Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, 20 March 2010

Seoul diserang! Perang! Perang!



hajat hari ini nak pergi keluar jalan tapi atas sebab berbahaya aku batalkan sahaja niat ini. memang amat2 berbahaya weh hari ni. ni tak tipu punya. Seoul diserang!! Darurat. Tu lah gatal sangat nak pergi belajar kat Korea dah tau masih berperang lagi. Macam mana nak balik nih.? 

Wah, penat aku taip nak temberang kau orang semua. haha. alah, loklak sikit takkan tak boleh.  tapi memang bahaya kalau keluar hari ni sebab Seoul dan kawasan sekitar diserang 황사(hwang-sa). hwang-sa tu dalam bahasa melayu kita panggil debu-debu kuning. sapa kena boleh jadi otak kuning. haha memang kuning gila lah suasana petang tadi. kalau kat Malaysia macam jerebu jugak lah benda ni. kalau jerebu datang dari Indonesia,debu kuning ni pulak datang dari gurun dekat kawasan China tu. wah, berinfo gila aku tulis kali ini. Ok, kalau nak tahu sebab apa ada benda ini buka buku geografi tingkatan 3 ok.

Sebagai seseorang yang amat mementingkan kesihatan, aku duduk sahaja dekat rumah. yelah, sakit kang susah tak ada orang nak jaga. masa tu lah rindu kat ibu, awek, sanak saudara. hujung minggu ini aku habiskan masa siapkan assignment semua, lepas itu buat latihan matematik dan lengkap dengan ulangkaji. Eh, sudah tentu tipu belaka, sebab aku hanya menonton filem korea je sepanjang hari. haha. download je weh. tak sampai setengah jam dah siap. gambar berkualiti lak tu. terbaik.



sekian dari meja penulis. niat nak tayang kamera tu =)


Wednesday, 16 September 2009

hari yang malas untuk bergerak, berat punggung ye

hai hai hai. selamat sejahtera semua. cube baca balik tajuk entry dekat atas itu pastu maki saya. :p. nape? yelah, tajuk nak sopan-sopan je en. selalu tak ada guna istilah berat punggung pun, terus saja nak cakap berat buntut,berat burit en. buntut tak sopan ke? tak apa, yang penting aku guna bahasa melayu en. bantai pula aku guna bahasa korea karang ramai pula cakap aku poyo en. ;D.

hari ini adalah hari ke 25 kita semua berpuasa en. jadi sapa yg berpuasa penuh setakat ni tahniah eh. lagi 5 hari saja nak raya. sabar sabar sabar. ;D.

ok, saya sekarang tengah sakit tahu. tak payah risau, PMS saja pun. esok lusa baik lah. hahahaha. eh eh, tu azrina punya sakit. biasa la orang wanita en. aku sakit tekak dengan batuk saja. tak serius mana pon tapi punya lah menghilangkan mood aku untuk ke kelas. yelah, aku segan weyh. batuk aku ni macam menarik perhatian sangat je kat kelas. bayangkan lah, setiap kali aku batuk, orang depan pandang, orang belakang pandang, orang tepi pon turut pandang. menjadi perhatian macam artis pula. chewah, perasan tuh. ;p. sebenarnya orang tak pandang pun kot, cuma aku je yang pikir lebih-lebih en.

jadi hari ini hari rabu saya dengan bangga nya telah memecahkan rekod ponteng saya yang dipertahankan dari tingkatan 5. saya ponteng kelas culture hari ini. kelas ini tutup mata pun boleh score tak kisah lah ponteng en. berlagak sungguh kau en. mati panah petir baru tahu. ;p

bangga sungguh saya hari ini bila ponteng kelas. esok lusa boleh cuba lagi neh. ponteng benda lain pulak. ponteng puasa boleh? ish ish ish, selalu buat niat yang buruk-buruk en. ;D

ok, macam yang saya kata tadi raya tinggal 5 hari je en. tok imam tok imam, boleh tak kita tunda sahaja raya ini sampai bulan 12 nanti? saya nak raya kat malaysia lah tok. plis plis plis.
saya tak nak raya kat sini. sini bukan kampung saya, sini tak dapat duit raya, sini raya makan kimchi, sini raya tak ada meriam macam kat kampung tu, sini tak ada wanita datang beraya rumah saya. cukup tak alasan itu tok? piangggggggg! tok imam buat sepakan jurus harimau malaya.

memandangkan raya tahun ini jatuh hari ahad, kedutaan malaysia di seoul ada buat rumah terbuka. oleh itu, saya beraya di kedutaan sahaja lah. harap-harap makanan semua sedap en. lepas itu persatuan islamik universiti saya pon ade buat majlis juga petang raya tu. yang ini sudah tentu makanan arab. yesh, pagi makanan melayu, petang pula makanan arab ye, cool kan? nanti saya cerita macam mana raya saya ok? ;p.


Monday, 7 September 2009

lepas makan muntah, itu adalah bulimia nervosa

salam sejahtera semua. ;p. hari yang tidak banyak kelas. tetapi oleh kerana sakit kepala tidak langsung pon rasa nikmat hari ini. tambah-tambah pula bila tahu kawan-kawan di malaysia cuti sempena nuzul quran lagi lah bengang kot. hari ini rehat-rehat di rumah lepas tu buka puasa kat luar. budak-budak ini lah yang ajak katanya nak sambut hari lahir kak gee sekali. ikut saja lah.
kita orang makan haemulttokcim. sedap ok. saja nak bagi sedap hati. haha. ;p.

haemulttokcim ini macam seafood masak sambal kot kalau kat malaysia. dan hari ini makan ikut nafsu kot, makan banyak- banyak. musibah nya, sampai rumah muntah-muntah. ohhh, saya lelaki, takkan saya mengandung. ;p. sebenarnya, aku memang jenis yang tak makan banyak. ini lah akibatnya kan bila terlebih makan kan. padan muka kau.

sumpah terasa macam orang yang ade penyakit bulimia nervosa tadi. spanish gila name dia kan. ye lah, lepas makan je muntah makan je muntah. bazir je makanan tu. hari ke 17 puasa hari ini masih tiada makanan special seperti di malaysia.haiz!

ohh, sabtu ini Persatuan Pelajar Malaysia Korea@PPMK anjurkan bazaar ramadan kat Seoul. cool ok. tetapi haruskah saya naik Seoul lagi minggu ni semata-mata inginkan roti canai dan nasi beriyani. duduk lah diam-diam sikit kat rumah weyh. ini tak, ujung minggu je nak merayau, ujung minggu je nak shopping, ujung minggu je nak dating. dating tu tipu ye. ;p