hai semua. salam sejahtera . panjang sungguh tajuk yang aku tulis tu en. haha. korang anggap je aku terover ke mengada-ngada nak tulis panjang-panjang okay? ;DDD. okay cukup.
semalam hari lahir aku. tak fantastik pun. sebabnya bagi aku hari lahir adalah benda biasa kut. benda sama tiap-tiap tahun kan.
well, kebetulan semalam batch aku buat sambutan hari raya dekat seoul, so nak tak nak kena lah pergi kan. sebenarnya sumpah malas nak pergi seoul kot. jumpa kawan-kawan, ramai wish happy birthday, borak-borak, makan -makan, ambil gambar, mengarut-mengarut, bla bla bla...
see, tak ada apa-apa yang menarik pun kan. apa yang aku rasa paling menarik untuk hari lahir tahun ini adalah;
1. buat pertama kalinya ayah aku ucap selamat hari lahir.
selalu dia x ucap pun. dia just tahu hari tu hari lahir aku dan dia bawak keluar makan. jangan tanya hubungan kami baik ke tak. baik doh. dia selalu bagi aku duit lak kan. sayang papa. ahaha ;DD
2. cipta azam pergi kelab.
haha. sungguh menarik azam ni weh. idea ni datang masa tengah borak-borak dengan er seng. setan sungguh kamu ye er seng. haha ;DDD. jangan takut. aku hanyalah remaja 20 tahun yang ingin mengetahui dunia sosial, itu saje okay. ;))))))
3. ucapan hari lahir paling lambat datang daripada si dia.
aku memang dah tau dia akan ucap lambat. sebab dia boleh on9 dekat pejabat dia sahaja.tak kisah lah. yang penting aku di dunia khayalan aku okay. oh, kitorang dah merancang cuti musim sejuk nanti untuk pergi langkawi sama-sama. asyik-asyik pergi sungai congkak bosan pulak. weeewiittt ;D
