Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Sunday, 9 May 2010

iklan iklan untuk yang berminat melancong ke Korea =p

ok, kembara sonata salju.
ini semua untuk anda-anda yang ingin melancong ke korea.

klik sini untuk informasi lebih mendalam dan telus. dan sertai lah group ini kepada yang berminat. sesungguhnya, aku malas untuk tulis entry. adios bueno noches~

Sunday, 28 February 2010

kembali ke tempat asal

Puas! puas cuti 2 bulan. *macam cuti orang bersalin pulak. banyak tempat aku pergi dan macam-macam aku buat. yeah! dapat meluangkan masa bersama keluarga, kawan-kawan, dan kenal kawan baru cukup buat aku gembira selama 2 bulan di Malaysia walaupun di penghujung cuti macam emo emo sikit. haha~ 

Mari kita buat review balik aktiviti-aktiviti selama 2 bulan tu. atleast sepuluh tahun akan datang aku boleh ingat balik kalau aku lupa ke, kene amnesia ke kan. *macam lah banyak sangat aktiviti kau. haha. 




1) Percutian ke Langkawi.(3D2N)
Bersama keluarga. yang paling hebatnya, baru sampai Malaysia tak sampai 2 jam terus bertolak g Langkawi. jetlag tak hilang lagi tu. tapi untuk keluarga apa salahnya kan. Lagi pun keluarga aku bukan jenis yang selalu pergi melancong. so, memang itu lah masa terbaik dengan keluarga kut. 



2) Keluar jumpa kawan ini itu 
 Aku rasa aku tak ada hobi macam mengumpul setem, *tapi ada koleksi setem, atau pun main game. Jumpa kawan-kawan boleh dikira sebagai hobi tak?haha~ layan. paling best cuti ini, aku dapat jumpa kawan dari sekolah rendah sampai lah ke sekolah menengah. yang dah 8 tahun tak jumpa pun ada. bila jumpa balik, "eh, kau dah lain ah sekarang" ataupun " you tension study ka, why so many pimples" macam-macam reaksi ada. haha. 


3) Mula menghadap buku 
 Aku baca buku bila perlu. tiada usaha nak baca buku cerita atau novel. pendek kata BUKU. oh, majalah kira buku tak? sebab itu je kut yang aku suka baca. tapi sejak cuti lepas aku cuba mengembangkan minat membaca aku ni. untuk percubaan aku cuba baca buku yang berunsur humor, dan tak berapa berat. tajuknya "Honk! If you're Malaysia" . menarik ok buku ni. sila baca.



4) Bawa diri cari hidayah
 Pasal ni emo. no comment.

Lagi dua hari mula semester baru. Tak sabar nak mulakan study balik. harap-harap semester ni dapat lagi tingkatkan prestasi. ape skema gila ayat aku neh. 


jadual untuk semester baru. yang kosong itu adalah masa untuk tidur.oh yeah!



Friday, 19 February 2010

vacation 4 | meraikan harimau punya tahun








oh, aku tak tau setan apakah yang merasuk aku sampai kan aku begitu bersemangat menyambut tahun baru cina untuk tahun harimau ini. mungkin setan hariharimau barangkali. haha. mak aku cakap kau tak dapat sambut hari raya puasa dan hari raya korban, kau sambut hari raya cina pun jadi lah.haha. alamak, quote kata mak aku lagi.


walaupun aku seorang sahaja korean, ehhh, melayu melayu weh. ye, walaupun saya seorang sahaja melayu tapi masih bersungguh-sungguh menyemarakkan perayaan ini ye adik-adik. haha. sebenarnya, kawan melayu aku sibuk-belajar-aku-tak-mahu-kacau-biar-aku main-sorang-pun-best-jugak, so last-last terjebaklah lepak pergi gathering dengan kawan-kawan cina yang amat saya kasihi. 


malam pertama, kami makan steambot. habis stim kami dibuatnya. apalagi,  ber'orgy lah kami di situ tanpa bercerita panjang. hahahaha. oh, tidak sama sekali ye. *mengucap panjang.
serius, kami makan-makan, borak-borak. lama gila tak jumpa kut kawan-kawan yang dikasihi ini. aku rindu diaorang, diaorang sudah tentu lah rindu aku lagi banyak. time aku tulis entry ni pun aku rindu kat diorang. tapi amoi-amoi saja la. hahahaha.


