Tuesday 6 July 2010

sakit rindu

pagi tadi bangun sembahyang subuh. masa nak sujud kepala terhantuk dekat bucu kabinet buku. kalau keluar darah kan bagus. time macam ini kadang-kadang kita ingin diri kita cedera. tak kisah lah cedera berdarah ke, cedera melecur ke, atau demam panas. masa itu baru tahu siapa yang ambil berat tentang diri kau.

pathetic sungguh kan. dan sebenarnya ak merindui seseorang. maaf, ini bukan pasal cinta. ini pasal kasih seorang cucu kepada arwah nenek nya. sudah 3 tahun pemergiannya tapi aku sentiasa merinduinya. tadi petang kemuncak kerinduan aku. bermimpi tentang dirinya ibarat dia benar-benar berada di hadapan ku. ya, walaupun dalam mimpi ianya mirip realiti. aku buka mata perlahan-lahan. air mata aku mengalir. Ya Allah. aku cuba tutup mata mengharapkan mimpi itu kembali.

dulu setiap sabtu dia akan kejutkan aku awal. ke kebun tolong cabut ubi.
dulu setiap rabu dia akan kejutkan aku awal. tolong hantar tapai bawakkan ke simpang jalan.
dulu apabila hujan dia selalu panggil aku. tolong angkat inang-inang yang dijemur.
dulu... itu semua dulu.

sekurang-kurang nya kini aku menangis kerana rindu. bukti dirinya ada dalam hati ini. bukan nya menangis kerana melihatkan dirinya terlantar sakit seperti dulu. sungguh, hanya satu benda yang aku terkilan sehingga kini iaitu aku tiada di sisi nya sewaktu pemergiannya menghadap Illahi. sehingga kini aku masih bersoal kepada diri aku sendir kenapa aku begitu degil pada hari tersebut?

1 comment:

Unknown said...

sakitkan rindu itu apatah lagi kita sedar rindu untuk mereka yang sangat-sangat jauh...