Wednesday, 16 September 2009

hari yang malas untuk bergerak, berat punggung ye

hai hai hai. selamat sejahtera semua. cube baca balik tajuk entry dekat atas itu pastu maki saya. :p. nape? yelah, tajuk nak sopan-sopan je en. selalu tak ada guna istilah berat punggung pun, terus saja nak cakap berat buntut,berat burit en. buntut tak sopan ke? tak apa, yang penting aku guna bahasa melayu en. bantai pula aku guna bahasa korea karang ramai pula cakap aku poyo en. ;D.

hari ini adalah hari ke 25 kita semua berpuasa en. jadi sapa yg berpuasa penuh setakat ni tahniah eh. lagi 5 hari saja nak raya. sabar sabar sabar. ;D.

ok, saya sekarang tengah sakit tahu. tak payah risau, PMS saja pun. esok lusa baik lah. hahahaha. eh eh, tu azrina punya sakit. biasa la orang wanita en. aku sakit tekak dengan batuk saja. tak serius mana pon tapi punya lah menghilangkan mood aku untuk ke kelas. yelah, aku segan weyh. batuk aku ni macam menarik perhatian sangat je kat kelas. bayangkan lah, setiap kali aku batuk, orang depan pandang, orang belakang pandang, orang tepi pon turut pandang. menjadi perhatian macam artis pula. chewah, perasan tuh. ;p. sebenarnya orang tak pandang pun kot, cuma aku je yang pikir lebih-lebih en.

jadi hari ini hari rabu saya dengan bangga nya telah memecahkan rekod ponteng saya yang dipertahankan dari tingkatan 5. saya ponteng kelas culture hari ini. kelas ini tutup mata pun boleh score tak kisah lah ponteng en. berlagak sungguh kau en. mati panah petir baru tahu. ;p

bangga sungguh saya hari ini bila ponteng kelas. esok lusa boleh cuba lagi neh. ponteng benda lain pulak. ponteng puasa boleh? ish ish ish, selalu buat niat yang buruk-buruk en. ;D

ok, macam yang saya kata tadi raya tinggal 5 hari je en. tok imam tok imam, boleh tak kita tunda sahaja raya ini sampai bulan 12 nanti? saya nak raya kat malaysia lah tok. plis plis plis.
saya tak nak raya kat sini. sini bukan kampung saya, sini tak dapat duit raya, sini raya makan kimchi, sini raya tak ada meriam macam kat kampung tu, sini tak ada wanita datang beraya rumah saya. cukup tak alasan itu tok? piangggggggg! tok imam buat sepakan jurus harimau malaya.

memandangkan raya tahun ini jatuh hari ahad, kedutaan malaysia di seoul ada buat rumah terbuka. oleh itu, saya beraya di kedutaan sahaja lah. harap-harap makanan semua sedap en. lepas itu persatuan islamik universiti saya pon ade buat majlis juga petang raya tu. yang ini sudah tentu makanan arab. yesh, pagi makanan melayu, petang pula makanan arab ye, cool kan? nanti saya cerita macam mana raya saya ok? ;p.


2 comments:

nizam baharin said...

h1ni ke?
berat jubo doe..ahahahhaha :D

ajidraai said...

nizam; gile ko h1n1.
haha,ko la berat jubo. ;p