3 tahun tak berjumpa ada yang dah berubah pe'el, ada yang macam itu aje, tak berubah-ubah. contohnya, ah hiap, kalau masa sekolah dulu dia masturbate 3 kali sehari, sekarang pun same je. tak ada peningkatan langsung, haha.


lepas masing-masing dah klimaks apa semua kan, kami membersihkan diri untuk ke sesi tayangan lewat malam. ala, senang cite tengok wayang la. haha
ok, aku nak pendekkan cerita ini, balik lambat gila, mak risau anak bujangnya balik lambat, kawan-kawan aku memang best, dan akhir sekali cerita the wolfman macam taik. 












Tuesday, 2 February 2010

hullamak. hallyu da sampai malaysia

dengar cerita suhu di seoul -4 ya sekarang? bagus bagus. bila aku balik nanti sudah tentu suhu semakin naik kan. harap-harap dah tak negatif. mati lah terperap kat rumah kalau cam itu.haddeey.

somehow aku rasa hallyu semakin hebat eh kat malaysia nih. sana sini pergi semua dah pandai pasal korea showbiz. aku pergi rumah member pun cerita pasal drama korea dengan mak dye pun gang up join skali dan dia tengok drama sampai pagi la pulak. haishh.

lagu-lagu korea pun dah start dimainkan di shopping kompleks yer. kagum sebentar. kuat nya pengaruh boyband dan girlgroup korea.

hey, tapi this is what i call the real hallyu. suara yang sedap. i present to you Mr. Kim Bum Soo.





Sunday, 24 January 2010

harta yang tersembunyi di dalam almari usang.eh, tak usang pon ;DD

hai geng! ;D

lama sudah tidak berblog semenjak balik Malaysia yer. jangan rindu-rindu yer ;D chewahh~
aku sekarang ni sibuk berjalan merayau ke sana sini, ke shah alam, sunway, kl, oh tak lupa juga menemani ibu aku ke pasar beli ikan yer.

semalam aku pergi ice skating dengan teman-teman di sunway piramid tapi sebab tak ada gambar malas la aku nak update yer. ;DDD sori2.
weyh, mari kita bertukar topik jom.

pernah tak rumah kau orang ada baju yang lama-lama zaman tuk kadok, maksud aku sejak zaman nenek dan atuk kau orang. rumah aku melambak weh. banyak na peninggalan dari zaman dahulu kala. semua itu adalah peninggalan arwah nenek dan pakcik aku.
ibu aku pula nak buang benda tu semua rasa sayang pula sebab dia memang sensitif benda-benda camnih. dia kata benda tu tak kacau ko nape nak buang pulak.bio je lah kat situ.

ceh, panas je telinga aku weh.

so, bila aku tak ada kerja kat rumah ni aku pon check out la segala peninggalan yang ada dalam almari tu kan. guess what, baju-baju tu semua ada yang masih elok dan bisa dipakai lagi ya. kalau orang jawa kata, isek apik meneh. haha ;DD

cuma, tak ada yang nak pakai je.haha.

yang menarik perhatian aku adalah coat arwah pakcik aku masa dia tinggal di states dulu.
coat ralph lauren okay kawan-kawan. vintage dan cool kan. ;DD
aku decide nak ambil dan pakai coat tu sebab memang cool kut. haha.

mari mari, check this out.














okay, lepas ini kutuk la puas2 gambar diatas ni yer. haha
oh ya, untuk baju-baju yang lain pula, nanti kan apa yang akan aku lakukan terhadap mereka..hahahaha ;DDD

okay,chiow geng



Thursday, 7 January 2010

vacation 1 | it was hot and sunny day.



oh, global warming lah weh sekarang. nak keluar rumah pun fikir dua tiga kali tau. yang paling mustahak, kena sapu sunblock agar kulit kita terlindung daripada sinaran UV ye kawan-kawan. jangan kite luparatakan di tempat sulit sekali agar warna kulit kita sama saja ya. chewahh. ;D

yeah, sudah terang lagi bersuluh aku dah balik malaysia. well, da seminggu kut aku balik. cuma tak sampai dekat rumah dulu. terus je ke langkawi. cam syial kan. macam kampung aku kat langkawi je. ahahaha. well, langkawi was fun but panas sikitttt kut. ahaha.

