Wednesday 16 March 2011

bila semua kelas-mates kau adalah hyung.

Hai geng. Aku sekarang ini sibuk dengan kelas. Kerja, report, dan group project pun makin banyak. Semester ini ambil 7 subjek termasuk dua subjek lab. Sebab itu report melambak sampai satu minggu kena siapkan lebih dari tiga report. Tapi aku tau aku boleh cope up dengan semua ini sebab aku tahu aku boleh sebab aku hebat sebab aku terbaik. ( maaf, bukan riak tapi aku nak mindset supaya selalu positif)

Apa itu hyung? 

Hyung dalam bahasa melayu bermaksud abang yang dipanggil oleh lelaki. Kalau perempuan panggil oppa ya. Jangan terbalik pulak nanti kalau lelaki panggil oppa kena cop gay pula. Ini hukum kolkolah bahasa korea ye adik-adik. dengan ini bertambah pandai lah adik-adik dalam bahasa korea ni kan. haha. 

Memandangkan major aku adalah mechanical engineering, kebanyakan dalam kelas didominasi oleh kumbang. Tiada bunga ya. Kalau ada pun, bunga raya dan bunga tanah besar China. Bunga raya tu sah sah lah merujuk kepada gadis berkerakyatan Malaysia kan. Seperti yang kau semua tahu, lelaki korea wajib pergi military service. Kalau negara kita PLKN tiga bulan kau orang dah homesick tiap-tiap minggu mak bapak nak kena datang melawat, mereka 2 tahun menyerahkan diri, rohani, jasmani untuk negara mereka. Dan latihan yang dilalui bukan lah setakat menembak menggunakan M-16 sahaja malah sepuluh kali ganda lebih rasanya menurut cerita mereka yang kerap bercerita kepada aku. Sabar je lah aku bila dengar sebab dah bosan.

Oleh kerana memenuhi kehendak negara, mereka meninggalkan pelajaran selama dua tahun. Selalunya semasa tahun kedua universiti ramai yang tiba-tiba tak nampak muka. Aku hilang kawan. Sedih. Sebak. Sadis. 

Bila dah third year ini, tiba-tiba banyak pula muka baru. Itu lah mereka yang baru balik dari military service. Dua tahun lebih tua. Sebaya kakak aku okay. Contohnya jika aku lahir tahun 89, separuh kelas-mates lahir tahun 87. Tak ke haru biru jiwa kau jika kau sememangnya janggal menggelarkan seseorang sebagai abang kerana kau tiada abang kandung dan kau sememangnya natural geli bila kau memanggil abang atau digelar abang. 

Group aku pun sama. Aku yang paling muda digelar maknae yang bermaksud adik bongsu. Oh, bagi korean maknae kena rajin buat kerja, kadang-kadang perlu mahir menceriakan hyung semua, dan aktif. Sangat lah haru aku ni sekarang ya. Oleh itu aku berharap supaya hyung-hyung aku dapat menerima aku seadanya aku. Cewah. Jangan takut hyung semua, saya amat pandai menceriakan orang. Saya boleh nyanyikan lagu Gee siap dengan tarian. Hahaha!

By the way, dalam kelas lab pula labmate aku adalah freshmen which is beza 3 tahun umur. Ini bermakna turn aku jadi hyung pula. Serius dalam lab dia saja yang banyak gerak sana-sini. Aku tak suruh pun tapi dia volunteer kut. Untung kan? Syukur syukur. hehe

3 comments:

Unknown said...

ouh hyung..hyung
ahaha blh aku panggil ko mcm tue..ahahaha
tq dpt 1 ilmu baru dan semangat utk tgk2 report ekonomi

Anonymous said...

fuyo tulis belog...

mynameisanuar(^^,)/ said...

ah .. aku merindui ajid kuh
ahhhh ~
haha