Tuesday 22 September 2009

nostalgik dan fantastiknya raya saya tahun ini, sila jealous banyak-banyak ;D

hai, salam sejahtera semua. sihat-sihat sahaja en, tidak ada yang sakit perut akibat terlebih makan di rumah terbuka? haha. bagus bagus. okay, bagaimana hari raya kamu semua? menarik tak? selalunya umur dah meningkat remaja neh ada yang kata hari raya sudah tak semeriah zaman kanak-kanak en.

alah, biasa lah tu perubahan dalam diri en. cuba tengok diri masing-masing. yang rendah sudah jadi tinggi, yang kecik sudah jadi besar, yang leper sudah jadi bulat, dan yang pendek sudah jadi panjang.haha, korang sila check okay. ;D.

raya di SEOUL tahun ini memang best, menarik, dan fabulus. yesh! check sendiri okay. ;D



tepi jalan juga haruslah menarik perhatian orang ramai


maaf bermaaf, cium bercium, rogol merogol



ambil gambar keluarga 83


photoshoot untuk salam perantauan tahun hadapan


sila muntah dengan gambar menjubo saya ;D


walaupun tiada ibu bapa dan sanak saudara, saya dapat merasai kasih sayang kawan-kawan en.
korang kat kampung ade? tak ada okay. kawan-kawan, saya sayang anda semua tak kira di mana kamu semua berada.

sekarang mari bercerita pasal suasana raya di kedutaan. pagi-pagi bangun, pastu naik bas ke kedutaan. tema baju raya mesti lah hitam menunjukkan hati aku hitam. iye, saya merendah diri di hari raya mengatakan hati saya hitam. alah, cakap putih kang korang kata poyo en. haha ;D

sampai-sampai saja terus bertakbir dan solat aidilfitri. masa ini terasa sayu pula. uchey, nak sayu-sayu pulak en. sebenarnya ngantuk gila kot sebab malam sebelum tu tak cukup tidur tolong lukman siapkan puding. so, siapa-siapa yang makan puding masa kat kedutaan tu ingatlah tangan saya lah yang menaburkan puding-puding itu ya. jika ada yang sakit perut minta maaf. :D. haha.

selepas solat, apa lagi en, melantak ar makanan yang ada. lontong, rendang,soto, pulut kuning, beriyani, dan PUDING dan macam-macam lagi. weyh, PUDING tu penting yer. haha;P
selepas itu, acara bergambar pula. rasa macam gila-gila kot bergambar. kata nak bersosial en. ada banyak sangat gambar tapi tak terupload pula.

dah rasa cukup bergambar, balik lah rumah. nak duduk kedutaan lama-lama bukan boleh ngurat anak duta tu en. balik tidur lagi sedap. mesti korang fikir kisah raya ini bersambung sampai raya kedua ketiga keempat dan seterusnya kan? jangan harap. saya harus hadap buku dan pergi ke kelas. see, saya adalah seorang pelajar yang rajin en. haha, ;D . bodoh kau yazid.

14 comments:

ikanbilis said...

balik kampung ke tak nie?

cam best je study kat Seoul. nak ikut gak lah =P

ajid said...

ikan bilis; x balek la..balek kg seoul jep.huuu :D

ajid said...
This comment has been removed by the author.
cupin cipon said...

pagi2 raye dah kejar2 bas..
haha..
lawak2..
hah,gmbr 2 nex year ble anta kt salam perantauan..
huhu..

ajid said...

cupin cipon; kenangan tu main kejar2 bas..

dtg la raya kat inha nie weyh ;D

DicKiE aDaMs said...

hai rakan di perantauan.

terima kasih kerena mem-follow blog aku.

selamat ari raya!

DicKiE aDaMs said...

owh yeke?

aku terharu.
haha

terima kasih sbb follow k?
:P

p/s: maaf kerana memenuhkan ruangan ini. tiada tempat untuk ber chat la. :P

nizam baharin said...

*muntah*
AHHAHAHAHAHHAHA

ajid said...

nizam; mengandung dah?haha ;p
camner first raya ko?

ayieq said...

awak oh awak, raya kat seoul ke? mesti rindu kt malaysia kan?

awak oh awak, nanti balik malaysia bagitau ok, kite dating-dating.

salam aidilfitri ok. maaf zahir batin

ajid said...

ayieq; rindu macam nak balik skunk je.

ok,nanti kite gtau,blanje mcd eh.haha

salam aidilfitri too.maaf zahir batin
;p

Matluthfi90 said...

1. nice pictures.
2. selamat hari raya :)

nizam baharin said...

first raya aku ok je..mana ada adengan menangis..hehhehe..weh ajid setiap kali aku baca entry kau ni aku muntah..asal eh? ahahhaha *muntah*

ajid said...

mud; thanks,selamat hari raya ;D

nizam; sah ko mengandung.haha.
tau la gmbr aku poyo sngt en ;p