Thursday 29 April 2010

alahai,adik oh adik

ini cerita panas.haha. mungkin bukan untuk kau orang tapi ya untuk aku. apa yang aku nak cerita bukan pasal elaun JPA yang baru masuk sebentar tadi tapi pasal adik aku.

aku ada adik. dia bekerja sebagai pelajar tingkatan 1. apekah?? kau orang faham kan. okay, sekarang dia dah pandai mesej-mesej dan bergayut di telefon dengan teman lelaki. pheeewitttt. siap panggil sayang sayang lagi. awwwwwwwwwwww. memang hanyut betul kanak-kanak seekor tu. aku sebenarnya dari balik cuti musim sejuk lepas lagi dah tahu kegiatan gelap dia tu. dah la kulit gelap kan sah sah la boleh hidu kegiatan dia.

zaman sekarang ini budak-budak pun dah main tekan-tekan handphone kan, macam-macam boleh terjadi. advance betul budak sekarang. adik aku sekarang ini tak tahu lagi keluarga aku sudah mengetahui kegiatan dia itu, malahan handphone nya sudah dirampas secara senyap-senyap oleh gajah besar(akak saya). huuuuu!

ala, bukan tak sporting nak bagi bercinta-cinta macam itu kan tapi masih muda lagi kan.( bajet aku dulu tak macam ni je) . aku sebagai abang dia mesti lah nak jaga dia dari terhindar dari segala kekotoran duniawi ni kan. sebagai contoh, tiada sesi bersiar-siar menaiki motor atau kereta, pendek kata aktiviti yang memerlukan dia keluar dari rumah diharamkan jika tidak berhijab. contoh satu cukup lah kan. Alhamdulillah =p
kini aku teringin tahu siapakah gerangan jejaka itu. ohhoo, malam ini kena lah telefon rumah bergosip kejap dengan ibu bapa ku.

oleh itu, kita sebagai satu institusi keluarga kena lah saling jaga menjaga antara satu sama lain. kata sayang kan. untuk abang-abang di luar sana, apa perasaan anda andaikata adik anda seperti manusia dibawah ini. (skema gila ayat penutup ni.haha)


eh, tiada niat nak malukan sesiapa. ambil pengajaran ok geng ;p

p/s; rasa-rasa ini lah punca kenapa makin ramai bayi yang tidak berdosa dibuang.

7 comments:

shafarshahril said...

budak zmn skrg. haish

ajid said...

haish jugak !

Yuyin Azman said...

haha...biaselah tu org dah tngh angau..bergayut jelah dlm telefon...hmm...saya agak geli bile mendengar pasangan couple yg membahasakan diri sesama mereka dgn syg-ayang..pa-ma..dan baby-abg...

btw,sy bru disini... :)
nice blog..

Anonymous said...

scary video tue...
haishhh...~

*geleng2 kepale

ajid said...

katie; xtau la angau ke x.tp baru form 1 kut tau ke angau2 ni.

thank for following katie =p

meiceya; kan kan. amek yang baik buang yang buruk k =p

zayer said...

ajid! ahah,fuhhh mmg fuhh,lame tak drop by blog kau! haha,aku busy ber'korean! ahah,btw,i already link u! plus,envy gile tgk gmbr musim bunga kau!meh petik tuk aku satu,boleyy??ahah

take care dude~ ade mase kite jumpe kat korea eah! ahah,anyonggg

ajid said...

zayer; berkorean yer. ahaha.tu musim bunga je yg lawa.musim lain xlawa.haha