. okey, sumpah penat. tambah-tambah aku ini seorang muslim yang sedang berpuasa kan. kelas yang aku ambil untuk semester ini da lah banyak en, pack gila jadual. ok, xnak cerita pasal kelas yg pack tu.

sebenarnya aku nak cerita apa yg berlaku hari ini.

kelas pukul 6 td, aku pon pergi lah dengan semangat nak belajar kan. tipu tipu.
ok rasa malas sebenarnya =p
selalunya kalau kelas minggu pertama x belajar kot. macam buat upacara berborak ngan kawan dan tidur saja. selalunya dalam 30minit je nak dengar prof merapik kat depan tu. lepas tu keluar.

tetapi tadi, jeng jeng jeng...chewah

boleh pula prof tu merepek dari pukul 6 sampai dekat pukul 8. ye, saya benci dia.
sila benci dia juga. aku da lah x bawak air atau makanan nak berbuka kan. bantai pula dengar dia merepek macam orang perempuan pula. aku rasa pahala aku kurang kot td. sebab menyumpah dia. tambah pulak x ikut sunnah rasul. orang nak buka puasa cepat-cepat, aku lambat-lambat pula. =p

untuk berbuka puasa aku hanya korek hidung secara diam2 di belakang kelas. amacam? cool x ;[