Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

Wednesday, 12 May 2010

jantan malang

2 tahun tanpa teman. 2 tahun tanpa jalinan perhubungan memang menyeksakan. hati ini kosong. bukan tiada yang datang untuk mengisi ruang-ruang kosong itu, cuma tak sampai seru. atau pun lebih tepat lagi tiada yang berkenan di hati. atau senang kata aku cerewet dan memilih. suka hati aku bukan hati korang kan. haha.


gambar yang mengundang nahas.

gambar yang diambil oleh rakan semasa hari kanak-kanak minggu lepas. sekarang ini bila lihat orang korea berpasang-pasangan ini hati pun jadi tak tenang. oh, bila lah aku nak ada awek ni kan. yelah, walaupun muka tak hensem mana pun mesti ada pasangan jugak sebab manusia diciptakan berpasang-pasangan kan? betul amat amatlah betul kan!

jadi, tekad aku dalam tahun 2010 mesti mula mencari awek. tak kisah lah yang macam mana pun janji mampu dibahagiakan dan membahagiakan. tak kisah lah Malaysian ke Korean ke, yang penting cinta yang disemai adalah suci. hahaha, jiwang la pulak kan. tettt!

wish me luck untuk tahun 2010 ini dan nantikan sahaja lah kad jemputan makan nasi minyak saya ok.
tapi, nasi minyak saya makan dengan kimchi lah kut. haha. =p





Monday, 15 February 2010

stupid cupid

kau tahu orang kata cinta itu dianggap sebagai satu kuasa yang besar dan mampu mengubah gerak-geri manusia serta hidupnya. lebih-lebih lagi untuk si beginner, bila dipanah oleh anak panah cupid bagai nak gila jadinya. okay, tolak bahagi cinta monyet da skandal-skandal, aku mungkin boleh dikategorikan sebagai si begginer ini. 


yes, aku bukan jenis yang senang dipanah oleh cupid. barangkali panahan itu tersasar. barangkali cupid tertinggal busurnya di rumah atau sayap nya patah. barangkali ada force field di sekeliling aku yang membuatkan anak panah tidak dapat menembusi medan itu. ah, terlalu banyak barangkali...


seperti yang aku pernah bilang, bila cinta tiada di depan mata baru kita mahu menghargainya. ini aku bercakap dari pengalaman sendiri. bila si bunga sudah ada pengganti kita akan menjadi manusia bengong mengatakan ingin menunggu nya hingga satu hari yang pasti si bunga akan kembali kepada kita. (maaf, aku guna 'kita' sebab aku percaya ada diantara kamu pernah melalui perkara ini.)


dan bila kita cuba merahsiakan perkara ini dari tatapan umum, keluarga, rakan-rakan mula mengetahui episod cinta tiga segi akhirnya semua yang dibendung terbongkar. terima kasih kepada social network, mulut adik-beradik dan harian metro. sumpah, aku rasa nak bagi pingat penghargaan terhadap yang telah membantu. 


kawan perempuan menasihati " banyak lagi orang lain, dan dia dah ada orang lain. If you want to forget her, try to erase her completely, but I know you can't". aku diam.


kawan lelaki dengan kasar menasihati " she's let other guy to kiss her and put it publicly, and you still want her? " aku diam.


ibu aku turut serta menasihati " jangan kacau orang yang dah berpunya. " aku diam dan berkata we're just friends. wait if ayah find out this mess too.shet.


dan setelah melalui hari-hari yang sunyi, aku percaya ada sekuntum bunga lagi yang dicipta untuk memberi haruman kepada hidup aku. mungkin bunga itu satu spesies bunga yang belum ditemui lagi bermakna harus terus menunggu hingga bunga itu mekar kan. ok, cupid cepat cari bunga tu sampai dapat ye.cari lah di serata nursery atau pun di florists. dan kalau boleh cari yang di Korea ok. =)


ok, aku tau untuk melupakan seseorang itu memang susah, tapi aku dah ada plan yang baik untuk melaksanakan projek ini. plan aku adalah..........adalah lari ke luar negara untuk satu tempoh masa. Ok ok, siapa ada idea yang lagi best sila lah kongsi ye. 

Wednesday, 3 February 2010

vacation 2 | 5 years to remember.

 

lumrah sifat manusia.
bila ada kita buat macam tak ada. 
bila tak ada barulah kita nak buat macam ada. 
baru lah heboh nak kutip balik apa yang telah kita buang dulu kan. haish


aku rasa aku perlu mintak maaf sangat kat seseorang sebab dulu aku buang kasih sayang dan kejujuran yang diberi tapi sekarang aku tagih pulak kasih sayang dia. tapi dia pun layan je aku kan. ni yang aku makin sayang ni. haha ;D


sekarang ini ape aku nak tulis pon aku tak tahu.


