Saturday 27 March 2010

orang engineer belajar bisnes




















projek besar. update tentang ini apabila segala-galanya siap. 기대하셔도 좋다! ( wait for it!)

Monday 22 March 2010

sebab aku benci drama korea

aku berlatih belajar bahasa korea ikut drama. yelah, nak pandai cakap korea kan. kalau tak nanti tergagap-gagap cakap. tapi aku tak layan semua cerita korea macam korang yang memang minat tengok cerita korea. kadang-kadang aku layan cerita yang orang kurang tengok. contohnya, cerita 'boys over flower' langsung aku tak tengok sebab aku rasa tak menarik. tak da bomb la senang kata.

aku start tengok drama korea waktu dulu kau orang tengah sibuk tengok drama venezuela dan mexico dulu. ingat 'la usurpadora' , 'mis tres hermanas' dan ' rosalinda' ayamor ?? aku masa itu dah layan 'autumn in my heart' kut.


가을동화-autumn in my heart (kenapa ada tulisan thai?)

ada satu sebab aku tak suka tengok drama korea ni. kebanyakan watak dimatikan di penutup cerita. kalau hero atau heroin tak mati tak sah kan. kalau hero tak mati kena langgar, mesti heroin mati sebab kanser. aku paham konsep hidup-dunia-sementara-semua-akan-mati, tapi aku tetap tak puas hati. yelah, aku nak tengok hero dengan heroin dia happilly ever after macam cinderella, yang kau mampuskan dia ape kes.

지봉뚫고하이킥-highkick through the rooftop

aku bukan ape cuma tak puas hati sebab penat-penat aku ikut setiap episod sampai beratus-ratus bukan nak tengok heroin mati kena langgar lah. contohnya drama 'highkick through the rooftop' tu, sanggup ye tangguh semua assignment nak tengok cerita tu setiap hari. penat ikut sampai episod 126. hish!

sekarang ini tengah ikut drama baru 'Oh! my lady' sebab shiwon super junior berlakon. ahaha, kena lah bagi sokongan dekat senior aku yang baru nak berjinak-jinak di dunia lakonan ni kan. poyo weh.! harap-harap hidup lah sampai penghujung cerita.

 jangan shiwon mati sebab kena kanser payudara sudah. haha


Saturday 20 March 2010

Seoul diserang! Perang! Perang!



hajat hari ini nak pergi keluar jalan tapi atas sebab berbahaya aku batalkan sahaja niat ini. memang amat2 berbahaya weh hari ni. ni tak tipu punya. Seoul diserang!! Darurat. Tu lah gatal sangat nak pergi belajar kat Korea dah tau masih berperang lagi. Macam mana nak balik nih.? 

Wah, penat aku taip nak temberang kau orang semua. haha. alah, loklak sikit takkan tak boleh.  tapi memang bahaya kalau keluar hari ni sebab Seoul dan kawasan sekitar diserang 황사(hwang-sa). hwang-sa tu dalam bahasa melayu kita panggil debu-debu kuning. sapa kena boleh jadi otak kuning. haha memang kuning gila lah suasana petang tadi. kalau kat Malaysia macam jerebu jugak lah benda ni. kalau jerebu datang dari Indonesia,debu kuning ni pulak datang dari gurun dekat kawasan China tu. wah, berinfo gila aku tulis kali ini. Ok, kalau nak tahu sebab apa ada benda ini buka buku geografi tingkatan 3 ok.

Sebagai seseorang yang amat mementingkan kesihatan, aku duduk sahaja dekat rumah. yelah, sakit kang susah tak ada orang nak jaga. masa tu lah rindu kat ibu, awek, sanak saudara. hujung minggu ini aku habiskan masa siapkan assignment semua, lepas itu buat latihan matematik dan lengkap dengan ulangkaji. Eh, sudah tentu tipu belaka, sebab aku hanya menonton filem korea je sepanjang hari. haha. download je weh. tak sampai setengah jam dah siap. gambar berkualiti lak tu. terbaik.



sekian dari meja penulis. niat nak tayang kamera tu =)


Monday 8 March 2010

mera nam k.viswanathan

update untuk minggu pertama sesi persekolahan musim bunga/musim panas 2010. walaupun sesi ini bermula pada musim bunga haram langsung bunga masih tak berkembang. ok, aku bagi peluang sampai minggu depan je. 


plis, aku nak keluar pakai baju nipis-nipis pergi berkelah dekat taman bunga sambil baca buku ala-ala mat saleh tu. *aktiviti wajib musim bunga.