so, mari kita kurangkan kepanasan kita dengan gambar snow2 di seoul dulu yer. kawan aku yang ambik gambar ni. aku tolong tayang kan je lah kat sini untuk tatapan kita semua sebab aku merasa sikit je snow tahun ini. shet kan?






dah cool down semua? sape nak ambik la snow tu buat abc ke.


now, back to port dickson. port dickson heaven kut. aku tak pernah bosan jalan-jalan kat sini. yelah, maksud aku ambik angin, cuci mata semua kan. lepak dengan kawan-kawan kat tepi pantai berbiacara tentang masa lepas, sekarang dan masa depan. berbicara tentang hidup masing-masing. paling aku suka, tengok matahari terbenam. stim woo tengok sunset. ahaha.
kalau ade kekasih kat sebelah kan best.

nanti aku try upload gambar port dickson ye. sekarang ni tengah sibuk pegang tangan dan belai rambut orang. chiow babes ;DD




Friday, 18 December 2009

aktiviti hindar sunyi | gunakan kawan-kawan



hey, sihat? aku sihat saja. baru lepas peperiksaan dan merasakan hidup dengan perasaan segar. cehhh, segar tu weyh. ahaha. entri lepas aku cakap aku sunyi en. ahaha. series weh aku betul-betul sunyi. kawan aku cakap blog aku dah jadi blog despo.

ahaha. lawak doh. mungkin sejak dua menjak ni aku rasa sunyi sebab exam week kut. maksud aku, duduk dalam bilik kecil hadap dinding selama 2 minggu tanpa apa-apa aktiviti buat kita terfikir masa depan serta pencapaian hidup kita yer.cheewah ;p

hari ini, cuaca paling sejuk di seoul. -13 yer. lihat betul-betul. negatif tu. tapi dengan semangat kut aku keluar lepak rumah member aku. dengan aktiviti borak-borak, masak-masak, lepas itu nak masing-masing sibuk nak luruskan rambut. rebonding ok. ;D. l

epas itu aktiviti photoshoot dengan tema ajal maut. masing-masing sila ingat tentang mati yer. jangan asyik buat dosa je. ok, aktiviti kemuncak malam ini dijangka berakhir dengan parti seks yer. kami baru order 5 biatches korea. ahaha. tak lah. pillow talk je lah kut. k out. layan gambar k ;D






Friday, 4 December 2009

didikan sosial 1 ã…£ fleksibel





sebenarnya, aku tak nak beratkan minda kau orang dengan entry yang serius tapi sekali sekala apa salahnya kan.;D
telek gambar zebra itu betul-betul. do you ever think whether this creature is white over black stripes or black over white stripes? selama ini aku tak pernah pun terfikir soalan ini sebab aku dibesarkan di malaysia.

tapi di amerika pula, aku dengar mereka kata zebra adalah warna putih dengan belang hitam. di negara afrika pula, mereka kata zebra adalah warna hitam dengan belang putih. pelik bukan? satu benda yang sama boleh jadi tiga benda yang berbeza. faham tak kenapa? kita di malaysia tak pernah cakap zebra warna putih dengan hitam atau sebaliknya sebab dari dulu kita cakap zebra warna hitam dan putih. kan?

ok, aku bagi lagi satu contoh yang pernah guru bahasa korea aku bagi dulu. cuba lukis gambar nasi. tak nak lukis pun tak mengapa yer. ;D

aku yakin gambar yang kau orang semua lukis mesti gambar pinggan dengan nasi berbukit diatasnya kan. tapi orang negara korea pula lain. gambar yang keluar adalah mangkuk. bukan pinggan. pernah terfikir pasal benda ini?

its all about culture babe. yesh, seperti cara kau membesar, apa yang kau lihat, apa yang kau dengar, apa yang pernah kau alami, dengan siapa kau bermain; maksud aku rakan sebaya, dan yang paling penting adalah budaya yang dipegang dan cara bersosial dalam keluarga masing-masing.
contohnya, lisa dibesarkan dalam keluarga yang mewah. di rumahnya terdapat bar kecil. so, lisa akan membesar dengan pemahaman bahawa menogak arak adalah tidak salah. faham?

