Friday 26 November 2010

kronologi perang. dapat check betapa caringnya keluarga anda.

selasa 23 November 2010

-2.40 pm. serangan North Korea ke atas Pulau Yonpyeong.

-8.00pm. tidur, berita perang mula merebak ke pelusuk dunia dan di buah dada akhbar

rabu 24 November 2010

-all day.  ke kelas macam biasa. kehidupan normal. pelbagai spekulasi timbul.

khamis 25 November 2010 

-5.00pm. SMS dari ibu. arahan segera telefon ke rumah. menjelaskan keadaan selamat.


errrr. lambat ya amat berita sampai ke telinga family aku. zaman batu kah.? semua akibat terlampau menonton sinetron dan disney channel. ㅜ.ㅜ. tapi aku tahu mereka risaukan aku. =D

mati syahid

kira kalau perang kat semenanjung korea ni aku mati syahid la eh. gilak ah. ye lah, sanggup bergadai nyawa kan demi mencari ilmu di medan perang macam ni. kalau kau sanggup tak? haha

andai kata perang meletus, benda pertama aku fikir adalah pembelajaran aku. (*see, memang aku tak pentingkan nyawa berbanding pelajaran, what a good boy.) serius, tak tipu memang itu aku risaukan. aku ni da la ijazah tak habis lagi kan, andai kata perang meletus sah lah tak tau nak habiskan pelajaran aku kat mana. kat UiTM je la kut tempat aku bertandang nanti. err, boleh pilih UiTM kat UK tak? ade ke? haha. (* kemaruk nak pergi UK dowh)

oleh itu mari lah kita menadah tangan kita dan berdoa agar perang ini tak berlaku. macam setiap hasrat manusia sejagat, "we want world peace" (*nada ala ala miss world dari uzbezkistan) 

kepada keluarga di Malaysia, jangan risau-risau sangat pasal perang sampai tanya bila nak dihantar pulang semua kan. Aku ada exam minggu depan, lepas itu ada presentation dan pertandingan reka cipta, so kepada kerajaan Malaysia jangan hantar pesawat TUDM dulu okay.



bila tengok ni tiba-tiba cuak sikit, agak-agak korea selatan perlu iron man tak?

Wednesday 17 November 2010

awak yang hot, minta pandangan sekejap boleh?

maaf kalau post ini mengganggu adik-adik semua. aku faham kamu semua bz dengan hidup masing-masing. yelah, ada yang baru habis pmr sibuk nak buat fb, yang bakal ambil SPM pulak bz menghadap buku kononnya, dan pelbagai lagi macam jenis sibuk yang turut boleh dikategorikan sebagai sibuk poyo( buat-buat sibuk).

nak mintak tolong sikit je. ni ala-ala poll la.
Soalannya, jeng jeng jeng..

wajarkah aku balik Malaysia untuk cuti musim sejuk ini?

mudahkan soalan ni. aku percaya even kau orang darjah satu pun dapat jawab soalan macam ini unless ada yang rabun ayam tak dapat baca. soreyyyyy.

tapi memang sekarang ini tengah mempertimbangkan pro and cons isu ini. (*macam isu besar je kan uoallz =D)

PRO;
1. dapat makan apa sahaja tanpa mengasap dapur.
2. dapat spend time dengan kekasih kawan-kawan.
3. dapat spend time dengan family (* er, sepatutnya family come first baru kekasih)
4. boleh drive kereta. seriusly, rindu nak speed dekat highway doe. kat sini naik teksi baru dapat naik kereta.
5. boleh lepak sampai subuh dekat tepi pantai dengan kawan-kawan.
6. boleh tolong ayah dekat kebun

CONS;
1. syaitan-syaitan besar menunggu kepulangan aku.
2. tahap bersosial naturally meningkat dan bakal membuatkan ilmu-ilmu hilang.
3. bosan sebab kalau takde duit kena terperap kat rumah sajoorr.
4.bakal mendapat stress sebab internet kat rumah amat lah slowww.
5. juga bakal stress sebab kalau takde kereta kena la keluar naik tren kan. da la tren tu mcm siput.
6. sure kena fire oleh uncle and aunties aku dengan soalan,"eh, kau balik lagi, kau ni study dekat korea ke dekat kedah?" . grrr.

jadi , mintak tolong lah pandangan adik-adik sekalian tentang isu ini. terima kasih abang aku ucapkan. dan sebagai menghargai jasa adik-adik semua, abang dedikasikan sebuah lagu romantik berentak slow untuk adik-adik semua. akhir kata, majulah sukan untuk negara.

Tuesday 2 November 2010

malas ke sibuk?

ye adik-adik, macam biasa lah setelah berapa lama tidak menulis di blog ini, aku muncul kembali. memang hampeh kan blog ni sebab tak ada update langsung. bukan sebab malas ye adik- adik, sebab kekurangan bahan idea untuk menulis entry. boooooooo! apa? alasan tu dah basi?. okay okay, calm down semua bawak bertenang. kalau tak terima alasan itu apa kata aku guna perkataan, " saya amat sibuk mengalahkan Kak Pah buat show sana sini!" . er er er, boleh terima kan??

tu lah, aku pun memang sibuk dengan mid sem exam yang entah bila akan jumpa peghujungnya. cuba bayangkan mid sem exam je nak sampai tiga minggu. plus, dengan presentation and group projek yang melantun-lantun banyak nya nih. lepas itu, dengan part time tour guide lagi. sudah tu dengan gatal-gatal nak buat bisnes muffin untuk jualan di majlis-majlis atau aktiviti PPMK lagi kan. *ehem ehem, series sedap muffin yang aku dan kawan aku buat weh.

nak bukti lain ke adik-adik? haa, ada lagi satu. jika dulu kadar telefon ke rumah Malaysia adalah satu kali setiap minggu, dengan perasaan segan silunya saya mengumumkan kadar telefon ke rumah Malaysia untuk semester ini hanyalah 2 kali sebulan. sungguh derhaka kau!

oleh itu, saya amat-amat memerlukan weekend gateway untuk release tension. siapa nak ikut angkat tangan. aku boleh support makanan dan muffins. =D


 awwwww, how cute.LOL