
sebenarnya, aku tak nak beratkan minda kau orang dengan entry yang serius tapi sekali sekala apa salahnya kan.;D
telek gambar zebra itu betul-betul. do you ever think whether this creature is white over black stripes or black over white stripes? selama ini aku tak pernah pun terfikir soalan ini sebab aku dibesarkan di malaysia.
tapi di amerika pula, aku dengar mereka kata zebra adalah warna putih dengan belang hitam. di negara afrika pula, mereka kata zebra adalah warna hitam dengan belang putih. pelik bukan? satu benda yang sama boleh jadi tiga benda yang berbeza. faham tak kenapa? kita di malaysia tak pernah cakap zebra warna putih dengan hitam atau sebaliknya sebab dari dulu kita cakap zebra warna hitam dan putih. kan?
ok, aku bagi lagi satu contoh yang pernah guru bahasa korea aku bagi dulu. cuba lukis gambar nasi. tak nak lukis pun tak mengapa yer. ;D
aku yakin gambar yang kau orang semua lukis mesti gambar pinggan dengan nasi berbukit diatasnya kan. tapi orang negara korea pula lain. gambar yang keluar adalah mangkuk. bukan pinggan. pernah terfikir pasal benda ini?
its all about culture babe. yesh, seperti cara kau membesar, apa yang kau lihat, apa yang kau dengar, apa yang pernah kau alami, dengan siapa kau bermain; maksud aku rakan sebaya, dan yang paling penting adalah budaya yang dipegang dan cara bersosial dalam keluarga masing-masing.
contohnya, lisa dibesarkan dalam keluarga yang mewah. di rumahnya terdapat bar kecil. so, lisa akan membesar dengan pemahaman bahawa menogak arak adalah tidak salah. faham?
senang cakap you are what you eat.
apa yang ingin disampaikan, kita tak boleh sentiasa nak argue apa yang kita lihat, kita dengar, kita rasa adalah amat benar. ya, mungkin benar jika berada di kelompok kita, tapi mungkin boleh jadi salah di mata kelompok lain. cuba menjadi fleksibel.
culture dan sosial adalah benda yang kompleks. sedangkan kita nak faham kawan cina atau india kita pun susah kan. but, macam aku cakap tadi, be flexible. eh, aku engineer kenapa nak heboh pasal culture dengan sosial nih. grr. ;D
p/s; terima kasih kepada leslie brown sebab idea dia ini buat aku terfikir benda ini.