Monday 8 March 2010

mera nam k.viswanathan

update untuk minggu pertama sesi persekolahan musim bunga/musim panas 2010. walaupun sesi ini bermula pada musim bunga haram langsung bunga masih tak berkembang. ok, aku bagi peluang sampai minggu depan je. 


plis, aku nak keluar pakai baju nipis-nipis pergi berkelah dekat taman bunga sambil baca buku ala-ala mat saleh tu. *aktiviti wajib musim bunga.


dalam banyak-banyak kelas untuk semester ini, kelas kejuruteraan matematik paling menarik dan banyak meninggalkan kesan mendalam pada hati aku.haha! kalau kau orang teka mungkin proffesor tu perempuan lawa, kau orang silap. 


dia lelaki dari India, namanya KK Viswanathan. antara kesan mendalam yang ditinggalkan oleh nya adalah lawak selamba dia terhadap pelajar korea, tidak dilupakan luka yang ditinggalkan di hati ku.


hari pertama kelas, dia salah menyebut nama aku. antara orang yang pernah menyebut nama aku, rasanya sebutan dia paling melampau salah nya. aku ingat dia panggil nama orang lain sebab itu aku buat bodoh je. 


hari kedua kelas, aku mengharap hari ini dia sebut nama aku dengan betul. ya, 60% ketepatan dan aku mengharap minggu depan mesti perfecto punya sebutan tapi mulai minggu depan dia akan panggil kehadiran ikut nombor. 


rasa terluka gila ok. dah lah sebut nama x betul lepas tu nak guna sistem nombor pulak. reaksi aku, "무슨 로봇도 아니고 왜 번호를 따져 그래" (kita bukan nya robot kenapa nak guna nombor-nombor pulak) tapi aku cakap kat kawan aku je lah bukan kat proffesor tu.haha!


yelah, rasa macam bukan manusia pulak bila panggil ikut nombor. ini robot,robot!
aku robot no47. haha


satu-satu nya perkara yang boleh aku kata aku suka tentang dia adalah accent india dia yang memang menarik didengar bila cakap english. macam dengar mutusamy berborak pun ada. 

snow in march?great! =(

4 comments:

cupin cipon said...

봄에 예쁜 곳에나 가자...

ajid said...

나 바쁜 사람이거든ㅎㅎ일단 개획 세워봐라~
멀리 가도 괜찮을듯

shafarshahril said...

the weather is getting warmer...dan kejadian2 panas akan bermula tidak lama lg. haha

ajid said...

shahril; itu yang dinanti-nantikan.x sanggup da kesejukan.haha