Saturday 7 November 2009

hidup lebih bermakna dengan W sisters :))))



hey guys. lama sudah tidak jenguk-jenguk blog ni. yelah, lepas emo-emo semua hilang kejap rasa hendak blog. tarik nafas, huuu. ok, saya dah ok dah sekarang. yeah, kembali bersemangat kut. semangat pergi kelas, semangat bermain, semangat berjalan, pendek kata saya memang semakin bersemangat kot. ;D. positif bukan? haha

okay, hari ini saya nak bercerita pasal w sisters saya. ;D. woooo, inilah skandal duniawi terbesar saya tau. haha. ok, w stands for wang? wang, money, fulus, duit. get it? ;DDD.

pertama, kau orang kena tahu beberapa info tentang status kewangan saya di sini.

1- Sumber kewangan utama saya adalah daripada kerajaan ;DD
2- Sumber kewangan kedua adalah daripada Inha University
3- Cagaran rumah sudah habis dibayar bulan lepas.

Ok, sebelum ini saya terpaksa terseksa kejap kut sebab nak bayar duit cagaran rumah ini. jumlahnya adalah 2.5juta won. tempoh yang diberikan adalah sepuluh bulan tapi saya berjaya bayar dalam masa 8bulan. saya memang tak suka hutan-hutang ni doe. sebab tu kalau boleh cepat-cepat nak habis bayar. ahaha. well, terseksa tau sebab tak dapat shopping banyak-banyak sekali gus tak dapat menjana ekonomi dunia. ahaha. sebab itu awal tahun ini ekonomi lembap je en. xpe, lepas ini saya cuba jana kembali ok. ;D

kadangkala kan, saya duduk sini rasa macam pekerja makan gaji. maksud saya, kerja belajar ni sama macam pekerja. faham? yelah, hari-hari ke kelas cukup bulan tengok buku akaun duit dah masuk. so, bulan ini boleh dikatakan kemewahan pertama saya. ahaha. walaupun tak lah luxury macam orang kaya, tapi saya tetap rasa mewah.

( sampai sini saya dah tak tahu macam mana nak habiskan entri ni. ok, bantai;DD )

apa yang saya tahu elaun sebulan saya sekarang sangatlah terlebih untuk saya. siapa nak pinjam cakap ye. ;DD. sementara itu, saya akan simpan wang lebihan tu baik-baik. balik malaysia terus kahwin en. haha ;D

dan bulan ini adalah duit sikit nak shopping-shopping. oh ya, saya baru beli kamera tau. ala, tapi bukan lah guna dslr ke, cybershot ke, tapi saya beli kamera polaroid. ahaha. saya kan suka lain dari yang lain.


p/s; duit tiket balik Malaysia pula ditaja oleh Encik Baharum. yesh!!

5 comments:

Anonymous said...

lebihan duit jika mahu buat makan2 sy sedia menerima jemputan~

ayien.. said...

nak duit boleh??
tengah kering ni ujung2 sem...
da lama tak shopping
kirim kat aku taw
ha ha ha

:)

ajid said...

cik anonymous; bagi nama sikit eh.ahaha.sumpah xtau sapa. rumah saya sentiasa terbuka ntuk tetamu.xyah jmput2 ;DDD

ayien; hoho, bagi no akaun meh.ahaha
xyah shopping la weh. :k

ikanbilis said...

cagaran? beli rumah ke wei?

ajid said...

ikan bilis; sewa je.tapi kene ade cagaran..uhuhu ;D