Thursday 29 April 2010

alahai,adik oh adik

ini cerita panas.haha. mungkin bukan untuk kau orang tapi ya untuk aku. apa yang aku nak cerita bukan pasal elaun JPA yang baru masuk sebentar tadi tapi pasal adik aku.

aku ada adik. dia bekerja sebagai pelajar tingkatan 1. apekah?? kau orang faham kan. okay, sekarang dia dah pandai mesej-mesej dan bergayut di telefon dengan teman lelaki. pheeewitttt. siap panggil sayang sayang lagi. awwwwwwwwwwww. memang hanyut betul kanak-kanak seekor tu. aku sebenarnya dari balik cuti musim sejuk lepas lagi dah tahu kegiatan gelap dia tu. dah la kulit gelap kan sah sah la boleh hidu kegiatan dia.

zaman sekarang ini budak-budak pun dah main tekan-tekan handphone kan, macam-macam boleh terjadi. advance betul budak sekarang. adik aku sekarang ini tak tahu lagi keluarga aku sudah mengetahui kegiatan dia itu, malahan handphone nya sudah dirampas secara senyap-senyap oleh gajah besar(akak saya). huuuuu!

ala, bukan tak sporting nak bagi bercinta-cinta macam itu kan tapi masih muda lagi kan.( bajet aku dulu tak macam ni je) . aku sebagai abang dia mesti lah nak jaga dia dari terhindar dari segala kekotoran duniawi ni kan. sebagai contoh, tiada sesi bersiar-siar menaiki motor atau kereta, pendek kata aktiviti yang memerlukan dia keluar dari rumah diharamkan jika tidak berhijab. contoh satu cukup lah kan. Alhamdulillah =p
kini aku teringin tahu siapakah gerangan jejaka itu. ohhoo, malam ini kena lah telefon rumah bergosip kejap dengan ibu bapa ku.

oleh itu, kita sebagai satu institusi keluarga kena lah saling jaga menjaga antara satu sama lain. kata sayang kan. untuk abang-abang di luar sana, apa perasaan anda andaikata adik anda seperti manusia dibawah ini. (skema gila ayat penutup ni.haha)


eh, tiada niat nak malukan sesiapa. ambil pengajaran ok geng ;p

p/s; rasa-rasa ini lah punca kenapa makin ramai bayi yang tidak berdosa dibuang.

Sunday 25 April 2010

cherry blossom

gambar di sekitar universiti semasa musim bunga =p
tasik tempat lepak ambil angin =p


tempat skodeng


flight balik Malaysia ni weh


sediakan baju hujan sebelum hujan


exam, exam, exam!



Friday 23 April 2010

cuba hargai rakan ketika ada. bila hilang jangan menyesal



tajuk tiada kaitan. sekadar peringatan.

ada sebuah bilik. aku tinggal didalamnya. setiap hari aku tidur, bersalin pakaian, masturbate, bermain bersama mimi, segalanya aku lakukan didalamnya. walaupun  tidak besar tapi cukup memberikan ruang untuk berteduh. aku amat selesa.

bagi aku, bilik aku adalah syurga untuk lelaki bujang macam aku.
tetapi first, let me introduce my house to you =p


my so-called villa

alaa, villa ini kecil je tak macam rumah-rumah kau orang. aku ni dah lah pelajar makan duit rakyat takkan la nak cari rumah besar-besar kan. rumah ini pun sewa rumah sebulan mencecah seribu ringgit ok. apa yang aku suka tentang rumah ini adalah toilet dia. well, boleh dikatakan 75peratus rumah ini dipilih adalah kerana toiletnya. toilet adalah penting kan sebab tempat membuat berbagai projek kan. projek apa? jeng jeng jeng. dan disitu juga lah banyak inspirasi yang muncul.

dan juga, rumah haruslah bersih sentiasa. walaupun aku jantan, tapi rumah aku masih boleh dikategorikan sebagai bersih. kalau cikgu kebersihan check ni mesti dapat award kelas terbersih macam time sekolah dulu tu kan. kalau rumah kau kotor, tidak kah kau rasa macam mata kau tak suci gitu. ternoda dek kekotoran dan debu-debu. apelah metafora yang aku pakai ni. haha =p oleh itu, selalu lah kau orang kemas dan jaga kebersihan rumah kau orang untuk memastikan dara dan teruna anda terpelihara.



katil ku berwarna merah

saya memvakum rumah saya 4hari sekali. mop seminggu sekali. anda pula bagai mana? mungkin lepas ini aku boleh jadi pembantu rumah kau orang. part time pun boleh weh asal kan dapat upah.
sebulan lepas aku busy merenovate bilik aku agar lebih ceria dan da-bomb. dan kini saya mempersembahkan hasil yang tidak seberapa ini. hish, malunye =p (fuck off yazid)

tempat menonton porno dan menimba ilmu



kamar beradu dan jam dinding tidak berjarum


pameran album polaroid aku. cuba carik naked pic. =p



lampu ditaja khas oleh casa impian ye



ok, selamat tinggal. baca majalah lagi best. 

