Friday, 9 April 2010

2 tahun yang lalu dan masa hadapan

wow, sedar tak sedar dah dekat 2 tahun dah tak terikat dengan mana-mana perhubungan. tak kira lah terbuka, tertutup, terkangkang, atau yang rumit. mana ada percintaan yang tak rumit kan. yang ada pada aku sekarang hanyalah homosapiens yang bergelar kawan-kawan. kepada pasangan-pasangan couple tu bohonglah kalau kata kau bahagia setiap masa. mesti ada masa kau orang rasa nak flush je kat mangkuk jamban kepala pasangan kau orang tu.

aku rasa aku ni kahwin lambat kut. nak carik ratu sebagai peneman hati ni pun da malas dah. tawar hati! lepas ni nak tunggu ratu pula datang sendiri tanpa petik jari. haaa, macam mano tu jang. bagi aku lelaki kahwin umur 25 macam muda sangat. darah muda lagi tiap-tiap hari mau. lepas tu mula lah timbul masalah gopoh melayari kenikmatan mengakibatkan ejakulasi pra matang serta ketidakpuasan pasangan. eh, apekah aku merepek ni. FULL STOP!

30 ok kut. masa ni mesti dah ada kerjaya, rumah, dan keperluan untuk berumah tangga kan. aku dah siapkan target aku sebelum umur 30 tahun tu. banyak benda yang harus dicapai sebagai lelaki sejati.

1- rumah di kota metropolitan. tak kira lah pangsapuri ataupun kondo, yang penting kemas dan menarik.

2- tanah di kampung. ini perlu sangat-sangat. aku dah ada target sebidang tanah nenek saudara aku. kalau  kahwin dengan dia boleh dapat tak?haha

3- kereta. definisi kereta di sini adalah bertayar empat dan bukan berwarna hijau.

4- travel. tempat yang aku paling nak pergi adalah India.

5- haji. Alhamdullilah

6- ...


kia soul- aku rasa kereta ni mengancam habis.


2 comments:

k.A said...

eh target kita sama la :D

btw,keta tu cntek siut.

ajid said...

haha. kau lagi kaya kut,doktor kan.

tu lah, kalau ade duit rasa nak beli je.