Sunday 16 May 2010

penangan kawan lama.

see, aku memang suka kawan-kawan lama aku dan ex-ex aku. bila kita sedih dia cuba tanya kita kenapa, bila kita gembira mereka akan kata 'aku suka tengok kawan aku gembira'. kebanyakan kawan-kawan lama aku duduk satu kampung. Hidup pun dah macam adik beradik. Semua benda tahu. Tahu lah siapa yang menangis masa kena sunat, siapa yang lari lintang pukang satu kampung bila kena kejar dengan emak dia, malahan siapa yang ada tahi lalat di punggung, siku, dan penjuru mana pun kita tahu.yelah, dulu aku pernah nampak kau bogel, kau pun pernah nampak aku bogel kan. Apa nak kisah. Ingat tak dulu kita mandi sama-sama dalam kolam kan.

Dan yang paling terharu, ada yang menegur jika kita tersilap langkah atau terpesong sedikit. baru-baru ni status facebook aku memang agak emo kut. aku tulis " aku ada satu zakar dan dua telur, kalau aku ada lebih aku dah bagi kau satu. coward". Mengundang kontorversi betul status itu sebab semua yang memberi respon kawan-kawan lama. ada yang cakap lucah, ada juga yang kata "terkeluar ilmu aku beb". Bagi aku tak lucah kut sebab itu kan sains tingkatan 3 bab 3. alah, tak kan tak ingat dulu kita sama-sama satu kelas belajar mengenal dan mengkaji apa itu zakar, ovum, skrotum, testis dan fetus. tak lupa juga ovari dan tiub fallopio. Eh, tiub fallopio yang kat telinga ke?

Hari ini, ex aku bagitahu kawan aku terkejut tengok status aku. Yelah, kawan aku tu agak muslimah pulak kan, mahu nya dia tak mengucap panjang. Mungkin sebab imej aku dekat kampung adalah teruna yang baik dan rajin ye kawan-kawan. haha, gila lah puji diri sendiri. Apa pun terima kasih kawan lama yang dah 10 tahun tak jumpa dan tiba-tiba mengecop aku sebagai sudah berubah dan lucah. Kau cool! Aku sayang kau semua. nanti aku balik Malaysia aku belanja kau nasi goreng kat warung cak pong.

5 comments:

Abir Abhar said...

oh aku ingat status ni.

ajid said...

abir; ko rasa lucah ke status tu?haha

Unknown said...

fuhh..
1.tak lucah pun 9bagi aku)
2.aku suka kawan2 yang sentiasa berada disetiap saat dgn aku walaupun dihalang jarak dan masa
aku rindukan semua itu.

Abir Abhar said...

tak pun. itu normal.

ajid said...

thats mean kwn ak tu abnormal sket la.haha