Sunday 25 October 2009

saya budak jahat.puas hati? ;X


saya tidak galakkan kau orang baca entri ini.



tekanan perasaan sungguh dua tiga hari ini. ingatkan keluar jalan-jalan dapat la hilangkan tekanan perasaan ini, hilang kejap lepas itu datang balik. otak rasa berat, tengkuk rasa sakit. banyak sangat masalah yang disimpan dari dulu.

ahhh, saya nak seseorang temankan saya ke taman sekarang. sekurang-kurangnya saya rasa selamat. dulu saya selalu ajak azma, tapi bila dah jauh ni susah sikit. haih ;(

ahhh, saya nak lupakan skandal-skandal saya yang lepas. jangan tanya kenapa saya ada skandal walaupun saya x hot mana. minta maaf. saya banyak buat silap kat kau orang. setelah apa yang berlaku saya rasa macam saya mempermainkan kau orang saja. ;( .tapi, sila ingat yang saya pernah sayang kau orang.

saya rasa macam ada batu dalam kepala saya. dua batu besar. dia pusing-pusing langgar dengan otak saya. sakit sangat. setan kut. ha, setan ini lah kut yang kadang-kadang ajak saya tgk porn.

ahhh, saya perlukan psikologist. saya perlukan ketawa saya. kalau jumpa saya sila buat jenaka, insyaallah saya tolong ketawa. oh, saya lupa saya ada psikologist peribadi. cuma kadang-kadang saya lupa saya ada diri-Nya. ;( .maaf.

kalau kau orang baca entri ini, sila tadah tangan dan tolong doakan saya kembali bersemangat dan jadi budak baik lepas ini. terima kasih


Wednesday 21 October 2009

momantai momantai ;D

wallawe, gua ada peperiksaan tapi gua malas. kalau baca buku pon gua tak paham. gua sibuk main facebook saja sekarang ini. gua rasa dah ketagih tapi tak teruk lagi.

gua saja tulis macam ini sebab gua sebenarnya cina campur melayu. ahaha ;D. tipu saja. suka hati gua la kan.

dulu masa sekolah gua suka kawan dengan cina. masa tu gua comel lagi. kepala tak besar, tak ada jerawat. kalau dekat kelas gua duduk sebelah cina. gua malas duduk sebelah melayu. gua banyak cakap ma. gua ingat duduk sebelah cina gua kurang cakap tapi gua lagi bising. tapi takpe. duduk sebelah diorang tak dapat puki, babi, macam duduk sebelah melayu. gua tak suka perkataan tu macam kau siapa nak babi babi kan aku. duduk dengan cina paling koman pun gua selalu dapat "kamu sudah gila ka" .

duduk sebelah melayu selalu gua merepek saja. gosip lah, cerita minah tu mengandung lah, minah tu bohsia pagi-pagi sebelum g kelas buat projek ngan balak kat estet la. x segar langsung. duduk sebelah cina diorang cerita pasal cina gua cerita pasal melayu, diorang cerita buddha gua cerita islam. see, nampak bosan tapi segar.

gua ingat lagi masa tingkatan satu, ada satu amoi lawa gila. gua minat dia. semua budak kelas tahu. tapi gua segan masa tu bekas sunat pun belom kering lagi. so, gua kawan saja dengan dia.
gua suka usik dia. tarik hujung rambut dia. dia selalu senyum saja kalau gua usik. suatu hari, gua dengar dia dah ade balak, gua patah hati. tarik diri. grrr ;(

masa tingkatan dua gua mula rapat dengan amoi lain pulak. dengan lelaki rapat jugak. diorang ajar gua matematik. sebab otak gua otak linguistik gua bengap matematik. gua pulak selalu betulkan bahasa melayu diorang. kalau raya cina gua jalan raya rumah diorang. diorang paham gua islam. gua suka dapat angpau. satu rumah 10ringgit wooo. ;D

oh, gua sambung cerita amoi tadi. gua orang melayu. okay, jawa to be exact. ahaha. ;p. mak bapak gua semua tak masuk universiti. tak pandai cakap orang putih. so, gua cakap orang putih pun dengan amoi ni saja. tapi dalam telefon saja atau pun sms. kalau cakap depan kawan melayu gua nanti diorang cakap gua pukimak lupa daratan. oh, dia ada belikan gua hadiah masa dia melancong ke china. hadiah tu ada lagi gua simpan. gua rapat dengan amoi ini sampai tingkatan 3.

