Wednesday 2 March 2011

bila jauh semua kita rindu kan

Aku dah balik korea. Entry ni ditulis sekadar ingin menghilangkan bosan aku. Sila faham yang keadaan aku sekarang sedang merindui semua benda yang aku tinggalkan di Malaysia. Aku amat-amat bosan sekarang. Rindu parents, rindu sayang, rindu kawan-kawan. Oleh kerana aku tak nak menyentuh soal ini, boleh kita tukar entry ni ke arah lebih rilek dan fun. Okay geng?

Sedia maklum kan semua dengan kepulangan aku ke kimchi land ini kan. Ecehhh, nama nak gedik je lebih. Ok, tau kan korea semua. Alaaa, Jangan la buat-buat tak tahu sebab aku tahu kau orang semua peminat setia kpop, tak pun drama korea. Ok, ini tahun ketiga aku dekat sini weh. Tak sangka pejam celik dah tiga tahun menempuhi hidup dekat tanah orang bermata sepet ni. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah.

bukti aku naik airasia balik sini

Aku secara official pelajar tahun ketiga mechanical engineering di Inha University. Bangga tak? Haha. FYI, aku baru pindah rumah baru. Ya! Pindah lagi. Rumah baru, housemate baru, tuan rumah baru. hati ini je yang lama dan serabai.

Jom aku cerita sikit pasal rumah baru aku ni. Overall rumah ni BEST. Keselesaan terjamin. Apa yang aku amat suka pasal rumah ini adalah dapur dia comel. A bit small but masih mengekalkan ciri-ciri moden dan maskulin. Oh ya, bilik air pun begitu juga. Tema untuk bilik air dan dapur menurut interior designer kami adalah white swan. Maksud dia semua putih ya. Dan ini juga bermaksud amat susah untuk menjaganya. Kena sental tiap-tiap minggu lah camni. Haih. Aku memang suka bersihkan dapur dan cuci tandas ni. *Tangan ke dada mata ke atas.


ini bilik air dan dapur. oh, and that is my housemate.

Seterusnya ruang tamu. Ruang tamu agak cosy. Ada tingkap besar menghadap luar rumah. Cool. Cuma warna warna wallpaper untuk point wall ialah pink. Ok, malas komen yang ni. Gambar pun tak nak tunjuk. Segannnnn! Next, permandangan luar. Sebelah rumah adalah highway so kau orang boleh bayangkan macam area seri kembangan atau serdang tu lah ok. Cewahhh. Haha. Lagi satu depan rumah ada satu bukit yang ada taman. Guess kat situ boleh jogging dan watching sunset. Yeay!!


 abaikan yang pink. fokus dekat dining table itu saja ok geng.

ini pemandangan belakang rumah aku. highway. dan sana itu university aku

Rumah ni perlukan renovation. Nantikan perubahannya ok geng? Aku nak buat orang kata macam ini, “fuyooo, luar setinggan dalam kondo ”. 

7 comments:

Ansof86 said...

uiksss..... belajar rerajin...

dillataib said...

haha.like the last words.

"fuyoo, luar setinggan dalam kondo"

mcm kat trg,ade rumah mcm nk runtuh,
interiornye fuhhh.;)

ajid said...

Ms. Ann; thank you =)

dilla; di skk macam mana?ok? jmput dtg lawat kat inha

RAWNA said...

cantiknya rumah.

ajid said...

k.a; biasa2 je =p

Unknown said...

ahaha..baru tgk tiket raya dah rindu nk blk ;p
ahaha..rindukan sayang xoxo
hahaha..betul kitchen umah ko sgt cool..maner stove baru tk nampak pun :P
erkk..ko tlg bulatkan university ko..aku tk nampak mana 1..

ajid said...

fir; tu lerrr. nak balik lg nih. haha

stove baru sampai weh. ooh,uni aku yg bangunan warna coklat tu. nmpak kan?