Saturday, 25 December 2010

do you really love me

kita beroleh kasih sayang dari setiap insan yang sayangkan kita. marah maknanya sayang, manja maknanya sayang, rindu maknanya sayang, cemburu maknanya sayang. semuanya kerana sayang bukan?cuma kadang-kadang kita tak sedar siapa yang betul-betul sayangkan kita. dan ada masa juga kita tak sedar pada siapa harus kita beri kasih sayang kita. adakala, bila kita ambil berat atau memberi sepenuh penjagaan kepada seseorang, tak semestinya ianya akan dibalas seperti apa yang kita harapkan. pada mulanya, kita akan buat-buat tak kisah barangkali dia belum bersedia tapi hakikatnya sedikit demi sedikit hati kita sendiri makin terluka.

serius aku katakan, aku tak pernah all-in dalam berkasih. kali ini bila aku tekad ingin memberi segalanya sedikit demi sedikit luka aku semakin parah. masa adalah ubat? jangan tipu. masa bukan ubat. cintanya adalah ubat untuk hati aku.

kenapa perlunya aku tulis entry pendek sebegini?

aku penat. mungkin tiada keyakinan  ibarat cinta beast kepada beauty.
ah, barangkali aku silap memanah hati orang.

Friday, 26 November 2010

kronologi perang. dapat check betapa caringnya keluarga anda.

selasa 23 November 2010

-2.40 pm. serangan North Korea ke atas Pulau Yonpyeong.

-8.00pm. tidur, berita perang mula merebak ke pelusuk dunia dan di buah dada akhbar

rabu 24 November 2010

-all day.  ke kelas macam biasa. kehidupan normal. pelbagai spekulasi timbul.

khamis 25 November 2010 

-5.00pm. SMS dari ibu. arahan segera telefon ke rumah. menjelaskan keadaan selamat.


errrr. lambat ya amat berita sampai ke telinga family aku. zaman batu kah.? semua akibat terlampau menonton sinetron dan disney channel. ㅜ.ㅜ. tapi aku tahu mereka risaukan aku. =D

mati syahid

kira kalau perang kat semenanjung korea ni aku mati syahid la eh. gilak ah. ye lah, sanggup bergadai nyawa kan demi mencari ilmu di medan perang macam ni. kalau kau sanggup tak? haha

andai kata perang meletus, benda pertama aku fikir adalah pembelajaran aku. (*see, memang aku tak pentingkan nyawa berbanding pelajaran, what a good boy.) serius, tak tipu memang itu aku risaukan. aku ni da la ijazah tak habis lagi kan, andai kata perang meletus sah lah tak tau nak habiskan pelajaran aku kat mana. kat UiTM je la kut tempat aku bertandang nanti. err, boleh pilih UiTM kat UK tak? ade ke? haha. (* kemaruk nak pergi UK dowh)

oleh itu mari lah kita menadah tangan kita dan berdoa agar perang ini tak berlaku. macam setiap hasrat manusia sejagat, "we want world peace" (*nada ala ala miss world dari uzbezkistan) 

kepada keluarga di Malaysia, jangan risau-risau sangat pasal perang sampai tanya bila nak dihantar pulang semua kan. Aku ada exam minggu depan, lepas itu ada presentation dan pertandingan reka cipta, so kepada kerajaan Malaysia jangan hantar pesawat TUDM dulu okay.



bila tengok ni tiba-tiba cuak sikit, agak-agak korea selatan perlu iron man tak?