lepas itu gua masuk sekolah teknik. dekat teknik mana nak cari cina en. gua hanyut kejap masa tingkatan 4. gua tak nak cerita sebab apa. masa tingkatan 5 gua belajar betul2. haa, masa tingkatan 5 gua dengar amoi tingkatan satu tu mengandung lepas itu kahwin. gua anti dia punya husband.

dah lama gua tak dengar diorang punya cerita. semalam jumpa facebook diorang. gua add semua. gua happy. amoi yang gua minat semua makin cantik. rugi gua. grrr ;)





Saturday 17 October 2009

gadis melayu memang mantap seyh!

kau rasa gadis korea hot tak? hurm, aku pun rasa hot sangat sangat kut sebab diorang selalu pakai mini skirt di musim panas. haha. sekarang musim luruh jadi boleh dikatakan gadis korea dah mula tutup sedikit aurat diorang. heeee.

dan lagi satu aku tengok gadis korea suka bermekap. pergi kelas wajib mekap okay. itu pun aku suka juga sebab diorang pandai menjaga imej. dan aku rasa gadis korea lebih seductive jika bermekap berbanding tidak bermekap. macam kau orang pernah tengok misha omar mekap dengan tak mekap? sila google sendiri kalau nak tau. ;D. kalau macam itu, misal kata aku kahwin ngan gadis korea suatu hari nanti waktu nak projek je kena mekap dulu baru lah aku dapat melayar bahtera ke laut biru dengan lancar. ahahaha. ;D

oh ya, lagi satu gadis korea manja gila okay. senang cerita dekat malaysia digelar gedik tapi aku tak sampai hati nak panggil gadis korea gedik. so, aku guna istilah manja. kalau kau orang peminat drama korea mungkin kau orang paham apa yang aku maksudkan ini.

tapi aku tetap suka gadis melayu. mak, jangan takut ajid tak kahwin orang korea ok. ;D.
sebab apa? sebab gadis melayu kini berubah dari gedik kepada manja. dan aku rasa mereka comel. comel dengan senyuman. ;D


p/s; aku cakap gadis je yang mantap.laki-laki, makcik-makcik, nyonya-nyonya dalam video tu sila abaikan okay. ;D

Monday 12 October 2009

orang kata benda elok dan manis itu datang nya lambat-lambat. dia x datang naik buraq kot.

hai semua. salam sejahtera . panjang sungguh tajuk yang aku tulis tu en. haha. korang anggap je aku terover ke mengada-ngada nak tulis panjang-panjang okay? ;DDD. okay cukup.
semalam hari lahir aku. tak fantastik pun. sebabnya bagi aku hari lahir adalah benda biasa kut. benda sama tiap-tiap tahun kan.

well, kebetulan semalam batch aku buat sambutan hari raya dekat seoul, so nak tak nak kena lah pergi kan. sebenarnya sumpah malas nak pergi seoul kot. jumpa kawan-kawan, ramai wish happy birthday, borak-borak, makan -makan, ambil gambar, mengarut-mengarut, bla bla bla...

see, tak ada apa-apa yang menarik pun kan. apa yang aku rasa paling menarik untuk hari lahir tahun ini adalah;

1. buat pertama kalinya ayah aku ucap selamat hari lahir.
selalu dia x ucap pun. dia just tahu hari tu hari lahir aku dan dia bawak keluar makan. jangan tanya hubungan kami baik ke tak. baik doh. dia selalu bagi aku duit lak kan. sayang papa. ahaha ;DD

2. cipta azam pergi kelab.
haha. sungguh menarik azam ni weh. idea ni datang masa tengah borak-borak dengan er seng. setan sungguh kamu ye er seng. haha ;DDD. jangan takut. aku hanyalah remaja 20 tahun yang ingin mengetahui dunia sosial, itu saje okay. ;))))))

3. ucapan hari lahir paling lambat datang daripada si dia.
aku memang dah tau dia akan ucap lambat. sebab dia boleh on9 dekat pejabat dia sahaja.tak kisah lah. yang penting aku di dunia khayalan aku okay. oh, kitorang dah merancang cuti musim sejuk nanti untuk pergi langkawi sama-sama. asyik-asyik pergi sungai congkak bosan pulak. weeewiittt ;D






Sunday 11 October 2009

tahniah, anda berjaya hidup 2 dekad. dan sumbangan anda?