Sunday 18 April 2010

i am useless

bila dah nak peperiksaan baru nak terhegeh - hegeh ulangkaji. hish, akhirnya mengakibatkan stress. cuba untuk berlagak cool tapi bila melihat calendar, hati jadi tak tenang.

21 April hingga 3 Mei. Selamat berjuang Yazid! 

Tuesday 13 April 2010

wang saya bukan wang kamu.

keluarga aku cakap aku ini kedekut. tak tahu ikut perangai siapa. terutamanya kakak aku. dia kata aku tak pernah membelikan dia apa-apa pun. dia lupa agaknya siapa selalu belanja dia makan. malah kalau aku guna kereta dia pun aku isi minyak lebih dari jarak perjalanan yang aku guna. tambahan bila difikirkan balik, dia lagi lah tidak pernah belanja aku makan.

maaflah kalau memang aku kedekut, lepas ini aku cuba beri hadiah besar di hari lahir kau seperti mana yang ayah dan ibu beri kepada kau.

tapi aku tak kisah jika duit aku habis untuk benda yang baik.  selama dua tahun duduk di korea aku rasa duit aku banyak habis untuk keperluan makanan. sebab aku banyak makan.

bulan mac lepas adalah paling banyak aku berbelanja. sibuk aku menghias bilik kecil aku ini. beli sofa, langsir, dan lampu. aku sahaja tak nak membuat akaun untuk bulan mac sebab aku tau banyak duit aku guna. tapi aku puas hati. keselesaan diri harus diutamakan.

tapi ramai orang kata orang kedekut takkan kata diri sendiri kedekut. macam orang berak tepi jalan tiada siapa akan mengaku kan.

kesimpulannya, aku rasa aku bukan kedekut tapi aku berbelanja untuk kepuasan diri aku dahulu.

Friday 9 April 2010

mulakan ketenangan anda dari bilik anda sendiri. kerana dirimu begitu berharga =)

salah satu rancangan kegemaran aku adalah mengenai ubahsuai rumah atau pun DIY rumah. rumah kena kemas dan menarik baru lah rasa tenang dan selesa mendiaminya. kalau bilik pun dah bersepah malas kemas selesa kah anda?

ini adalah gambar dari fabulousity by rizalman. dia mengancam. lepas ini jangan salahkan rumah buruk xdapat nak mencantikkan rumah anda. itu adalah penyakit MALAS!

















2 tahun yang lalu dan masa hadapan

wow, sedar tak sedar dah dekat 2 tahun dah tak terikat dengan mana-mana perhubungan. tak kira lah terbuka, tertutup, terkangkang, atau yang rumit. mana ada percintaan yang tak rumit kan. yang ada pada aku sekarang hanyalah homosapiens yang bergelar kawan-kawan. kepada pasangan-pasangan couple tu bohonglah kalau kata kau bahagia setiap masa. mesti ada masa kau orang rasa nak flush je kat mangkuk jamban kepala pasangan kau orang tu.

aku rasa aku ni kahwin lambat kut. nak carik ratu sebagai peneman hati ni pun da malas dah. tawar hati! lepas ni nak tunggu ratu pula datang sendiri tanpa petik jari. haaa, macam mano tu jang. bagi aku lelaki kahwin umur 25 macam muda sangat. darah muda lagi tiap-tiap hari mau. lepas tu mula lah timbul masalah gopoh melayari kenikmatan mengakibatkan ejakulasi pra matang serta ketidakpuasan pasangan. eh, apekah aku merepek ni. FULL STOP!

30 ok kut. masa ni mesti dah ada kerjaya, rumah, dan keperluan untuk berumah tangga kan. aku dah siapkan target aku sebelum umur 30 tahun tu. banyak benda yang harus dicapai sebagai lelaki sejati.

1- rumah di kota metropolitan. tak kira lah pangsapuri ataupun kondo, yang penting kemas dan menarik.

2- tanah di kampung. ini perlu sangat-sangat. aku dah ada target sebidang tanah nenek saudara aku. kalau  kahwin dengan dia boleh dapat tak?haha

3- kereta. definisi kereta di sini adalah bertayar empat dan bukan berwarna hijau.

4- travel. tempat yang aku paling nak pergi adalah India.

5- haji. Alhamdullilah

6- ...


kia soul- aku rasa kereta ni mengancam habis.