Monday 17 May 2010

adult day

hari ini melangkah ke pintu university nampak makcik-makcik sibuk jual bunga. hari guru dan hari ibu dah lepas kenapa masih jual lagi. rupa-rupa nya hari ini adalah hari orang dewasa. ok, in english adult day ye adik-adik. atau dalam korea kita panggil "songin nal". clear kan definisi untuk topik kita kali ini.

patut lah masuk kelas je nampak budak-budak perempuan korea gedik kelas mathematic pegang banyak bunga.gedik-gedik pun banyak peminat rupanya. eleh, setakat geng kau yang pendek tu apa lah aku heran sangat kan. kau tu dah lah banyak mulut, lepas itu selalu kena attack dengan professor india tu. hahaha. jap, kenapa aku anti dengan perempuan-perempuan itu?hahaha. sebenarnya jeles tak dapat bunga lah tu.

adult day ini disambut setelah remaja mencapai umur 20 tahun sahaja ye.

disini aku nak ajak kau orang berfikir. cuba kita sama bayangkan hari ini disambut di Malaysia. can you imagine what I imagine now. hint; valentine, 69 and used condom. get it?

well, kita jangan lah fikir negatif je kan. lets try look at different sides of view. fikir fikir fikir jom. ha, kita dapat memajukan industri bunga negara kita disamping menambah sumber ekonomi peniaga bunga, dan juga pengeluar kondom. see, ada pun kebaikan kan.

Sunday 16 May 2010

penangan kawan lama.

see, aku memang suka kawan-kawan lama aku dan ex-ex aku. bila kita sedih dia cuba tanya kita kenapa, bila kita gembira mereka akan kata 'aku suka tengok kawan aku gembira'. kebanyakan kawan-kawan lama aku duduk satu kampung. Hidup pun dah macam adik beradik. Semua benda tahu. Tahu lah siapa yang menangis masa kena sunat, siapa yang lari lintang pukang satu kampung bila kena kejar dengan emak dia, malahan siapa yang ada tahi lalat di punggung, siku, dan penjuru mana pun kita tahu.yelah, dulu aku pernah nampak kau bogel, kau pun pernah nampak aku bogel kan. Apa nak kisah. Ingat tak dulu kita mandi sama-sama dalam kolam kan.

Dan yang paling terharu, ada yang menegur jika kita tersilap langkah atau terpesong sedikit. baru-baru ni status facebook aku memang agak emo kut. aku tulis " aku ada satu zakar dan dua telur, kalau aku ada lebih aku dah bagi kau satu. coward". Mengundang kontorversi betul status itu sebab semua yang memberi respon kawan-kawan lama. ada yang cakap lucah, ada juga yang kata "terkeluar ilmu aku beb". Bagi aku tak lucah kut sebab itu kan sains tingkatan 3 bab 3. alah, tak kan tak ingat dulu kita sama-sama satu kelas belajar mengenal dan mengkaji apa itu zakar, ovum, skrotum, testis dan fetus. tak lupa juga ovari dan tiub fallopio. Eh, tiub fallopio yang kat telinga ke?

Hari ini, ex aku bagitahu kawan aku terkejut tengok status aku. Yelah, kawan aku tu agak muslimah pulak kan, mahu nya dia tak mengucap panjang. Mungkin sebab imej aku dekat kampung adalah teruna yang baik dan rajin ye kawan-kawan. haha, gila lah puji diri sendiri. Apa pun terima kasih kawan lama yang dah 10 tahun tak jumpa dan tiba-tiba mengecop aku sebagai sudah berubah dan lucah. Kau cool! Aku sayang kau semua. nanti aku balik Malaysia aku belanja kau nasi goreng kat warung cak pong.

Saturday 15 May 2010

Tonyok

Duduk sorang lagi senang. Buat apa nak jaga hati orang lain kalau hati sendiri kita tak jaga. Buat apa duduk sebumbung kalau enggan bertemu muka dan benci membenci. Entah, bukan gua tak pernah cakap kalau ada benda tak puas hati terus cakap kat gua. Dah tu nak simpan-simpan pulak kan. Gua sedar la gua memang tak banyak cakap dengan lu sebab kita punya line lain-lain. Sebab dah lain benda  nak cakap pun tak ada lah. Gua pun bukan lah orang yang menarik boleh banyak cakap macam Azwan Ali pot pet pot pet tu. Gua lagi suka diam sebab dulu cikgu gua kata diam itu pintar. Tapi kalau gua jumpa line-line gua memang lah gua selesa nak bercakap. Gua pun malas dah nak tegur lu sebab gua rasa lu dah besar, otak pun besar, perut semua besar. Dari dulu pun gua tak pernah sekali pun tegur lu wat keje rumah. Lu da besar pandai-pandai lah kan. Alah, lagipun gua boleh buat la. Benda kecik lah tu gua sorang pun gua boleh settle.Makin lama makin banyak pula gua nak tulis tapi gua penat. Malas nak pikir pasal lu lagi. Gua pun dah janji dengan geng-geng gua, gua nak jadi cool. Gua bukan macam masa gua muda-muda dulu. Macam gua study foundation dulu yang gua selalu emo-emo. Gua tak main lah benda macam tu sekarang. Itu semua budak-budak la weh. Sebab lu wat camni lah gua rasa nak join group ni kat facebook tapi gua batalkan niat gua.


Yang penting, gua tengah pikir semester depan nak pindah. Macam gua cakap tadi. Duduk sorang lagi baik. Lu pun suka kan. Dah lah, gua pergi work out lagi baik. Dapat gak gua sixpack gua balik.

Wednesday 12 May 2010

jantan malang

2 tahun tanpa teman. 2 tahun tanpa jalinan perhubungan memang menyeksakan. hati ini kosong. bukan tiada yang datang untuk mengisi ruang-ruang kosong itu, cuma tak sampai seru. atau pun lebih tepat lagi tiada yang berkenan di hati. atau senang kata aku cerewet dan memilih. suka hati aku bukan hati korang kan. haha.


gambar yang mengundang nahas.

gambar yang diambil oleh rakan semasa hari kanak-kanak minggu lepas. sekarang ini bila lihat orang korea berpasang-pasangan ini hati pun jadi tak tenang. oh, bila lah aku nak ada awek ni kan. yelah, walaupun muka tak hensem mana pun mesti ada pasangan jugak sebab manusia diciptakan berpasang-pasangan kan? betul amat amatlah betul kan!

jadi, tekad aku dalam tahun 2010 mesti mula mencari awek. tak kisah lah yang macam mana pun janji mampu dibahagiakan dan membahagiakan. tak kisah lah Malaysian ke Korean ke, yang penting cinta yang disemai adalah suci. hahaha, jiwang la pulak kan. tettt!

wish me luck untuk tahun 2010 ini dan nantikan sahaja lah kad jemputan makan nasi minyak saya ok.
tapi, nasi minyak saya makan dengan kimchi lah kut. haha. =p





Sunday 9 May 2010

iklan iklan untuk yang berminat melancong ke Korea =p

ok, kembara sonata salju.
ini semua untuk anda-anda yang ingin melancong ke korea.

klik sini untuk informasi lebih mendalam dan telus. dan sertai lah group ini kepada yang berminat. sesungguhnya, aku malas untuk tulis entry. adios bueno noches~