Sunday 17 April 2011

manusia tak menarik kalau tak ada kerisauan

Aku dilanda masalah. Sebab itu kau orang jarang nampak aku update blog bukan? hehe. Banyak benda yang harus mula dibimbangkan sekarang ini. Benda yang paling aku risaukan adalah arah tuju karier aku. Macam lately ni aku sering membayangkan masa depan yang gelap dan berada di tempat paling bawah untuk manusia seperti aku. Stuck with no degree, no job, no money, no girlfriends. Amat teruk dan menakutkan bukan? Setiap kali membayangkan keadaan itu bukannya wujud rasa positif cubaan mengelakkan keadaan itu malah hati ini turut mengiakan secara semulajadi. Lemah sungguh sekeping hati ini.

Antara benda yang aku mula bimbangkan adalah benda biasa untuk seorang pelajar yang mungkin turut dialami oleh kau orang semua tapi aku tetap nak tulis dekat blog aku. Ngengada tak? hehe

1. Degree in Mechanical Engineering 
Susahkan belajar? Dekat sini aku cuma berharap aku dapat habiskan subjek-subjek yang perlu aku habiskan untuk dapatkan degree aku. Habiskan subjek itu bermaksud aku turut berharap tiada yang gagal kerana kegagalan membawa erti extend study. Tak nak wehhh. Untuk pelajar engineering di Korea, kami ada satu learning sistem yang dipanggil ABEEK(Accreditation Board for Engineering Education Korea) yang mana senang cakap menyusahkan aku. HAHA. Sistem ini diwajibkan untuk semua pelajar Malaysia di sini tapi bagi pelajar korea mereka boleh memilih sama ada untuk ambil ABEEK atau tidak. Kalau tidak senang lah mereka kalau ambil sama susah lah dengan aku. Well, aku tak kisah. Jalan susah yang diikut ini somehow kinda interesting for me. Oleh itu, mari sama-sama berdoa tak ada subjek yang kantoi dan sangkut seterusnya dapat grad dua tahun lagi.

2.Lubang Pekerjaan
Info untuk anda. Pekerjaan adalah kerisauan terbesar untuk pelajar di Korea. Mereka sendiri harus bersaing antara satu sama lain untuk mencari pekerjaan. Sihat kan? Bagi aku ada dua pilihan. Mencari pengalaman di sini atau balik kerja di Malaysia. Erkkkk. Macam biasa lah pilihan untuk mencari rezeki disini mendapat tentangan keluarga. Okay, yang ni kita wait and see sampai masanya akan terjawab lah kan. Cool dulu beb! xD


3. Communication skills
Memerlukan skill ini amat-amat terutama skill berkomunikasi dengan orang yang lebih berumur dengan kita.
Kedua, skill berkomunikasi dalam bahasa korea. Serius aku nak mantapkan bahasa korea aku jadi lebih cantik, lebih bermutu dari sekarang. Bagi aku bahasa adalah antara benda terindah dalam dunia ni. Macam kalau tak ada bahasa kau nak guna body language semata-mata ke untuk berkomunikasi. So, sekarang ini aku cuba berjinak masuk dongari( club ) dekat universiti untuk luaskan perspektif dan tambah kawan. So far, aku rasa seronok dengan dongari ini even tak jumpa semua ahli lagi. Yes, korean amat baik dan mesra cuma kau pun kenalah mesra dan bukan inginkan duduk di atas kerusi malas dalam kelompok sendiri. Oh, dan setakat keluar dengan diorang ni apa yang aku suka ialah tak perlu keluar duit. Makan minum selalunya disupport. Hehe. Aku harap dalam masa enam bulan akan datang aku boleh bertutur dalam korea dengan lebih spontan.

 dongari TIME

aku bukan untuk kau, kau bukan untuk aku. so, move on lah weh

Memang dunia ini kita rasa tak adil. Ya, kita je rasa tak adil sedangkan Allah itu sentiasa bersikap adil. Bila kita suka orang ini belum tentu orang itu dapat balas balik suka kita itu. Sama juga bila ada orang suka kau belum tentu kau suka orang itu. Itu yang kau rengekkan dunia ini tak adil? Aku rasa ini bukan soal keadilan, ini soal hati masing-masing dan juga masa.

Soal hati?
Kau tanya hati kau sendiri kau nak siapa. Dah tentu kau nak aku tapi kau ada soal hati aku sama ada aku nak kau ke tak? Err, kasar sikit ni ye. Somehow aku kalau nak berdepan dengan kau aku lebih suka appear rough at the outside even that is so not me. Ini semua kerana kalau aku betul-betul berlembut dan mengambil berat terhadap diri kau mungkin kau akan salah faham dengan perbuatan aku untuk mendapat perhatian kau. Last-last aku yang akan dicop sebagai pemberi harapan atau pun habis madu sepah dibuang. Ok, apa-apa lah ya.

And now end up deleting some people yang susah untuk dikawal dan menyakitkan hati. Kata-kata akhir, kalau kau paranoid tahap super saiya tapayah jadi orang la weh.