Monday 15 February 2010

stupid cupid

kau tahu orang kata cinta itu dianggap sebagai satu kuasa yang besar dan mampu mengubah gerak-geri manusia serta hidupnya. lebih-lebih lagi untuk si beginner, bila dipanah oleh anak panah cupid bagai nak gila jadinya. okay, tolak bahagi cinta monyet da skandal-skandal, aku mungkin boleh dikategorikan sebagai si begginer ini. 


yes, aku bukan jenis yang senang dipanah oleh cupid. barangkali panahan itu tersasar. barangkali cupid tertinggal busurnya di rumah atau sayap nya patah. barangkali ada force field di sekeliling aku yang membuatkan anak panah tidak dapat menembusi medan itu. ah, terlalu banyak barangkali...


seperti yang aku pernah bilang, bila cinta tiada di depan mata baru kita mahu menghargainya. ini aku bercakap dari pengalaman sendiri. bila si bunga sudah ada pengganti kita akan menjadi manusia bengong mengatakan ingin menunggu nya hingga satu hari yang pasti si bunga akan kembali kepada kita. (maaf, aku guna 'kita' sebab aku percaya ada diantara kamu pernah melalui perkara ini.)


dan bila kita cuba merahsiakan perkara ini dari tatapan umum, keluarga, rakan-rakan mula mengetahui episod cinta tiga segi akhirnya semua yang dibendung terbongkar. terima kasih kepada social network, mulut adik-beradik dan harian metro. sumpah, aku rasa nak bagi pingat penghargaan terhadap yang telah membantu. 


kawan perempuan menasihati " banyak lagi orang lain, dan dia dah ada orang lain. If you want to forget her, try to erase her completely, but I know you can't". aku diam.


kawan lelaki dengan kasar menasihati " she's let other guy to kiss her and put it publicly, and you still want her? " aku diam.


ibu aku turut serta menasihati " jangan kacau orang yang dah berpunya. " aku diam dan berkata we're just friends. wait if ayah find out this mess too.shet.


dan setelah melalui hari-hari yang sunyi, aku percaya ada sekuntum bunga lagi yang dicipta untuk memberi haruman kepada hidup aku. mungkin bunga itu satu spesies bunga yang belum ditemui lagi bermakna harus terus menunggu hingga bunga itu mekar kan. ok, cupid cepat cari bunga tu sampai dapat ye.cari lah di serata nursery atau pun di florists. dan kalau boleh cari yang di Korea ok. =)


ok, aku tau untuk melupakan seseorang itu memang susah, tapi aku dah ada plan yang baik untuk melaksanakan projek ini. plan aku adalah..........adalah lari ke luar negara untuk satu tempoh masa. Ok ok, siapa ada idea yang lagi best sila lah kongsi ye. 

2 comments:

cupin cipon said...

ooo~~yea~~
tersengih ak baca post ni...
huhu..
xpe jid..
dok cni ja sampai berkulat..
xyah balik dah...
huhu

ajid said...

cupin : oh yeah~
xbalek tu xde la.kene balek.haha