Tuesday 13 April 2010

wang saya bukan wang kamu.

keluarga aku cakap aku ini kedekut. tak tahu ikut perangai siapa. terutamanya kakak aku. dia kata aku tak pernah membelikan dia apa-apa pun. dia lupa agaknya siapa selalu belanja dia makan. malah kalau aku guna kereta dia pun aku isi minyak lebih dari jarak perjalanan yang aku guna. tambahan bila difikirkan balik, dia lagi lah tidak pernah belanja aku makan.

maaflah kalau memang aku kedekut, lepas ini aku cuba beri hadiah besar di hari lahir kau seperti mana yang ayah dan ibu beri kepada kau.

tapi aku tak kisah jika duit aku habis untuk benda yang baik.  selama dua tahun duduk di korea aku rasa duit aku banyak habis untuk keperluan makanan. sebab aku banyak makan.

bulan mac lepas adalah paling banyak aku berbelanja. sibuk aku menghias bilik kecil aku ini. beli sofa, langsir, dan lampu. aku sahaja tak nak membuat akaun untuk bulan mac sebab aku tau banyak duit aku guna. tapi aku puas hati. keselesaan diri harus diutamakan.

tapi ramai orang kata orang kedekut takkan kata diri sendiri kedekut. macam orang berak tepi jalan tiada siapa akan mengaku kan.

kesimpulannya, aku rasa aku bukan kedekut tapi aku berbelanja untuk kepuasan diri aku dahulu.

No comments: