Thursday 26 May 2011

nak cerita pasal makanan then tambah pasal cerita pegangan diri sikit

Masa aku nak datang sini dulu, pesan mak bapak aku diorang kata duduk di tempat orang pandai-pandai bawa diri. ingat agama, jangan tinggal solat. FYI, mak bapak aku bukan jenis yang pandai bagi nasihat atau kata-kata semangat macam mak bapak sesetengah orang. Contohnya, kalau aku telefon sehari sebelum exam minta mak aku doakan, mak hanya membalas "ya" dan lepas itu move on to topik lain. Tapi aku tahu dia selalu doa kan aku cuma kadang-kadang nak mintak jugak. Senang cerita mak bapak aku jenis sayang tapi tak pandai mengekspresikannya.

Setakat ni bagus, aku masih lagi selamat dan tidak lagi terpengaruh dengan benda-benda negatif dekat sini. For example, alkohol. FYI, arak adalah sebahagian dari budaya orang korea yang mana setiap malam ada saja open table minum arak. Sampai kalau naik bas atau subway memang boleh bau lah arak melekat dekat mulut masing-masing. Ini sumpah benci. Rasa nak bagi listerine je kat diorang suruh kumur-kumur dulu. Lepas itu rasa macam ketiak sendiri lagi wangi je tau.

Anyway, nak cerita kalau dulu aku akan elak kalau korean ajak pergi minum sebab rasa macam tak proper, then rasa macam takut terminum, then rasa macam kalau mak tahu nanti mak marah, then rasa macam takut kalau diorang mabuk nanti diorang buat kerja gila dan macam-macam rasa lagi ada. Haaa, boleh la samakan dengan ikan masak lima rasa. Eceehhh.

Tapi itu dulu kot masa masih belum jantan sepenuhnya. Sekarang ini kalau diajak aku on je wehhh. Cool tak cool tak? Tapi aku tak minum ehhh sedikit setitik pun tak sentuh. Macam yang aku cakap tadi lah, pandai-pandai lah nak bawa diri. Kalau kau duduk di tempat orang tapi tak bercampur atau tak get into budaya setempat memang tak ada makna lah kan. Ini pendapat aku sahaja ya. Kita tahu kita still can have damn good time even without alcohol. So, mari mula bercampur boleh?

Nak dijadikan cerita, hari itu hyung aku ajak keluar minum. We had sashimi which is raw fish meat yang dihiris halus and that was my first time eat raw. It was "yuck" for a first time but "hey, this is good though" for second time and next. LOL. We also ate raw squid which of course eaten while it still alive. Boleh bayangkan tak tengok sotong yang kaki dia masih lagi gerak-gerak then kau disuruh makan benda tu. Gila fear factor kan? haha. Overall, the food was great and sure kena makan lagi lepas ini cuma mahal sikit la wehhh. Kalau datang ke korea sila lah rasa ya.

Dibawah dilampirkan sedikit gambar bagi kau orang terliuqqq sikit naaa.

apa-apa pun kita cheers dulu wehh (haram untuk muslim)

can't get  his hand off from the green bottle =.=
the dish, sashimi and raw squid
dia cuba meluahkan kelazatan sebenar. funny expression though haha