Monday, 23 August 2010

rumah di malibu


Hidup kat mana-mana pun sama. Kalau kau tak best hidup kau pun sama tak best. Hidup dekat Malaysia bosan. Tiap-tiap hari bangun lambat. Sampai tak tahu macam mana rupa matahari terbit. Kalau pukul 10 tak keluar bilik lagi pintu bilik itu macam nak pecah kena  gegar dengan ibu. Aku cakap macam lah aku duduk kat korea aku bangun awal. Kalau hidup kat korea aku sunyi pulak. Asyik nak merayau je. Orang sastera kata ibarat jiwa remaja suci yang meronta-ronta inginkan kebebasan.sumthing like that la kut. Ok, lama tak tulis blog lepas tu bila start tulis entri baru kenapa nak serius sangat ni kan. Hish. Ok,tukar sekarang.
Actually  just nak update about ape yang aku buat sekarang je. Sumpah kalau boleh nak update blog hari-hari kat Malaysia nak bagi korang baca sampai muntah dan meluat tapi apakan daya internet kat rumah ini berada di tahap bluekkk. Paham-paham la ye, nak cakap pasal internet ni memang menyakitkan urat kentut sampai boleh kena kanser dubur kut.  *nanges. =(
Dah, mari kita teruskan dengan cerita satu. Jeng jeng.  *anggap lah ini satu drama 10 episod ye. =)
Cerita ini berkenaan bilik kelamin aku yg dirampas oleh ibu bapa aku. B4 ak fly, aku mendiami master bedroom dalam rumah ini. Yelah, logik tak alasan nak master bedroom sebab nak bilik besar boleh buat study group dengan kawan time SPM dulu. Lepas tu, kalau time study tak la bising sangat sebab jauh dari dapur. Bak kata orang putih, out of hustle and bustle. Ni ala-ala mencari ketenangan di area pinggiran senawang ok.
Tapi study group mesti lah langsung harammmmm nak ade kan. Cam shet je kan. Ni nak kasi tau  advantage bilik kat depan ni, try to imagine dia punya tingkap amat lah besar ye. So dulu-dulu, bila nak release tension study, malam-malam nak pergi qiamullail kat masjid, nak keluar hang out kat simpang, merayau, nak jumpa awek, pendek kata segala aktiviti yang berkaitan dengan perkataan nokturnal amat lah mudah dilaksanakan. Aku rasa sampai sekarang parents ak tak tau kut dulu-dulu aku keluar malam balik subuh. Haha.
Pendekkan cerita, kini  aku dicampak ke bilik belakang. Kalau kat rumah orang-orang kaya, ala-ala tapak bilik orang gaji la. Sedih je weh.dah la buruk, semua khazanah termasuk taik cicak berusia setengah abad tersimpan kat dalam ni. Tapi nasib baik lah haritu ada panggil eric leong (*mana nak carik si botak tu) suruh dia ubahsuai sikit bilik ni. Alhamdullilah ye rakan-rakan, bilik ni da jadi macam bilik yang normal kembali dengan sentuhan diri sendiri. Tepukan untuk diri sendiri. =ppp
kesian lah,satu gambar je boleh upload.seperti yang dapat dilihat warna oren menjadi pilihan hati.

Oh ye, tahun ni tak yah lah carik muka aku kat salam perantauan sebab tahun ni aku pulang ke kampung untuk meraikan hari raya bersama keluarga tercinta. Chewahh. Kepada kawan-kawan yang tak balik beraya, selamat menyambut hari raya di kelas. Tu je. Tak dilupa kepada rakan-rakan yang ingin kad raya daripada lelaki suci iaitu aku,sila hantar sms « YAZID BAIK DAN HOT » kpd 32299. Eh, bukan. emel la alamat korang kat ajidraai@yahoo.com.  Insyaallah dapat nanti kad raya ok. 

semangat ok menulis kat raya untuk kawan, tak lupa juga musuh-musuh(nak minta maaf)

3 comments:

tengku_fir21 said...

tetiba nak balik rayer jugak...
ouwhh..ouwhh...

muyukerukatika said...

diluar negara ke?

ajid said...

muyukerukatika ; panjang nye nama.hehe
yes,kat seoul.