senang cakap you are what you eat.

apa yang ingin disampaikan, kita tak boleh sentiasa nak argue apa yang kita lihat, kita dengar, kita rasa adalah amat benar. ya, mungkin benar jika berada di kelompok kita, tapi mungkin boleh jadi salah di mata kelompok lain. cuba menjadi fleksibel.

culture dan sosial adalah benda yang kompleks. sedangkan kita nak faham kawan cina atau india kita pun susah kan. but, macam aku cakap tadi, be flexible. eh, aku engineer kenapa nak heboh pasal culture dengan sosial nih. grr. ;D

p/s; terima kasih kepada leslie brown sebab idea dia ini buat aku terfikir benda ini.




Sunday, 8 November 2009

majlis annual dinner PPMK.


majlis ini minggu lepas. mula-mula macam tak nak pergi sebab tak ada persiapan baju macam kawan-kawan yang lain. oh, kot ada satu tapi tahun lepas punya. sebab saya tak nak pakai kot itu bukan lah dah out-fashion ke ape mende en, tapi badan saya makin kecil membuatkan baju tu nampak besar. kecil tu maksudnya saya hilang berat badan ok. ;D. last-last, saya pun pergi lah tengok member-member semua semangat kan. rasanya, malam itu malam dinner paling best kut.
makanan hotel la pulak kan. wallla, sumpah makan tak ingat dunia. haha.


tengok tu, pakai je apa yang ada. serabai kau yazid ;DD

oh, esok pula kene turun seoul mengundi. well, tahun ini saya tiada calon favourite. so, untuk esok calon dengan ucapan manifesto yang mantap akan dapat undi saya.

Wednesday, 21 October 2009

momantai momantai ;D

wallawe, gua ada peperiksaan tapi gua malas. kalau baca buku pon gua tak paham. gua sibuk main facebook saja sekarang ini. gua rasa dah ketagih tapi tak teruk lagi.

gua saja tulis macam ini sebab gua sebenarnya cina campur melayu. ahaha ;D. tipu saja. suka hati gua la kan.

dulu masa sekolah gua suka kawan dengan cina. masa tu gua comel lagi. kepala tak besar, tak ada jerawat. kalau dekat kelas gua duduk sebelah cina. gua malas duduk sebelah melayu. gua banyak cakap ma. gua ingat duduk sebelah cina gua kurang cakap tapi gua lagi bising. tapi takpe. duduk sebelah diorang tak dapat puki, babi, macam duduk sebelah melayu. gua tak suka perkataan tu macam kau siapa nak babi babi kan aku. duduk dengan cina paling koman pun gua selalu dapat "kamu sudah gila ka" .

duduk sebelah melayu selalu gua merepek saja. gosip lah, cerita minah tu mengandung lah, minah tu bohsia pagi-pagi sebelum g kelas buat projek ngan balak kat estet la. x segar langsung. duduk sebelah cina diorang cerita pasal cina gua cerita pasal melayu, diorang cerita buddha gua cerita islam. see, nampak bosan tapi segar.

gua ingat lagi masa tingkatan satu, ada satu amoi lawa gila. gua minat dia. semua budak kelas tahu. tapi gua segan masa tu bekas sunat pun belom kering lagi. so, gua kawan saja dengan dia.
gua suka usik dia. tarik hujung rambut dia. dia selalu senyum saja kalau gua usik. suatu hari, gua dengar dia dah ade balak, gua patah hati. tarik diri. grrr ;(

masa tingkatan dua gua mula rapat dengan amoi lain pulak. dengan lelaki rapat jugak. diorang ajar gua matematik. sebab otak gua otak linguistik gua bengap matematik. gua pulak selalu betulkan bahasa melayu diorang. kalau raya cina gua jalan raya rumah diorang. diorang paham gua islam. gua suka dapat angpau. satu rumah 10ringgit wooo. ;D

oh, gua sambung cerita amoi tadi. gua orang melayu. okay, jawa to be exact. ahaha. ;p. mak bapak gua semua tak masuk universiti. tak pandai cakap orang putih. so, gua cakap orang putih pun dengan amoi ni saja. tapi dalam telefon saja atau pun sms. kalau cakap depan kawan melayu gua nanti diorang cakap gua pukimak lupa daratan. oh, dia ada belikan gua hadiah masa dia melancong ke china. hadiah tu ada lagi gua simpan. gua rapat dengan amoi ini sampai tingkatan 3.

lepas itu gua masuk sekolah teknik. dekat teknik mana nak cari cina en. gua hanyut kejap masa tingkatan 4. gua tak nak cerita sebab apa. masa tingkatan 5 gua belajar betul2. haa, masa tingkatan 5 gua dengar amoi tingkatan satu tu mengandung lepas itu kahwin. gua anti dia punya husband.

dah lama gua tak dengar diorang punya cerita. semalam jumpa facebook diorang. gua add semua. gua happy. amoi yang gua minat semua makin cantik. rugi gua. grrr ;)





Saturday, 17 October 2009

gadis melayu memang mantap seyh!

kau rasa gadis korea hot tak? hurm, aku pun rasa hot sangat sangat kut sebab diorang selalu pakai mini skirt di musim panas. haha. sekarang musim luruh jadi boleh dikatakan gadis korea dah mula tutup sedikit aurat diorang. heeee.

dan lagi satu aku tengok gadis korea suka bermekap. pergi kelas wajib mekap okay. itu pun aku suka juga sebab diorang pandai menjaga imej. dan aku rasa gadis korea lebih seductive jika bermekap berbanding tidak bermekap. macam kau orang pernah tengok misha omar mekap dengan tak mekap? sila google sendiri kalau nak tau. ;D. kalau macam itu, misal kata aku kahwin ngan gadis korea suatu hari nanti waktu nak projek je kena mekap dulu baru lah aku dapat melayar bahtera ke laut biru dengan lancar. ahahaha. ;D

oh ya, lagi satu gadis korea manja gila okay. senang cerita dekat malaysia digelar gedik tapi aku tak sampai hati nak panggil gadis korea gedik. so, aku guna istilah manja. kalau kau orang peminat drama korea mungkin kau orang paham apa yang aku maksudkan ini.

tapi aku tetap suka gadis melayu. mak, jangan takut ajid tak kahwin orang korea ok. ;D.
sebab apa? sebab gadis melayu kini berubah dari gedik kepada manja. dan aku rasa mereka comel. comel dengan senyuman. ;D


p/s; aku cakap gadis je yang mantap.laki-laki, makcik-makcik, nyonya-nyonya dalam video tu sila abaikan okay. ;D

Monday, 12 October 2009

orang kata benda elok dan manis itu datang nya lambat-lambat. dia x datang naik buraq kot.

hai semua. salam sejahtera . panjang sungguh tajuk yang aku tulis tu en. haha. korang anggap je aku terover ke mengada-ngada nak tulis panjang-panjang okay? ;DDD. okay cukup.
semalam hari lahir aku. tak fantastik pun. sebabnya bagi aku hari lahir adalah benda biasa kut. benda sama tiap-tiap tahun kan.

well, kebetulan semalam batch aku buat sambutan hari raya dekat seoul, so nak tak nak kena lah pergi kan. sebenarnya sumpah malas nak pergi seoul kot. jumpa kawan-kawan, ramai wish happy birthday, borak-borak, makan -makan, ambil gambar, mengarut-mengarut, bla bla bla...

see, tak ada apa-apa yang menarik pun kan. apa yang aku rasa paling menarik untuk hari lahir tahun ini adalah;

1. buat pertama kalinya ayah aku ucap selamat hari lahir.
selalu dia x ucap pun. dia just tahu hari tu hari lahir aku dan dia bawak keluar makan. jangan tanya hubungan kami baik ke tak. baik doh. dia selalu bagi aku duit lak kan. sayang papa. ahaha ;DD

2. cipta azam pergi kelab.
haha. sungguh menarik azam ni weh. idea ni datang masa tengah borak-borak dengan er seng. setan sungguh kamu ye er seng. haha ;DDD. jangan takut. aku hanyalah remaja 20 tahun yang ingin mengetahui dunia sosial, itu saje okay. ;))))))

