keluarga aku cakap aku ini kedekut. tak tahu ikut perangai siapa. terutamanya kakak aku. dia kata aku tak pernah membelikan dia apa-apa pun. dia lupa agaknya siapa selalu belanja dia makan. malah kalau aku guna kereta dia pun aku isi minyak lebih dari jarak perjalanan yang aku guna. tambahan bila difikirkan balik, dia lagi lah tidak pernah belanja aku makan.
maaflah kalau memang aku kedekut, lepas ini aku cuba beri hadiah besar di hari lahir kau seperti mana yang ayah dan ibu beri kepada kau.
tapi aku tak kisah jika duit aku habis untuk benda yang baik. selama dua tahun duduk di korea aku rasa duit aku banyak habis untuk keperluan makanan. sebab aku banyak makan.
bulan mac lepas adalah paling banyak aku berbelanja. sibuk aku menghias bilik kecil aku ini. beli sofa, langsir, dan lampu. aku sahaja tak nak membuat akaun untuk bulan mac sebab aku tau banyak duit aku guna. tapi aku puas hati. keselesaan diri harus diutamakan.
tapi ramai orang kata orang kedekut takkan kata diri sendiri kedekut. macam orang berak tepi jalan tiada siapa akan mengaku kan.
kesimpulannya, aku rasa aku bukan kedekut tapi aku berbelanja untuk kepuasan diri aku dahulu.
Tuesday, 13 April 2010
Friday, 9 April 2010
mulakan ketenangan anda dari bilik anda sendiri. kerana dirimu begitu berharga =)
salah satu rancangan kegemaran aku adalah mengenai ubahsuai rumah atau pun DIY rumah. rumah kena kemas dan menarik baru lah rasa tenang dan selesa mendiaminya. kalau bilik pun dah bersepah malas kemas selesa kah anda?
ini adalah gambar dari fabulousity by rizalman. dia mengancam. lepas ini jangan salahkan rumah buruk xdapat nak mencantikkan rumah anda. itu adalah penyakit MALAS!
2 tahun yang lalu dan masa hadapan
wow, sedar tak sedar dah dekat 2 tahun dah tak terikat dengan mana-mana perhubungan. tak kira lah terbuka, tertutup, terkangkang, atau yang rumit. mana ada percintaan yang tak rumit kan. yang ada pada aku sekarang hanyalah homosapiens yang bergelar kawan-kawan. kepada pasangan-pasangan couple tu bohonglah kalau kata kau bahagia setiap masa. mesti ada masa kau orang rasa nak flush je kat mangkuk jamban kepala pasangan kau orang tu.
aku rasa aku ni kahwin lambat kut. nak carik ratu sebagai peneman hati ni pun da malas dah. tawar hati! lepas ni nak tunggu ratu pula datang sendiri tanpa petik jari. haaa, macam mano tu jang. bagi aku lelaki kahwin umur 25 macam muda sangat. darah muda lagi tiap-tiap hari mau. lepas tu mula lah timbul masalah gopoh melayari kenikmatan mengakibatkan ejakulasi pra matang serta ketidakpuasan pasangan. eh, apekah aku merepek ni. FULL STOP!
30 ok kut. masa ni mesti dah ada kerjaya, rumah, dan keperluan untuk berumah tangga kan. aku dah siapkan target aku sebelum umur 30 tahun tu. banyak benda yang harus dicapai sebagai lelaki sejati.
1- rumah di kota metropolitan. tak kira lah pangsapuri ataupun kondo, yang penting kemas dan menarik.
2- tanah di kampung. ini perlu sangat-sangat. aku dah ada target sebidang tanah nenek saudara aku. kalau kahwin dengan dia boleh dapat tak?haha
3- kereta. definisi kereta di sini adalah bertayar empat dan bukan berwarna hijau.
4- travel. tempat yang aku paling nak pergi adalah India.
5- haji. Alhamdullilah
6- ...

kia soul- aku rasa kereta ni mengancam habis.
Subscribe to:
Posts (Atom)