 I tried to read her mind but to avail. selalu pikir what is on her mind. betul kata orang, susah nak baca fikiran wanita. walaupun kita renung ke dalam mata nya masih sukar meneka hati dan fikiran wanita. macam ada tembok besar yang kita tak ada alatan yang secukupnya untuk pecahkan tembok itu.


but, most important thing is untuk menghargai dirinya selama mana dia ada di sisi kita kan even the reality she is not. treat her well, talk nice to her, never get angry, put down some ego, laugh at her jokes, be a cure to her, and pray for her. i don't know what am I doing now is right or not, and I don't give it a damn hell. I just want to see her to keep smiling. itulah kawan yang baik kan?


setiap kali dia ukir senyuman hati aku berdegup kencang. atau patut aku katakan cair? ada satu sensasi di dalam badan setiap kali dia tersenyum. hurm, i think i start to fall for her..again ;D


i may sound like despo kan. haha ;D. jom cool down and enjoy the klcc picture okay?




                                       bersiaran dari sekitar KL                                                         

                                  KLCC,second time ke sini.

                                                   erk?                       

Monday, 12 October 2009

orang kata benda elok dan manis itu datang nya lambat-lambat. dia x datang naik buraq kot.

hai semua. salam sejahtera . panjang sungguh tajuk yang aku tulis tu en. haha. korang anggap je aku terover ke mengada-ngada nak tulis panjang-panjang okay? ;DDD. okay cukup.
semalam hari lahir aku. tak fantastik pun. sebabnya bagi aku hari lahir adalah benda biasa kut. benda sama tiap-tiap tahun kan.

well, kebetulan semalam batch aku buat sambutan hari raya dekat seoul, so nak tak nak kena lah pergi kan. sebenarnya sumpah malas nak pergi seoul kot. jumpa kawan-kawan, ramai wish happy birthday, borak-borak, makan -makan, ambil gambar, mengarut-mengarut, bla bla bla...

see, tak ada apa-apa yang menarik pun kan. apa yang aku rasa paling menarik untuk hari lahir tahun ini adalah;

1. buat pertama kalinya ayah aku ucap selamat hari lahir.
selalu dia x ucap pun. dia just tahu hari tu hari lahir aku dan dia bawak keluar makan. jangan tanya hubungan kami baik ke tak. baik doh. dia selalu bagi aku duit lak kan. sayang papa. ahaha ;DD

2. cipta azam pergi kelab.
haha. sungguh menarik azam ni weh. idea ni datang masa tengah borak-borak dengan er seng. setan sungguh kamu ye er seng. haha ;DDD. jangan takut. aku hanyalah remaja 20 tahun yang ingin mengetahui dunia sosial, itu saje okay. ;))))))

3. ucapan hari lahir paling lambat datang daripada si dia.
aku memang dah tau dia akan ucap lambat. sebab dia boleh on9 dekat pejabat dia sahaja.tak kisah lah. yang penting aku di dunia khayalan aku okay. oh, kitorang dah merancang cuti musim sejuk nanti untuk pergi langkawi sama-sama. asyik-asyik pergi sungai congkak bosan pulak. weeewiittt ;D






Wednesday, 16 September 2009

plis plis plis, balas mesej saya ;x

salam sejahtera semua. ;D. hari ini saya amat rajin ye untuk kemaskini blog saya. haha, kalau rajin baca lah ea.

macam yang saya bilang pada entri lepas, saya kan ponteng kelas. salah satu sebab memang lah saya sakit en. orang sakit duduk rumah je lah. ye tidak? ok tapi ada sebab lain sebenarnya. haha. ini kes ada udang di sebalik mee juga lah ni ye. ;D

iye, saya rindukan dia. saya ponteng kelas harap-harap dapat lah berborak dengan dia en. tapi mungkin dia sibuk, yelah sudah berkerja, mesti lah sentiasa sibuk untuk kumpul duit hantaran nanti en. ;D
tapi saya terasa hati tadi, selalu dia balas je ym saya, tapi hari ini tak pun. saya rindukan dia.
dah dekat seminggu kot kita tak berborak.

tadi bila dia on ym saja, saya jadi gembira. yelah, ponteng kelas pon ada hikmah juga en.
saya pon hantar 'i miss u' . lama saya tunggu tapi tak balas-balas pun. saya betul-betul rindukan dia.
GOSH, kenapa tiba-tiba saya jadi macam lelaki meroyan ni?



"하늘에서 새만 있는 걸 아니다. 바다에서 물고기만 있는 걸 아니다. 근데 내 마음이 왜 너만 있을까?" -데니안, god