3. ucapan hari lahir paling lambat datang daripada si dia.
aku memang dah tau dia akan ucap lambat. sebab dia boleh on9 dekat pejabat dia sahaja.tak kisah lah. yang penting aku di dunia khayalan aku okay. oh, kitorang dah merancang cuti musim sejuk nanti untuk pergi langkawi sama-sama. asyik-asyik pergi sungai congkak bosan pulak. weeewiittt ;D






Tuesday, 6 October 2009

woo song

hai geng. cuba tengok video bawah ni. rakan batch aku yang buat persembahan waktu hari keluarga PPMK sabtu lepas. tak payah cari aku. masa ni aku ada temujanji. haha. eh eh,bukan bukan. aku tengah baca buku. kan aku ada ckp aku dah jadi anak dara sekarang. haha. ;DD. aku suke part yang wuuu wuuu tu. lagi satu susah woo nak satukan alat-alat muzik yg banyak camtu. walaupun ada cacat cela carca merba sikit tapi jika bandingkan masa persiapan iaitu 2 hari boleh dikatakan persembahan ni best gila nak mampus.aku tak kisah kau orang suka ke tidak, aku tetap suka sebab ini hasil usaha rakan batch aku en. haha ;DDD. pasni kita buat orkestra pulak eh. one more time,wuuuwuuuu~ yeah ;DDD

Monday, 5 October 2009

OMK, pasang telinga, bukak mata dan gelak-gelak.

kau orang tau tak ape OMK tu? ;D. Oh mak kau lah. haha. dulu aku tak suka baca surat khabar.kalau baca segmen hiburan dan kesihatan. segmen kesihatan tu best kot. haha. sekarang tiap-tiap hari kena update dengan berita Malaysia kut. yelah, kalau telefon bapak aku adalah topik sikit nak tanya. kalau tak kang, tak bercakap pulak aku dengan bapak aku tu en.

jom kita buat ulasan sedikit berita yang tengah hot di utusan sekarang ni. tiba-tiba pulak en aku semangat. haha.

1- Mohd. Isa temui pengundi di estet.
cuba baca perkataan estet itu lebih sepuluh kali. aku rasa kalau tajuk ini setakat temui pengundi pun dah cukup kot. aku boleh faham. kau nak menang kan isa. kau nak nama kan. aku harap kau kalah di kampung sendiri.

2- Kaji beri DBP lebih kuasa martabat bahasa.
yang aku tahu DBP terbitkan buku teks. itu sahaja. tolong tambah info lain kawan-kawan.

3-SBY- 'Selalu Bencana Ya'
haha. kreatif kreatif. bagi aku gelak kejap. ;DDD. negara paling sedih. kau orang tak faham ke konsep ketuhanan ha? Kalau Allah nak turunkan azab dia, gerenti la turun. yang kau nak salahkan presiden kau orang tu dah kenapa? tapi presiden kau memang pengecut weh.kalau macam tu BHO tu Bontot Hitam Obama?haha ;D

4-Proton pasang kereta kontrak.
hai proton, kau buat macam mana pun kereta kau boleh pakai 2 tahun lepas tu rosak.
dulu, aku lagi selesa guna motor EX5 aku tau dari naik iswara mak aku. biarlah berhujan pun. ;DDD. bawak awek naik EX5 lagi best la dari naik kau proton.

5-Chelsea rampas takhta liga, Liverpool gigit jari.
kat england pun kalau kalah gigit jari jugak eh. ooo, sumpah tak tahu. haha. ape-ape pun chelsea menang. gogogogo! chelsea chelsea~ :DD

p/s ; aku dah jadi anak dara dah. duduk rumah 24jam. entah kenapa aku sendiri pun tak tahu.

Wednesday, 30 September 2009

kalau melaka bandar sejarah, Port DICKson bandar ape?

hey, salam sejahtera semua. kau semua kenal Port DICKson tak? popular en. aku sayang tempat tu wooo. lantak korang la nak cakap laut Port DICKson kotor lah, penuh taik lah. dari kecil sampai sekarang kat situ je lah kampung yang aku ada. yelah, kalau mak bapak korang kahwin en, selalunya korang ada dua kampung. sebagai contoh, satu kampung hulu langat, lagi satu Port DICKson. paham?