dalam banyak-banyak kelas untuk semester ini, kelas kejuruteraan matematik paling menarik dan banyak meninggalkan kesan mendalam pada hati aku.haha! kalau kau orang teka mungkin proffesor tu perempuan lawa, kau orang silap. 


dia lelaki dari India, namanya KK Viswanathan. antara kesan mendalam yang ditinggalkan oleh nya adalah lawak selamba dia terhadap pelajar korea, tidak dilupakan luka yang ditinggalkan di hati ku.


hari pertama kelas, dia salah menyebut nama aku. antara orang yang pernah menyebut nama aku, rasanya sebutan dia paling melampau salah nya. aku ingat dia panggil nama orang lain sebab itu aku buat bodoh je. 


hari kedua kelas, aku mengharap hari ini dia sebut nama aku dengan betul. ya, 60% ketepatan dan aku mengharap minggu depan mesti perfecto punya sebutan tapi mulai minggu depan dia akan panggil kehadiran ikut nombor. 


rasa terluka gila ok. dah lah sebut nama x betul lepas tu nak guna sistem nombor pulak. reaksi aku, "무슨 로봇도 아니고 왜 번호를 따져 그래" (kita bukan nya robot kenapa nak guna nombor-nombor pulak) tapi aku cakap kat kawan aku je lah bukan kat proffesor tu.haha!


yelah, rasa macam bukan manusia pulak bila panggil ikut nombor. ini robot,robot!
aku robot no47. haha


satu-satu nya perkara yang boleh aku kata aku suka tentang dia adalah accent india dia yang memang menarik didengar bila cakap english. macam dengar mutusamy berborak pun ada. 

snow in march?great! =(

Tuesday 2 March 2010

dulu malu kini mahu, kini baru ku tahu, diam-diam jatuh cinta...

hari pertama mulanya semester baru. tengok jadual lihat ada satu kelas sahaja. kelas management of industrial system. ok, buat-buat tak nampak. *tarik selimut. sah-sah lah bangun pukul 12 lebih kan. haram lah nak bangun awal.


housemate balik dari kelas bawak handphone baru. dia kata handphone murah-murah.
so, mari kita beli handphone. haha. ooh, pergi kelas malas boleh lak keluar beli handphone eh. cilaka kau. haha =) aku rasa setahun sekali kut aku beli handphone baru. haish, apa nak jadi ni. handphone yang lama semua ada dalam laci sebab bukan boleh guna pun kan.


mari kita berkenalan dengan handphone baru aku ya.

  

ya, itulah dia anycall "magic hole". bukan black hole ye kawan-kawan. haha.
aku beli handphone ni bukan lah sebab suka function dia tapi design dia yang mantap.
well, handphone yang dikenali sebagai magic hole ni xlah berfungsi macam ipod dan handphone2 touch screen itu, tapi dilengkapi dengan pencahayaan yang cantik. sumpah lawa! 




nampak tak yang bulat di hadapan handphone tu, haa itulah magic hole nya. bila orang call sahaja segala warna lampu dengan aksi-aksi akrobatik keluar tau.haha. dalam handphone ni ada lebih 20 jenis lighting yang boleh dipilih dan kita boleh customize sendiri lighting yang diingini. boleh lah taruk lighting yang special2 untuk orang tersayang. chewah!



bila sudah dibuka begini lah jadinya


lagi satu keistimewaan yang diperkenalkan oleh handphone magic hole ini adalah teknik auto folder untuk membuka handphone ini. maksud aku adalah, hanya tekan satu punat ditepi handphone ini dan dia akan terbuka automatik ya. so, lepas ini tak payah guna dua tangan pun tak ape. sesuai untuk si malas. haha!

nampak kan punat di tepi tu. lepas itu boleh tegakkan 90darjah 


handphone ni didatangkan dalam 3 warna buat masa ini. ada biru, silver dan pink. dalam tiga warna tu, biru lah pilihan hati aku. nak guna pink ke?hadoiii! maaf lah. lambat lagi.


silver dan pink. mana satu pilihan hati anda?

ok, lastly mari bercerita pasal harga untuk handphone comel ini. aku rasa amatlah berbaloi ya membeli handphone ini kerana harganya hanyalah 50000 won sahaja. *tekan kalkulator kat handphone baru. dah convert kepada ringgit malaysia hanyalah berharga sekitar RM146 sahaja. berbaloi- baloi.