SELAMAT HARI LAHIR NIZAM. OH, TAK DILUPAKAN AKU JUGA. NGEH NGEH~
kau belikan aku hadiah, lepas tu aku belikan kau hadiah nak?aku nak kamera je. kau nak bantal kan? rofl ;D

Tuesday 6 October 2009

woo song

hai geng. cuba tengok video bawah ni. rakan batch aku yang buat persembahan waktu hari keluarga PPMK sabtu lepas. tak payah cari aku. masa ni aku ada temujanji. haha. eh eh,bukan bukan. aku tengah baca buku. kan aku ada ckp aku dah jadi anak dara sekarang. haha. ;DD. aku suke part yang wuuu wuuu tu. lagi satu susah woo nak satukan alat-alat muzik yg banyak camtu. walaupun ada cacat cela carca merba sikit tapi jika bandingkan masa persiapan iaitu 2 hari boleh dikatakan persembahan ni best gila nak mampus.aku tak kisah kau orang suka ke tidak, aku tetap suka sebab ini hasil usaha rakan batch aku en. haha ;DDD. pasni kita buat orkestra pulak eh. one more time,wuuuwuuuu~ yeah ;DDD

Monday 5 October 2009

OMK, pasang telinga, bukak mata dan gelak-gelak.

kau orang tau tak ape OMK tu? ;D. Oh mak kau lah. haha. dulu aku tak suka baca surat khabar.kalau baca segmen hiburan dan kesihatan. segmen kesihatan tu best kot. haha. sekarang tiap-tiap hari kena update dengan berita Malaysia kut. yelah, kalau telefon bapak aku adalah topik sikit nak tanya. kalau tak kang, tak bercakap pulak aku dengan bapak aku tu en.

jom kita buat ulasan sedikit berita yang tengah hot di utusan sekarang ni. tiba-tiba pulak en aku semangat. haha.

1- Mohd. Isa temui pengundi di estet.
cuba baca perkataan estet itu lebih sepuluh kali. aku rasa kalau tajuk ini setakat temui pengundi pun dah cukup kot. aku boleh faham. kau nak menang kan isa. kau nak nama kan. aku harap kau kalah di kampung sendiri.

2- Kaji beri DBP lebih kuasa martabat bahasa.
yang aku tahu DBP terbitkan buku teks. itu sahaja. tolong tambah info lain kawan-kawan.

3-SBY- 'Selalu Bencana Ya'
haha. kreatif kreatif. bagi aku gelak kejap. ;DDD. negara paling sedih. kau orang tak faham ke konsep ketuhanan ha? Kalau Allah nak turunkan azab dia, gerenti la turun. yang kau nak salahkan presiden kau orang tu dah kenapa? tapi presiden kau memang pengecut weh.kalau macam tu BHO tu Bontot Hitam Obama?haha ;D

4-Proton pasang kereta kontrak.
hai proton, kau buat macam mana pun kereta kau boleh pakai 2 tahun lepas tu rosak.
dulu, aku lagi selesa guna motor EX5 aku tau dari naik iswara mak aku. biarlah berhujan pun. ;DDD. bawak awek naik EX5 lagi best la dari naik kau proton.

5-Chelsea rampas takhta liga, Liverpool gigit jari.
kat england pun kalau kalah gigit jari jugak eh. ooo, sumpah tak tahu. haha. ape-ape pun chelsea menang. gogogogo! chelsea chelsea~ :DD

p/s ; aku dah jadi anak dara dah. duduk rumah 24jam. entah kenapa aku sendiri pun tak tahu.