Tuesday 2 November 2010

malas ke sibuk?

ye adik-adik, macam biasa lah setelah berapa lama tidak menulis di blog ini, aku muncul kembali. memang hampeh kan blog ni sebab tak ada update langsung. bukan sebab malas ye adik- adik, sebab kekurangan bahan idea untuk menulis entry. boooooooo! apa? alasan tu dah basi?. okay okay, calm down semua bawak bertenang. kalau tak terima alasan itu apa kata aku guna perkataan, " saya amat sibuk mengalahkan Kak Pah buat show sana sini!" . er er er, boleh terima kan??

tu lah, aku pun memang sibuk dengan mid sem exam yang entah bila akan jumpa peghujungnya. cuba bayangkan mid sem exam je nak sampai tiga minggu. plus, dengan presentation and group projek yang melantun-lantun banyak nya nih. lepas itu, dengan part time tour guide lagi. sudah tu dengan gatal-gatal nak buat bisnes muffin untuk jualan di majlis-majlis atau aktiviti PPMK lagi kan. *ehem ehem, series sedap muffin yang aku dan kawan aku buat weh.

nak bukti lain ke adik-adik? haa, ada lagi satu. jika dulu kadar telefon ke rumah Malaysia adalah satu kali setiap minggu, dengan perasaan segan silunya saya mengumumkan kadar telefon ke rumah Malaysia untuk semester ini hanyalah 2 kali sebulan. sungguh derhaka kau!

oleh itu, saya amat-amat memerlukan weekend gateway untuk release tension. siapa nak ikut angkat tangan. aku boleh support makanan dan muffins. =D


 awwwww, how cute.LOL

2 comments:

Abir Abhar said...

tiru guna adik-adik!
hehe

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik