Saturday 25 December 2010

do you really love me

kita beroleh kasih sayang dari setiap insan yang sayangkan kita. marah maknanya sayang, manja maknanya sayang, rindu maknanya sayang, cemburu maknanya sayang. semuanya kerana sayang bukan?cuma kadang-kadang kita tak sedar siapa yang betul-betul sayangkan kita. dan ada masa juga kita tak sedar pada siapa harus kita beri kasih sayang kita. adakala, bila kita ambil berat atau memberi sepenuh penjagaan kepada seseorang, tak semestinya ianya akan dibalas seperti apa yang kita harapkan. pada mulanya, kita akan buat-buat tak kisah barangkali dia belum bersedia tapi hakikatnya sedikit demi sedikit hati kita sendiri makin terluka.

serius aku katakan, aku tak pernah all-in dalam berkasih. kali ini bila aku tekad ingin memberi segalanya sedikit demi sedikit luka aku semakin parah. masa adalah ubat? jangan tipu. masa bukan ubat. cintanya adalah ubat untuk hati aku.

kenapa perlunya aku tulis entry pendek sebegini?

aku penat. mungkin tiada keyakinan  ibarat cinta beast kepada beauty.
ah, barangkali aku silap memanah hati orang.