aku pula ada satu saja kampung. Port DICKson lah weh. mana tak nya, mak bapak kahwin satu kampung. dua puluh tapak je jarak rumah arwah nenek lagi satu. so, jangan lah cerita pasal korang balik kg ape semua en, aku x paham perasaan dan feeling balik kampung.

ok ok, balik kepada cerita Port DICKson tadi. selalunya kalau kawan-kawan aku tanya, "kau asal mana weyh?nampak macam indon je" , ataupun "weyh, ko budak mana?kerek je aku tengok" , ataupun, "kau balik mana nanti cuti?" aku pon harus lah cakap sesuatu jawapan yang high class, high fashion, high sosial dan menjadi ingatan kepada orang tu.

jawapan aku, "Port DICKson..bandar maksiat". cool ayat ni en?hahaha ;pppp

jangan di tanya kenapa. nak tahu pergi sendiri. iye, mungkin tiada apa-apa berlaku pada waktu siang, tapi menjelang malam hari mula lah aktiviti-aktiviti nocturnal. kau orang paham en?
kalau aku terangkan dalam-dalam kang kau orang terhorny pulak en. hahahaha ;ppppp
tapi banyak-banyak hotel kat situ, kat dalam kancil, kelisa juga menjadi pilihan. weh,x sempit ke? haha ;DD

tapi nampaknya selepas ini aku dah tak boleh panggil nama Port DICKson bandar maksiat lagi.
Port DICKson dah ada nama baru. semalam tengok berita harian, dia tulis Port DICKson bandar tentera darat. bagus-bagus. nampak tough, kental, dan gagah walaupun nama itu tidak berapa nak komersial. untuk pengetahuan kau orang, tentera-tentera itu salah satu punca aku panggil Port DICKson dengan nama bandar maksiat. maaf Port DICKson, rasanya aku akan terus menggelar kau bandar maksiat. haha;ppp


p/s; jangan tanya kenapa aku tulis port dickson macam itu, untuk tujuan publisiti sahaja okay.haha ;ppp

Sunday, 27 September 2009

kau rasa kau dah cukup bulu nak berkahwin? x)

hai geng. salam sejahtera semua. entry hari ahad yang sangat BORING! bermakna tiada aktiviti bersosial yang sihat minggu ini. fb dan ms tu kira sosial sihat tak? okay, sepatutnya saya keluar berjalan-jalan ke hongdae tapi atas sebab kononnya banyak sangat kerja nak dibuat tak jadi keluar. bajet bagus je en. tapi macam sia-sia saja aku buat keputusan tu en. langsung tak study wey. haha. sebenarnya bukan tak study tapi tak paham. nanti-nanti la aku belajar.

kalaulah saya keluar berjalan kan lagi best. macam-macam boleh dapat. makanan sedap, baju baru, cuci mata gadis korea pakai skirt pendek, cuci mata maknyah lawa kat itaewon, pergi karaoke, dan tidak dilupakan meneroka kelab-kelab di apgujong dan hongdae. weeewitt. sejak bila pula aku pandai ke kelab nih. ;p. mentang-mentang lah setan-setan dah mula kerja balik en, senang-senang je nak ikut diorang. grr

lagi satu seminggu ni aku banyak sangat pikir masa depan aku kot. pelik tidak jika saya kata saya sudah tiada hati untuk berumah tangga dan memiliki anak cucu. kau orang semua mesti pernah berangan nak memiliki keluarga bahagia en. aku pon pernah kot. wajib tuhhh. hahaha. ;pp. like, bila bangun pagi ada seseorang disebelah kita yang sedang tidur berbantalkan lengan kita memakai bra seksi warna maroon. woow,gila hot sial. dan tidak dilupakan aksi cium bercium serta peluk memeluk secara marathon,suka hati, 24-7, 365day kecuali siang hari di bulan ramadhan. nak boleh saja, tapi jangan lupa ganti puasa. ;D

tapi itu semua zaman sekolah menengah kot. sekarang ini aku tak pernah terpikir pon aku akan kahwin satu hari nanti. risau pulak aku weyh. nak hidup bujang ke tua susah jugak. yelah, nanti nak bagi siapa pulak en harta-harta yang banyak tu. haha ;p.

so, geng semua. aku nak bertanya la en. normal ke kalau kita tak ada rasa gatal nak berkahwin?